Pokok Tanaman Etuza 1 Jan 2015
Gimik Tanam Pokok Kari 1 jan 2015.
Anda ada tak tanam apa-apa?
Etuza tanam pokok kari, bunga baiduri dan bunga jenis  pakis pada 1 jan
201`5 sebagai simbol tanda kenangan bermulanya era 2015. Pokok
kari pastinya tanaman yang bakal mengingatkan Etuza detik 2015 hari ini.
Tanama pokok bunga jenis dau yang tahan lasak juga menjadi pilihan
utama Etuza pada gimik 1 Jan 2015. selain pokok bunga ati-ati.

      Sebagai tanda gimik bermulanya 2015 ada tak anda terfikir hendak membuat sesuatu yang mana akan membantu anda refresh semula detik bermulanya era layar kehidupan 2015 yang bermula seawal hari ini. Etuza hari ini tidak ke mana, sementara anak sulung Etuza Ikmal dan Azie anak ketiga serta mama pergi ke rumah kakak ipar hari ini, kerana dijemput oleh kakak ipar sempena anak gadis pertama kakak ipar bertunang hari ini. Pemuda menjadi pilihan anak gadis kakak ipar adalah dari Kampung Bayangan, Keningau. 

    Sebaik mereka pergi dengan menaiki wira arobik Etuza yang di pandu oleh Ikmal, Etuza buat hal sendiri di halaman rumah. Sementara anak-anak lain sedang menonton TV sekitar jam 9.00 pagi.Etuza ternampak benih pokok kari yang belum ditanam. Inilah kesempatan Etuza tanam pokok kari tersebut serta beberapa anak benih bunga lain ke dalam pasu.Cuaca kelihatan mendung hingga petang ini, jam dah 5.42 petang di kawasan Keningau mendung dan terasa damai dengan rasa sejuk di lembah ini. Lembah sebab depan rumah Etuza bukit ya.

    Selepas ditanam dan di letakkan ke tempat yang sesuai maka Etuza terfikir bahawa inilah pokok tanaman gimik menjelang 1 Jan 2015. Pokok kari akan Etuza jaga dan mempastikan pokok kari tanaman herba yang sangat berguna ini, sentiasa subur dan dapat dimanfaatkan daun-daun kari tersebut. Jimat dan tidak lagi membeli daun kari di Pasar Umum Keningau.Ibarat inilah pokok tanaman herba yang pertama Etuza tanam tahun 2015. Pasti akan teringat saat menanam pokok ini, seiring dengan jiwa blog Etuza ini. Macam bagus ja kan...

Nota : Tanam pokok kari gimik menjelang 1 Jan 2015 hari khamis jam 10.30 pagi di halaman rumah Etuza.Alhamdulillah.