Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014
Ini berita yang memang dah pasti..( sampaikan berita yang baik dan menggembirakan)


       ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit mulai 2 Januari 2015. Sementara itu, semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan pada 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015 bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus.( telah dibuka pada 2hb Jan 2014- Ini pasti sebab ada kawan di Bank Etuza sempat bertanya hal ini, dan inilah tarikh yang dikatakan oleh Pegawai Bank itu - Apapun Etuza setakat ini belum semak )

     Etuza sebenarnya ada perasaan frust bila baca di internet hal berita bonus 5hb Jan 2015 tu adalah cadangan sahaja dan belum pasti dapat ditunaikan. Oleh yang demikian kita sebagai kakitangan kerajaan diminta agar sabar menunggu bonus setengah bulan gaji dengan minmun RM 500.00 pada 22hb Jan 2015 hari khamis. Rasanya mula-mula membaca di internet hal pembayaran awal itu, Etuza mengambil langkah tak kisah sangat pun. Tapi bila ada beberapa laman menyatakan bonus tu akan diagihkan pada 5hb Jan 2015, maka Etuza rasa tertarik hendak kongsikan berita baik ini di blog Etuza. Huuu luar biasa memang entry ni meletup hingga cecah 1229 lebih klik ..menjadi top entry disember 2014 di laman Etuza. Rupanya khabar berita yang tak pasti, sebab seorang guru di SMK Agama Keningau bercerita dengan Etuza . Katanya " Harap bonus 5hb Jan 2015 rupanya berita palsu saja " Katanya sambil tersenyum melihat Etuza. ' Ya lah..yang pasti 22hb Jan 2015 saja lah cikgu..ni lah ramai yang perlu wang belanja..tengok sampai RM 233 juga pendaftaran hari ini..) " Ini pula kata-kata Etuza.

     Kita tinggalkan berita BONUS setengah bulan ini. Mari kita baca pula dan ambil perhatian hal BONUS ASB  yang nyata telah diedarkan atau diagihkan kepada  pemilik saham ASB ini di Malaysia. Ha ini berita yang pasti. Anda ada membuat pelaburan ASB ..ini pasti memberikan sedikit kegembiraan kepada kita kerana pada 2hb Jan 2015 yang lalu telah di lancarkan pengagihan dengan kita datang semak sahaja di bank cawangan atau di Pejabat ASB anda.Tengok tambahan infor bonus ASB 2014 yang Etuza copy. Mari semak bonus ASB esok, dengan harapan ada wang simpanan untuk di manfaatkan dalam kehidupan sehar-hari anda. 

Klik SINI info bonus ASB 2014 ( jangan lupa klik ya...)