Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1
Di SMK Agama Keningau, Sabah
Pada hari ini 04 Januari 2015 bersamaan hari ahad.
Timbalan Pengetua Datin Hasnah bersama guru bersedia menerima pendaftaran pelajar tingkatan 1 di SMK Agama Keningau hari ini. |
Ibnu Mustaqim dan kawannya Mohd Ilham dapat giliran mendaftar. |
Ibnu dapat kelas 1 Al-Faruq dan Ilham dapat kelas 1 Al-Fatih dan yuran pendaftaran untuk koperasi RM 233.50 sen. Pada Etuza, elok bayar terus..agar masalah ketiadaan cadar dan sarung bantal dan sebagainya tidak berlaku pada anak Etuza. Samping juga pihak koperasi sekolah Agama Keningau yang sediakan.
Etuza abadikan kenangan hari pendaftaran Ibnu Mustaqim dan Ilham
hari ini di SMK Agama, Keningau, Sabah. Dua tangga kiri kanan
itu adalah tangga menuju ke staf guru dan pejabat Am sekolah ini.
|
Etuza adalah antara ibubapa yang awal datang ke hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 di SMK Agama, Keningau, Sabah tahun 2015. Kelihatan belum berapa sibuk, kaunter - kaunter pendaftaran yang dibuka juga belum berapa sibuk melayan pelanggan. Nampaknya Ibnu Mustaqim lebih awal mendaftar di kelas 1 Al-Faruq. Selesai pendaftaran dan menyerahkan wang pendaftaran koperasi sebanyak RM 233.50 sen, Etuza kemudian mendaftarkan Afif ke kelas tingkatan 3 dengan wang daftar sebanyak RM32.50sen. Etuza melunaskan semua agar Ibnu Mustaqim selesa apabila semua kelengkapan seperti cadar, sarung bantal, lencana dan sebagainya akan disediakan dan diserahkan pada 11hb Jan 2015 apabila Ibnu Mustaqim dan kawan-kawannya tinggal di asrama.
Hari ini hanya pendaftaran sahaja, dan guru yang mendaftarkan Ibnu memaklumkan bahawa semua pelajar akan datang lagi pada 11hb Jan di Dewan dan mendengar terus taklimat daripada pengetua sekolah dan pastinya taklimat itu adalah bersama semua pelajar dan ibubapa sekali gus mendengar taklimat dari pihak pengetua. Etuza dalam dewan menjumpai kawan sekelas di Maktab Perguruan Keningau dahulu iaitu Kamil Salleh dan isterinya serta anak lelakinya yang sebaya Ibnu Mustaqim.
Etuza sempat bersalaman dengan Tuan Pengetua Haji Haidun Sapri, turut bersalam dengan wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Keningau Ustaz Hazir yang turut hadir menyaksikan proses pendaftaran berjalan lancar sehingga jam 2 petang hari ini serta Etuza ada bersalaman dengan Ustaz Rejani ( warden asrama lelaki ). Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendaftar ke SMK Agama, Keningau. Sebuah sekolah yang semakin terkenal dan menjadi idaman ibubapa bagi tempat menyekolahkan anak-anak masing-masing.
20 Ulasan
Tahniah Ibnu Mustaqim..
BalasPadamKiranya 2 orang anak belajar di sini Cikgu ya?
BalasPadamYa tepat sekali UMI afif abang dia dan Ibnu Mustaqim...pandai umi teka...tiada dah rahsia anak2 Etuza
PadamSbb Cikgu pernah buat entri mengenai Afif yang belajar di Sekolah Agama.
PadamOwhhhh terlupa, Azie sdg tunggu result SPM, bukan tinggal bertiga tapi berempat kat rumah.
Padamwahh..mmg teliti betul kak Umi Alya nih :-)
Padamso kiranya bila Azie dapat melanjutkan pelajaran nanti tinggal si kecil Aliya je di rumah bersama cikgu dan isteri ye..
PadamSikit dapat mengusik akakpun jadilah awak JM..
Padameheeheh...x betul ke...siapa lagi nk usik akak tu kalau bukan JM ni :-)
PadamYalahkan, lama daa kita tak usik mengusik..hi3
PadamAkak cubit baru tau..
PadamHeeeee....hanya mampu tersenyum tanpa kata apa2
Padamingatkan dah habis 'reply komen' rupanya ada lagi :-)
PadamHeeeee....hanya mampu tersenyum tanpa kata apa2
tahniah buat ibnu dapat masuk sekolah antra sekolah yg cemerlang...
BalasPadamterima kasih ya ZarulF..kira sekolah cemerlang di Keningau ja...sekolah idaman ibubapa dah sekolah ni
Padamtahniah...dan Alhamdulillah...semoga menjadi anak yg soleh ya Ibnu...
BalasPadamTahniah untuk Anak lelaki Cikgu Etuza..Ibnu Mustakim...Semoga terus berjaya di sekolah menengah ..All the best ya
BalasPadamselamat menempuh alam sekolah menengah ye Ibnu Mustaqim..study smart not study hard ye
BalasPadamrumah cikgu di Tambunan kan..so Tambunan ke Keningau berapa jam eh?..oklah kalau dapat stay di Asrama..lebih terurus nanti..
BalasPadamalhamdulillah kerana semua anak-anak cikgu Etuza berjaya dalam pelajaran..itu adalah REZEKI :-)
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.