Sejak Bila Etuza Jadi Penyayang Dengn Kucing
Melebih lebih dan berlebihan dah
sayang kasih Etuza pada meow..alamak..

Ini kucing jalanan entah dari mana arah mana..huuuu meow..
semacam ja tengok Etuza..hiiiikkk! bawa pulang baru tau!!..
Hadui.....nak bawa ..tapi banyak meow di rumah..kesian...

Pelik lah Etuza rasa bila Etuza melebih-lebih sayang kucing ni...
ini meow gesel gesel kaki Etuza meow meow depan mata  sedang
pula Etuza makan di Sweet Hony mini restaurant di Keningau...

      Pertama kali Etuza melihat meow ini, hati terpanah dan jatuh cinta, Etuza merasa sayang dan suka sekali melihat  dua ekor meow ni. Tadi baru tiba dekat kedai makan Sweet Honey bersama mama tak ada meow pun dekat sini.Ini lah meow Etuza jumpa di kedai makan Swwwt Honey, bulu cantik gevu dan bersih kucing dua ekor ni. Gemuk pula tu. Agaknya lah hari - hari makan kepala ikan goreng, sebab seketika makan Etuza bagi meow ni makan kepala ikan yang Etuza  buang. Makan banyak meow ni, pandai pilih restauran yang pemilik kedai makan seperti menyukai dua ekor kucing ini. Tetapi katanya buka dia bela pun kucing ini. Tengok ..cantik kan, bersih dan gemuk.

    Bila siap oder Etuza dan mama di Sweet Honey ni,tiba-tiba muncul dua ekor kucing ke arah kami dan memandang dengan pandangan tak lepas ke arah Etuza. Kemudian datang gesel-gesel kan kepala ke kaki Etuza dan mama. Mujur kucing itu tidak naik atas meja, hormat tul meow dua ekor ni, seekor naik kerusi dan seekor duduk mendongak, Etuza  ambil kesempatan ambil gambar, macam faham saja lah meow tu nanti masuk blog maya. Tengok pose special meow tu. Comel kucing ni.

    Etuza lalu bagi lah sisa makanan, mama juga begitu. Tapi maafkan lah kami, kami tak berdaya membawa pulang ke rumah. banyak kucing di rumah kami tu meow. Cukuplah pertemuan kita ni. Harap dua ekor meow ni sihat dan membawa rezeki kepada pemilik kedai makan Sweet Honey. Menurut pemilik Sweet Honey, katanya kucing yang sedang duduk tu tinggal di atas bangunan di bawah syiling. Tidak pernah jalan jauh sejak mereka buka kedai makan Sweet Honey. 

     Bila Etuza dan mama beredar, dua ekor meow tu berbunyi, seolah ucapkan selamat jalan kepada kami. Sementara meja makan kami terus dibersihkan oleh seorang ibu tua yang bekerja di Sweet Honey.

Buget Makanan Kucing Peliharaan  Keluarga Etuza.

1. Makanan kucing dalam tin bernilai RM 3.95 sen setiap kali membeli.
2. Whiskers  harga RM  5.60 sen sekali membeli.
3. Sardin dalam tin tin besar RM 5.60 sen sekali membeli. 
4. Seminggu dua kali di beri makanan tablet Spirulina Elken.
5. Seltok - racun nyamuk di pasang setiap malam di rumah kucing.

Makanan Free Kucing Peliharaan Keluarga Etuza.

1. Sisa makanan seperti tulang ikan, kepala ikan
2. Lagi makan besar kucing peliharaaan keluarga Etuza apabila ada kucing berjaya menangkap tikus liar.
3. Makanan biskut dan  makanan lain jika anak-anak Etuza berkesudian membeli kucing makanan mereka.
4. Tulang ayam goreng atau daging apabila ada lauk jenis ini di masak.

Sejak Bila Etuza Jadi Penyayang Dengan Kucing?

    Sebenarnya Etuza buka suka sangat dengan kucing ini, tidak pernah pun ada niat hendak memelihara kucing di rumah. Etuza tahu sangat effect memelihara kucing ketika anak-anak Etuza masih kecil. Tapi apa kan daya, Etuza tidak berdaya menghalau kucing yang datang ke rumah baru Etuza sekitar tahun 2003. Apa lagi suatu hari kucing itu berjaya menangkap kesemua tikus yang sudai mulai bermain bola di atas syiling setiap malam. Sejak ada kucing tiada lagi tikus berlarian atas syiling. Namun Etuza tetap tiada perasaan yang dalam menyukai kucing ini. 
Imbasan kembali inilah Bulat dan Comel anak kucing
peliharaan keluarga Etuza

    Tetapi pada sept 2014 anak sulung Etuza berjaya menyelamatkan seekor anak kucing kami yang tidak di perdulikan oleh ibu kucing itu. Kini kucing tu namanya BULAT. Saiz badan bulat semakin panjang dan sifat BULAT  lain dari kucing yang lain. Bulat hampir nyaris di makan oleh ibu kucing itu selepass 2 ekor saudara BULAT habis dimakan oleh ibu bulat tanpa pengetahuan kami. Mujur anak syulung menyedarinya dan segera mengambil bulat masuk di bilik..di jaga dan di beri susu setiap hari. Bulat masa itu kelihatan sangat hodoh, tapi Etuza pelik dengan anak sulung Etuza tetap nak jaga Bulat. Kini bulat selalu menghias blog Etuza ini. Terbaru Bulat masuk blog dan WISH selamat hari ulang tahun kelahiran Etuza. Anda nampak kan. Tu lah Bulat. 

    Sejak melihat bulat lah Etuza merasa semakin menyayangi meow meow ni, di mana sahaja kalau Etuza ternampak meow mesti ingat Bulat..dan merasa ada nikmat menyayangi kucing ini. Rasa kena tempias dengan anak sulung menyayngi kucing. Terlebih lebih dah lah rasanya Etuza menyayangi kucing ni, kerana Etuza sangup bawa Bulat dan anak kucing lain pergi ke Klinik Haiwan serta Etuza membeli  pasir untuk dijadikan tempat Bulat membuang najis. Nampak tak dah terlebih ni. Setiap kali melihat Bulat, Comel, Poroi, Lili dan Kender Etuza rasa seronok. Yang peliknya bila Etuza belai Bulat dan Comel tu, Etuza membelai sambil dalam hati berzikir Subahanallah dan berselawat ke atas nabi. Etuza baca ayat suci itu kerana Etuza benar2 kagum dengan makhluk kucing ciptaanNya. Etuza terfikir mahkluk ni tidak bersalah apa-apa kenapa kita sesuka hati menyakitinya dan menghalau  dari rumah kita. Inilah perlakuan luar biasa Etuza, Etuza yakin dan pasti anak-anak kucing itu mendoakan keluarga Etuza dengan bahasa kucing sesama kucing. Inilah entry tertangguh pagi tadi. Harap anda dapat membaca dengan penuh ikhlas.

Berilah kucing anda makanan. Berilah kasih sayang yerhadap kucing . harap maklum