Kesibukan Di Bulan Januari Setiap Tahun

Biar apapun kesibukan kita pada setiap hari.usah kita lupa hal bersolat
apabila tiba waktunya...
    Bulan Januari 2015 sudah lima hari ke hari ini menjelang dalam layar kehidupan kita di 2015. Baru lima hari kita berada di bulan Januari tahun ini, kita dapat rasakan kesibukan seharian hidup kita ini.

    Memang sibuk nampaknya Januari ini, yang melibatkan 31 hari di Januari 2015. Kalau kita katakan memang sibuk..kita akui memang sibuk, akan tetapi kesibukan kita bukan kesibukan yang menjuruskan kehidupan kita ke arah yang tidak baik, melainkan kesibukan demi untuk menjana ke kehidupan di dunia hingga ke akhirat dengan niat lebih bahagia dan lebih gembira dan bermakna.

Kalender Januari 2015
Kalender Januari 1 Jan - 31 Jan 2015 Klik SINI
    Mari kita listkan kesibukan di bulan Januari Etuza kategorikan 3 bahagian utama, mari kita lihat:-

Sibuk Januari Yang Normal

1. Sibuk mengurus persekolahan anak-anak kembali ke sekolah.
2. Kesibukan mengurus hal makan dan minum setiap hari.
3. Kesibukan menyemak bonus di bank, bonus ASB, bonus wang simpanan di Bank. Sibuk mengurus buget Januari.
4. Kesibukan hal kekeluargaan, mengadakan doa selamat, majlis yasin dan sebagainya. Sibuk masak memasak yang seronok.
5. Sibuk mengurus pembelian pakaian dan peralatan anak-anak balik ke asrama sekolah.
6. Sibuk membuat persediaan balik ke tempat kerja setelah bercuti sebulan di desa bagi keluarga yang balik kampung di masa cuti.
7. Sibuk membuat jualan tambahan di bulan Januari agar ada dana tambahan dan simpanan masa depan.
8. Sibuk membuat pertemuan atau perjumpaan dengan teman sekolah teman di IPTA ( reunion )
9. Sibuk membeli kereta baru atau pindah ke rumah baru.
10. Sibuk update blog apabila ada kesempatan yang terluang.

Sibuk Januari Yang Diluar Jangkaan.

1. Semua 10 sibuk di atas pasti ada seiring, tetapi sibuk mengurus keperluan saudara atau ahli keluarga yang tiba-tiba sakit.
2. Kesibukan tanpa sedar menyelesaikan masalah orang lain.
3. Sibuk mengurus kerosakan kereta yang tiba-tiba rosak dan menjadikan kita bertambah sibuk.
4. Sibuk ke sana ke mari meminta bantuan tolong ( seperti meminjam wang ) hanya kerana terpaksa meminjam demi keperluan ana-anak yang hendak balik ke sekolah.Sudah tiada jalan lain pilihan.
5. Sibuk membersihkan rumah dalam dan luar secara tiba-tiba rumah di landa banjir. ( rumah harus dibersihkan )- Keadaan begini memang sibuk sangat. Bersimpati yang rumah dilanda banjir.

Sibuk Januari Yang Merugikan.

1. Sibuk menonton televisyen 24 jam.
2. Sibuk keluar rumah dari pagi dan petang tetapi tidak tahu hala tujuan.
3. Pura-pura sibuk tetapi tiada mendatangkan faedah apa-apa pada keluarga.
4. Sibuk melayan whatssap, menunggu whatssap masuk handphone tersenyum seorang sorang melihat gambar whatssap yang pelbagai.
5. Sibuk berjalan ke sana sini di bandar-bandar besar tetapi tidak tahu buat apa-apa hanya suka melepak dan berbual dengan rakan-rakan lepak yang lain.
6. Sibuk mengumpat jiran yang dekat atau  umpat keji saudara sendiri.
7. Sibuk berbelog hingga lupa makan tengahari dan sebagainya.Ini mengundang penyakit gastrik.

   Kita usah sibuk seperti dalam cerita SINI hingga menempah maut. Hindarilah diri dari kesibukan yang merugikan ramai orang. Pada apa juga kesibukan marilah sentiasa peka dan tahu erti keselamatan diri keluarga dan masyarakat.Amin.

Holidays and Observances:
1 JanNew Year's Day
3 JanThe Prophet Muhammad's Birthday
1 FebFederal Territory Day
2 Feb'Federal Territory Day' observed
3 FebThaipusam
19 FebChinese Lunar New Year's Day
20 FebSecond day of Chinese Lunar New Year
3 AprGood Friday
5 AprEaster Sunday
1 MayLabour Day
3 MayWesak Day
16 MayIsra and Mi'raj
6 JunThe Yang di-Pertuan Agong's Birthday
18 JunRamadan begins
4 JulNuzul Al-Quran
17 JulHari Raya Puasa Day 1
18 JulHari Raya Puasa Day 2
31 AugMalaysia's National Day
16 SepMalaysia Day
24 SepHari Raya Haji
25 SepHari Raya Haji holiday
14 OctMuharram/New Year
10 NovDiwali/Deepavali
24 DecThe Prophet Muhammad's Birthday
24 DecChristmas Eve
25 DecChristmas Day
31 DecNew Year's Eve
Add more holidays/observances: SeasonsSelect:
Hari-hari penting dalam kalender Malaysia.

-hijriah-malaysia/Klik SINI Untuk Infor Kalendar Bulan Islam

Kalendar Islam 2015 Atau Takwim 1436 - 1437 Hijriah Malaysia
Nota : Semoga kita terhindar dari melakukan kesibukan yang tidak membawa manfaat kepada diri dan keluarga. Kita teruskan hak kehidupan di tahun 2015 dan seterusnya.