Kek Coklate Moise Azie Lemak Berkrim.

Kek Coklate Moist

Rupa kek coklate moist Azie lemak berkrim, lazat dan secukup rasa.Hidangan
sekitar jam 4.00 petang hari ini..
Apakah Bahan Yang Di perlukan.

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 susu pekat manis
1 & 1/4 cawan tepung gandum atau tepung kek
1 sudu baking powder 
4 butir telur 
1 sudu esen vanila
mantega ( diperlukan )

Apakah Caranya Pula

1 Campurkan gula, susu cair,susu pekat manis dan minyak masak ke dalam periuk, pastikan api dalam keadaan perlahan agar larut bahan dengan sekata.
2. Dalam bekas ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder.
3. Pukul telur hingga kembang, masukkan campuran pertama tadi ke dalam adunan telur.
4. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan sila kacau sebati hingga tidak berketul-ketul.
5.Sapukan magerin pada loyang yang digunakan. Masukkan adunan kek dan panaskan sehingga masak sempurna.

Apakah Bahan  Krim 

1. 1 cawan susu pekat manis
1. sudu makan serbuk koko
2 sudu mantega

 Kek Coklat Moist Azie Lemak Berkrim
Sedap di makan petang hari dengan secawan kopi panas...
Resipi kek coklat moist ini di adaptasi oleh Azie 
di blog hebat SINI ( blog CIK MATAHARIKU )


kek coklat, kek coklat kukus mudah, resepi kek coklat
Wajah kek coklate moist sebenar. Terima kasih
 kepada blogger Cikmatahariku

Antara tips buat kek dari Blogger UMI ALYA 
 yang telah Etuza sampaikan pada Azie apabila 
belajar memasak kek ialah :-

1. Tidak perlu guna baking of soda 
2. Usah terlalu pekat manis terlebih gula.
3. Mesti ayakkan tepung dan serbuk koko.

( terima kasih kepada blogger UMI ALYA kerana memang halus dan
menjadi kek Azie hari ini- Seisi keluarga merasa gembira )

Pemakluman Terkini Penghantaran Hadiah
10 Top Komentar Disember 2015.

1. Hadiah  untuk Blogger Umi Alya -sudah hantar
2. Hadiah untuk Blogger Jari Manis - Sudah hantar
3. Hadiah untuk Blogger  CalrasePatrick - Sudah hantar
4. Hadiah untuk Blogger Zarul Farhana - Sudah hantar

Hadiah Belum Hantar
5. Blogger Madam Kamsiah ( set alamat ada )
6. Blogger aRz Mohd ( Set alamat ada )
7. Blogger HainomOkje - ( Minta alamat...untuk kepastian )
8. Blogger Nurzakiah Hanum - ( Minta alamat secepatnya )
9. Blogger Akif Imtiyaz - ( Set alamat ada/ jika ada masalah
akan maklumkan dengan segera)
10. Blogger Bunda - ( Minta alamat secepatnya ya )

harap maklum...