Urusan Pembelian
Segala Kelengkapan Persediaan
Anak Ke Asrama SMK Agama, Keningau.

Tempat kedai kain pakaian muslim muslimah di Keningau hari ini.
MencariJubah Putih untuk pakaian kelengkapan
Ibnu Mustaqim ke SMK Agama, Keningau



Pakaian Jubah & Kurta 


     Hari ini bersama Afif dan Ibnu Mustaqim, pergi ke pekan Keningau untuk melengkapkan segala kelengkapan Ibnu Mustaqim serta Afif ke asrama pada 11hb Jan 2015 di SMK. Agama Keningau. Senarai keperluan yang diperlukan agak banyak, kerana Ibnu Mustaqim dan Afif melanjutkan pelajaran sekolah menengah di aliran agama. Pakaian Jubah Putih atau kurta adalah diperlukan. Pakaian ini merupakan pakaian Sunnah Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad saw.

     Kalau di Keningau kedai kain yang ada menjual pakaian jenis ini, yang lebih kepada pakaian muslim muslimah adalah di kedai Perniagaan Said, Kedai Kain Kamidah dan tempat satu lagi adalah tempat ini, dalam gambar iaitu cawangan kepada Kedai Kamidah berdekatan dengan stesen Parking Bas Keningau ke Sook Nabawan. Kalau anda memerlukan pakaian muslim muslimah di sinilah tempat yang mempunyai pilihan pelbagai warna pakaian pelbagai jenis yang menarik dan cantik.

Kelengkapan Lain Persediaan Anak Lelaki Ke SMK Agama Keningau.

Set A
1. Songkok - wajib di pakai setiap hari persekolahan
2. Kopiah putih - lembut
3. Pelikat
4. Baju Melayu warna putih - Pakaian wajib bersamping
5. Kemeja 4 pasang 
6. Seluar slack hitam- untuk ke masjid
7. Track shirt 2 pasang - untuk aktiviti sukan dan riadah
8. Beg pakaian

Set B
9. Kasut hitam, stokin
10. Semua peralatan alat tulis
11. Baldi baru dan set kelengkapan mandi
12. Gambar pasport 4 keping.
13. Kunci mangga untuk locker 
14. Selipar untuk ke masjid
15. Selipar untuk ke tandas
16. Pakaian seragam sekolah serba dua 

    Seluar slack hitam dan seluar panjang sekolah semuanya sudah di ukur dan di potong jahit hari ini. Pakaian Afif serta Nick Irfan juga semuanya sudah set agar selesa di pakai. Biasanya masa sekarang seluar panjang untuk lelaki berlambak di gedung jualan kain di mana sahaja, hanya yang masalah ialah panjang lebih pada hujung seluar tersebut harus di potong dan dijahit kemas semula.

Kos Upah Potong & Jahit Hujung Seluar Lelaki Di Keningau

    Jika dahulu kos upah potong dan jahit sekitar 1990an di Keningau hanya RM 2.00 hingga RM3.00 sahaja pada seluar panjang pakaian lelaki. Tetapi kini 2015 semakin naik dengan sepasang RM 4.00 hingga RM 5.00. Rasanya kenaikan harga ini dua kali ganda di Keningau. Kebanyakan yang memberikan khidmat potong dan jahit hujung seluar panjang lelaki ini ialah mereka yang datang dari tanah seberang. Itulah antara cara mereka mencari rezeki di Keningau. Yang agak peliknya mereka tidak seragam meletakkan harga. Sebaiknya jika dapat mereka dapat berbincang dan sama ratakan harga agar adil kepada pelanggan yang datang meminta perkhidmatan potong dan jahit hujung seluar panjang. Diharap pada 11hb Jan ( ahad ) tiada lagi yang tercicir apabila hari pertama di hantar ke asrma bersama Afif dan seorang lagi iaitu Mohd Ilham Jaidin.
Pakaian Jubah dan Kurta ini adalah pakaian sunnah nabi junjungan,
mari kita pakai Jubah atau Kurta ..semoga kita
 tergolong umat Islam yang mengikut Sunnah Nabi Junjungan.
Kempen Beli Kurta Pakaian Sunnah Nabi Junjungan

1. Jom beli pakaian kurta atau jubah. Pakaian yang menarik perhatian ramai muslim ( lelaki )
2. Mudah di pakai, ringan dan bersih dengan haya satu warna seperti putih, kelabu dan sebagainya.
3. Kurta adalah pakaian Nabi Junjungan Nabi Muhammad saw.