Perarakan Maulidur Rasul Peringkat 
Daerah Keningau 2015
17 Hb Jan 2015 ( Sabtu )

Banner  atau spandok mengikut kontegen masing-masing sempena
perarakan Maulidur rasul 2015 peringkat Daerah Keningau

Lintas langsung Perarakan Sempena Maulidur Rasul 2015 Peringkat Daerah Keningau, Sabah.
     
   Hari ini, Etuza sempat menghadiri dan menyaksikan acara gemilang Perarakan Maulidur Rasul pada 17hb Jan 2015 bersamaan hari sabtu yang bermula di Padang Kampung Masjid Keningau. Perarakan bermula pada jam 8.00 pagi sebaik sahaja pernilaian dan pemeriksaan pertandingan spandok mengikut Jabatan Kerajaan dan peringkat kampung di serata di Daerah Keningau.

  Dalam penerangan pengerusi pemudah cara, perarakan akan dilakukan menerusi jalan menuju ke Jalan Taman Adika, belok ke Jalan Masak, Keningau dan seterusnya menuju ke Round About berhadapan dengan Hotel Kristal Keningau dan akhirnya belok ke Jalan Round About berhadapan Balai Polis Keningau dan pusing ke kiri jalan lurus menuju ke Dewan Masyarakat Keningau. Etuza mengagak lebih kurang 2 KM setengah jauh perarakan dilakukan.

    Sampai sahaj di perkarangan Kompleks Padang Keningau, terdapat banyak conopy dan kelihatan atas meja terdapat banyak juadah. Etuza pasti juadah dalam bentuk tapau itu adalah makanan percuma, lalu Etuza mengambil satu bahagian dan berlalu pergi menemui Ibnu Mustaqim. Etuza ambil kesempatan membawa Ibnu Mustaqim balik ke rumah dan akan Etuza hantar ke asrama pada jam 4.00 petang hari ini.

Fadilat Majlis Perarakan Maulidur Rasul.

* Dapat bertahmid melafazkan puji-pujian ke atas Nabi Junjungan kita.
* Mengimarahkan kelahiran rasul kita dengan penuh rendah diri kepada Allah.
* Melafazkan zikir puji-pujian kepada Allah ( Subahanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar)
* Mengeratkan ikatan persaudaran sesama saudara Islam.Bergembira dan berbahagia menyambut hari istemewa Nabi Junjungan. 
* Pengisian hujung minggu yang amat bermakna dalam hidup kita. Sekali setahun bukan memudaratkan pun, malah kita medapat redha Allah.
* Mengukuhkan persahabatan. Kerana dalam majlis ini ada Etuza menemui kawan semasa Etuza kursus di Maktab Perguruan Keningau, iaitu Kamil Salleh, yang memang jarang sekali bertemu walau kami satu daerah. Alhamdulillah.


Tema Maulidur Rasul 2015 ialah : "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"

Untuk tatapan anda semua, Etuza abadikan beberapa gambar persediaan perarakan maulidur rasul pada hari ini di Keningau, Sabah.
Pelajar  lelaki dari SMK Agama, Keningau turut berarak. 
Gambar atas team Afif dan kawan-kawan sekelas Afif
Gambar bawah team Azim dan Ibnu Mustaqim pelajar 

tingkatan 1& 2 SMK. Agama Keningau, Sabah
Pelajar SMK Agama Keningau memenuhi ruang tepi 
padang Kampung Masjidsedang bersedia untuk
ke tapak permulaan perarakan .

Team pasukan keselamatan dan pasukan dari beberapa
 kampung membawa spanduk yang dipertandingkan hari ini..
Sedang menunggu rombongan dari pelbagai kampung ..sempena
perarakan maulidur rasul 2015 di Keningau.
Abadikan kenangan selepas perarakan di hadapan
 Dewan Masyarakat Keningau.Alhamdulillah dapat makanan
 percuma selepas perarakan..ramai yang sponser
menyediakan juadah ..Syukran ya Allah..

Engkau mudahkan urusan kami.
Tema Maulidur Rasul 2015 ialah : "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"

Photography : Blogger Etuza
Lokasi : Padang Kampung Masjid 
Dewan Masyarakat Keningau.
Program : Perarakan Maulidur Rasul Peringkat
Daerah Keningau, Sabah