Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1
Di SMK Agama Keningau, Sabah
Pada hari ini 04 Januari 2015 bersamaan hari ahad.

Timbalan Pengetua Datin Hasnah bersama guru bersedia menerima
pendaftaran pelajar tingkatan 1 di SMK Agama Keningau hari ini.
Ibnu Mustaqim dan kawannya Mohd Ilham dapat giliran mendaftar.
    Ibnu dapat kelas 1 Al-Faruq dan Ilham dapat kelas 1 Al-Fatih dan yuran pendaftaran untuk koperasi RM 233.50 sen. Pada Etuza, elok bayar terus..agar masalah ketiadaan cadar dan sarung bantal dan sebagainya tidak  berlaku pada anak Etuza. Samping juga pihak koperasi sekolah Agama Keningau yang sediakan.

Etuza abadikan kenangan hari pendaftaran Ibnu Mustaqim dan Ilham
hari ini di SMK Agama, Keningau, Sabah. Dua tangga kiri kanan
itu adalah tangga menuju ke staf guru dan pejabat Am sekolah ini.
      Etuza adalah antara ibubapa yang awal datang ke hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 di SMK Agama, Keningau, Sabah tahun 2015. Kelihatan belum berapa sibuk, kaunter - kaunter pendaftaran yang dibuka juga belum berapa sibuk melayan pelanggan. Nampaknya Ibnu Mustaqim lebih awal mendaftar di kelas 1 Al-Faruq. Selesai pendaftaran dan menyerahkan wang pendaftaran koperasi sebanyak RM 233.50 sen, Etuza kemudian mendaftarkan Afif ke kelas tingkatan 3 dengan wang daftar sebanyak RM32.50sen. Etuza melunaskan semua agar Ibnu Mustaqim selesa apabila semua kelengkapan seperti cadar, sarung bantal, lencana dan sebagainya akan disediakan dan diserahkan pada 11hb Jan 2015 apabila Ibnu Mustaqim dan kawan-kawannya tinggal di asrama.

   Hari ini hanya pendaftaran sahaja, dan guru yang mendaftarkan Ibnu memaklumkan bahawa semua pelajar  akan datang lagi pada 11hb Jan di Dewan dan mendengar terus taklimat daripada pengetua sekolah dan pastinya taklimat itu adalah bersama semua pelajar dan ibubapa sekali gus mendengar taklimat dari pihak pengetua. Etuza dalam dewan menjumpai kawan sekelas di Maktab Perguruan Keningau dahulu iaitu Kamil Salleh dan isterinya serta anak lelakinya yang sebaya Ibnu Mustaqim.

    Etuza sempat bersalaman dengan Tuan Pengetua Haji Haidun Sapri, turut bersalam dengan wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Keningau Ustaz Hazir yang turut hadir menyaksikan proses pendaftaran berjalan lancar sehingga jam 2 petang hari ini serta Etuza ada bersalaman dengan Ustaz Rejani ( warden asrama lelaki ). Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendaftar ke SMK Agama, Keningau. Sebuah sekolah yang semakin terkenal dan menjadi idaman ibubapa bagi tempat menyekolahkan anak-anak masing-masing.