Kalau Melihat Mentari Pagi Di Ufuk Timur

Sila perhatiakn gambar apabila
 sinaran mentari di kala pagi
Cahaya mentari memancarkan cahaya menerangi alam buana ini. Ini
jika di lembah adanya kediaman Etuza..cahaya amat tenang sekali
ketika kita menyambut maulidur rasul...inilah keadaan cahaya mentari masa itu

Tengok mentari pagi bila memancarkan cahanya, tumbuhan melata bagaikan tersenyum..
kerana tumbuhan yang ada akan menghirup bayu dan menjadi amat bertenaga..
cahaya itu membantu tumbuhan pepohon menyedut cairan air di akar tanah..

Bunga-bungan yang ada juga kembang penuh pesona..kelihatan kumbang rerama berterbangan
menyerikan lagi suasana. Kita melihat betapa besar peranan mentari di Upuf Timur..
Memesrakan keadaan Manusia, tumbuhan Dan Haiwan saling memerlukan

Kesegaran pagi juga bagaikan memberikan kita nafas baru yang segar..
kita hirup udara segar di bayu pagi..darah di ronggaan kita mengalir dengan lancar
apabila kita menikmati suasana pagi seiring mentari di sana sedang menyinari..

Adakah anda dapat rasakan nikmat mentari ini. Sila tengok tumbuhan hijau itu..
seolah mendapat kekuatan kala mentari menyinar memancarkan cahaya ke alam buana..
amat terasa nikmat kehidupan ini dengan adanya nafas baru kita..dan melihat
mentari di Ufuk Timur penuh mesra melayarkan cahaya menemani kita walau
di mana pun berada..Syukurilah adanya kita melihat cahaya dariNya ini.
Kalau Melihat Mentari Di Ufuk Timur

Mentari pagi yang bersinar...
Amat damai terasa lembut memancar di lembah bayu..
Bagaikan merekah kelopak mata yang bersinar indahnya itu..
Sejujur kelihatan naik perlahan seraya bercahaya..
lagi terang dan terang sekali..

Mentari yang menyinar itu..adakah anda pernah melihatnya..
ya melihat mentari bersinar dicelahan pepohon yang rendang..
Lihat mentari mungkin di sebalik dedaun jendela bilik tidurmu..
Kala pagi, kerana ada zat dan nur kasihNya..
Sebenarnya itu nikmat sebesar-besar yang kita ada

Lihatlah mentari memancarkan cahayanya..
Huuuuu! Indah terasa, terasa ada kekuatan nafas ini..
Adanya menyelar roma-roma kita..
Terasa ada kepanasan membelai..
Jika itu kita rasakan bahawa Dia sayangi kita..

Ucapkan Syukur Alhamdulillah dan Subahanallah 
Zikir pertama darimu kala melihat menatri di Ufuk Timur..
Di celahan dedaun kita lihat sinaran nya pecah
Menerangi alam buana ini..
Rasakan lah nikamt senikmat-nikmatnya..
Karya : Etuza