Surau Sekolah Semakin Siap ( Alhamdulillah )
Surau SK. Penagatan Keningau semakin siap.. |
Sumbangan sejadah untuk Surau Sekolah oleh Tuan Athur Jopseph Kurup |
Asalamualaikum & Salam Sejahtera semuanya.
Alhamdulillah pembinaan surau yang sedang dibina kini semakin siap. Dimulakan pembinaan oleh AJK PIBG sekolah pada Disember 2015, kini menampakkan hasil yang sangat baik apabila pembinaan surau ini semakin siap.
Usaha yang tidak pernah putus asa oleh warga sekolah khasnya Panitia Agama Islam, nampaknya membuahkan hasil yang baik. Guru-guru agama yang mengajar jQaf memulai usaha ini dengan memohon sumbangan kepada ramai individu. Etuza perhatikan pada masa bulan Ramadhan usaha mencari dana untuk pembinaan surau ini dilipat gandakan. Usaha murni ini termeteri ketika keberadaan seorang ustaza bernama ustaza Anis Syakila Ismail yang kini sudah berpindah di Selangor pada tahun 2014. Usaha beliau di sambung tanpa henti oleh Ustaza Nor Suhaidah Mat Isa, Ustaza Nurhasyimah Ibrahim, Ustaza Rupiyah Jusri ( Kini bersara ) Ustaza Sinar Suria serta semua guru-guru Islam lain terutama Cikgu Nasrul Hakim Tugino Karno.
Berasaskan jumlah sumbangan terkumpul sebanyak sepuluh ribu maka Saudara Fian Jakirin ( AJK PIBG ) berani untuk memulakan pembinaan. Sebaik didirikan surau ini ramai individu yang seolah berpusu-pusu untuk memberi sumbangan dari segi dana kewangan dan bahan binaan. Etuza ingat insan yang datang memberi sumbangan ialah Cikgu Noratiqa Abdullah, Cikgu Rosdi Rusiman serta pemilik Car Wash Kampung Penagatan dan Pengusaha Kolam Pibagu Sekolah. Terbaru datang pemimpin muda iaitu Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Yang Berbahagia Tuan Athur Joseph Kurup. Tuan Athur menyumbang 50 karung simen, 4 bundle bata, tiang pagar dan pagar khas untuk bahan binaan Surau Sekolah. Inilah yang dikatakan rezeki mencurah di SK. Penagatan Keningau sebaik Surau sekolah mulai di bina.
Kepada semua individu yang tidak di sebut, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas semua sumbangan yang anda beri. Marilah kita berdoa semoga penyiapan Surau sekolah disiapkan segera dan boleh lah dirasmikan oleh pemimpin berkalibar di Daerah Keningau ini. Murid-murid dan semua yang beragama Islam dapat pula tunaikan solat berjemaah nanti. Solat pun teratur dan khyusuk. InshaAllah.
26 Ulasan
Moga dipermudahkan segala urusannya.
BalasPadamSalam Ahad, cikgu
Alhamdulillah....cikgu...semoga di permudahkan....
BalasPadamAlhamdulillah..syukur sangat...besar ganjarannya bila kita menyumbang pada perkara yang mendekatkan kepada PENCIPTA...
BalasPadamALHAMDULILLAH...moga dipermudahkan..amin
BalasPadamMulia sungguh penyumbang sejadah tu...sedekah yang berpanjangan
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamsemoga setelah atap selesai kenyamanan siswa dalam menuntut ilmu semakin bersemangat....
BalasPadamaaaamiiin
Ya amin
PadamBila sedekah kat surau atau masjid ni, yg bagusnya kita dpt pahala berpanjangan selagi surau/ masjid itu digunakan, jariahnya tetap mengalir walaupun kita telah tiada.
BalasPadamAlhamdulillah, in shaa Allah bole gunakan ramadhan tahun ni kan.
kat Sabah menggunakan bahasa 'panitia' ya... pengaruh bahasa Indonesia ni...
BalasPadamalhamdulillah..semoga dapat disiapkan dalam tempoh yg singkat..semoga dapat dimanafaatkan bersama..
BalasPadamDah hampir siap tu cikgu etuza. Syukurlah ramai yang sudi memberi bantuan kan..:)
BalasPadamAlhamdulillah , moga jadi saham disana juga
BalasPadamAlhamdulillah , moga jadi saham disana juga
BalasPadamAssalam Etuza, lama tak berkunjung ke sini.. Alhamdullilah semakin nak siap surau..semoga yang membantu mendapat saham akhiratnya nanti
BalasPadamalhamdulillah.....sama2 buat amal..tapi cepat juga proses buat surau ni ya
BalasPadamalhamdulillah, dah siap surau boleh buat solat berjemaah sekali dengan pelajar.
BalasPadamAlhamdulillah, hampir siap semuanya
BalasPadamOh ya lupa nak tanya, mungkin juga saya terlepas pandang, rumah bapa mertua dah siap belum?
BalasPadamdah siap tu Umi ...hanya tunggu di cat, cat tu urusan ipar saya, sampai sekarang belum lagi di urus..entah bila nak cat
PadamSelepas cat nanti pasti cantikkan...
Padamalhamdulillah tahniah cikgu
BalasPadamcantik dah tu, insyaALlah banyak pahala cikgu
BalasPadamAlhamdulillah semoga semuanya dipermudahkan. Semoga mendapat balasan yang baik bagi mereka yang. Mengerjakan kebaikan.
BalasPadamSyukur, Alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah..Aamin aaamin..Moga dapat di manfaatkan sebaik mungkin oleh warga sekolah..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.