Pertama Kali Makan Bubur Nasi Di KFC 
( Minta maaf agak late buat entry )
Penting :  Kepada blogger JM - Hadiah special telah Etuza terima ( terkejut nampak  ada
berbagai hadiah..terima kasih JM
Kepada blogger Nurzakiah Hanum juga Etuza telah terima..terima kasih .
Menu yang disajikan kepada Etuza dan Mama di KFC Traminal 2 Air Asia
Di Kota Kinabalu, Sabah.

Etuza hendak kongsikan bahawa ini lah kali pertama Etuza makan bubur nasi yang lazat di KFC. KFC Traminal 2 Lapangan Terbang Air Asia di Kota Kinabalu Sabah. Harga juga cukup berpatutan iaitu RM 4.50 sahaja. Nampak terpamer terus sahaja isteri Etuza pesan untuk kami bersarapan pagi hari itu di Lapangan Terbang Air Asia.


KFC di sini berada di tingkat satu. Ada beberapa ruang kosong yang boleh kita gunakan untuk bersantai seketika. Kepada anda semua elok juga kita lihat berbagai bentuk kuih muih, semuanya kelihatan sedap dan pasti berpuas hati. Tengok gambar yang di sertakan.

Ada juga makanan lain selain naik ke tingkat atas untuk bersarapan
di Traminal 2   Air Asia
Suasana menunggu ke ruang flight...Traminal 2 Air Asia

Di Traminal 2 Air Asia ni banyak juga snap gambar tetapi Etuza kesuntykan masa ada sahaja urusan keluarga selepas bertugas. Selepas suami adik meninggal , Etuza dan keluarga kerap ke rumah adik untuk memberi sokongan moral dan motivasi kepada adik dan 7 anak mereka. Kamilah yang menjadi harapan bagi adik untuk memberi bantuan, alhamdulillah baru hari ini adik keluar rumah selepas berkabung pemergian arwah suami dia.  Etuza sebenarnya sedih dengan keadaan adik dan anak-anak. Dapat kita bayangkan bagaikan burung yang patah sayapnya. Tiada tempat bergantung.  Adik Etuza ni seorang pendidik dan arwah ipar juga pendidik. Memang dah sampai ajal dia. Kita yang hidup perlu teruskan.

Kepada teman blogger, mohon agar situasi Etuza dapat difahami. Kebajikan adik dan anak-anak nya menjadi keutamaan kami maka Etuza korbankan masa petang dan masa hujung minggu untuk ziarahi adik. Apapun kini adik baru sahaja Etuza bawa balik ke rumah mak di kampung.
Doakan adik Etuza serta anak-anaknya tabah hadapi apabila di tinggalkan oleh arwah ayah mereka.

Minta maaf- Etuza masih sibuk.
Masih terasa nak buat entry hal di tramnial 2 Air Asia.