11 Jan Hari Bahagia Kita Bersama.
5 gambar di atas adalah gambar Etuza hari ini..

Asalamualaikum & Salam sehati sejiwa.

Dalam hidup ini pasti ada ketikanya anda menunggu sesuatu hari dengan penuh harapan, penuh rasa indah yang agak lain dari hari-hari dalam kehidupan anda. Dan jika kita hendak kongsi lagi akan ada banyak hari yang kita begitu teruja untuk menanti dan melalui detik penuh sejarah itu.

Baiklah elok kita terus ke maksud yang Etuza katakan itu. Lebih baik kita teruskan sahaja penjelasan tentang hari yang Etuza maksudkan. Anda ada hari dilahirkan ke? ha itulah hari yang cukup indah dalam memori  hidup kita.Pasti hari kelahiran kita, hari di mana ibu kita lahirkan kita ke dunia nyata ini. Detik itu, semestinya kita kena lakarkan sesematnya dalam hati dan jiwa. Hari itu kita kena tambahkan atau lipat gandakan kesyukuran kepada yang maha Esa. 

11 Jan 2016 sebenarnya bagaikan detik Etuza dihidupkan semula setiap tahun. Akan ada 11 Jan..akan ada ingatan kepada hari di mana Etuza di lahirkan. Dan bukan Etuza sahaja sebenarnya yang lahir pada 11 Jan. Ada ramai lagi, dan teringatlah Etuza terhadap seorang artis wanita terkenal yang sama tarikh lahir dengan Etuza, iaitu penyanyi no 1 negara iaitu Dato' Siti Nurhalizah. Kebetulan sama tarikh, tetapi tahun dilahirkan adalah beza.

Terlanjur berblog maka Etuza ingin ucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN kelahiran kepada Dato' Siti Nurhalizah, dengan ucapan semoga mendapat rezeki terindah dari Allah yang maha Esa. Semoga Dato' Siti Nurhalizah dapat permata hati tahun ini dengan menimang cahaya mata sebagaimana harapan dan cita-cita Dato' Siti yang hendakkan baby anugerah dari Allah.Amin.Insha Allah esok boleh lah Etuza cerita apa kehendak dan azam Etuza sempena hari ulang tahun kelahiran Etuza ini.

kongsikan kepada anda gambar Dato' Siti Nurhalizah di Astro Ceria Pop Star,

Kepada teman blogger, esok 11 Jan kelahiran Etuza usahlah pula menilai itu ini tentang bintang saya ya . Capricon. Segalanya tentang kita sudah di tentukan oleh Allah. Apa juga sesuatu yang berubah adalah berdasarkan usaha kita.

lihat lagi gambar Etuza ..hanya kenangan dalam blog ini.

Esok adalah hari yang indah..indah dari biasa yang sebenarnya hari-hari yang kita lalui itu indah ..