Hujan Turun Tidak Henti Di Keningau
Imej hujan dari carian Google..menghias laman Etuza |
Tidak pasti Etuza akan bila hujan ini berhenti malam ini. Sejak awal malam selepas maghrib hujan mulai turun dengan lebatnya. Hingga kini jam menunjukkan 11.25 minit malam hujan masih menderu di luar rumah. Etuza hingga kini masih berada dalam online maya, klik lama-laman kegemaran tetapi sangat lesu dan lemah line. Memang inilah cabaran yang Etuza lalui di Pedalaman Sabah. Hanya akan berlaku masa-masa terluang dan tertentu line begitu laju, maka kesempatan itu Etuza gunakan untuk terbitkan beberapa entry dalam blog.Cuma sebaik siap entry bergambar akan Etuza lakukan blog walking, di sinilah keadaan begitu payah untuk mencapai laman yang di gemari. Sabar dan sabar tanpa sedar jam sudah menunjukkan jam tengah malam.Alahai..masa cepatnya berlalu.
Hujan malam ini, tak henti serius tak henti non stop. Malah kadang kala kuat dan menderu mencurah bagaikan muzik malam yang selalunya pekat dengan sunyi di lembah tempat tinggal Etuza. Ya Allah kami mohon ampun ya Allah ..sesungguhnya kami tidak tahu rencanaMu di muka bumi ini. Yang kami tahu ialah hujan ini rahmat, tetapi andai berlebihan banyak perkara di luar jangkaan akan berlaku, seperti tanah runtuh dan banjir melimpahkan air ke tepian ke dasar daratan. Memang akan terjangka demikian kiranya hujan tanpa henti dan tanpa henti.
Kalau rumah dekat sungai, pasti akan dinaiki air bah. Kalau rumah atas bukit juga bahaya kerana kekuatan tanah tidak akan kuat, kaki bukit akan lembut dek hujan yang berlebihan. Walau di mana pun usah kita ego dengan kudratNya. Kerana di mana pun berada jika ditakdirkan adanya ujian maka kita semua akan laluinya. KepadaMu ya Allah kami mohon siramilah Bumi ini dengan air hujan yang mendamiakna yang resap ke bumiMu dan akan segera surut takungan air di daratan agar segalanya dalam keadaan selamat. Hanya padaMu Allah kami memohon yang baik. Tiada daya upaya kami selain memohon keampunan dan kabulkan semua doa kami hambaMu yang beriman.
Hujan 2
Kalau hujan berlebihan..ada keadaan yang kita tidak inginkan, ada situasi yang diluar jangkaan kita akan berlaku. Antaranya:-
* Tanah rata jadi becak berlumpur
* Tanah akan menjadi lembut dan banyak air bertakung atas daratan.
* Air anak sungai akan melimpah juga.
* Bunyi katak malam bising berdengung
* Deruan hujan melenakan kita kala beradu, tetapi andai berumah di tepi sungai amat tidak tenang keadaannya. Allah hu akhbar.
* kain jemuran di pagi hari bagaimana nak kering jika hujan masih tak reda.
* kereta dalam keadaan berlumpur asyik pijak darata berlumpur.
* Perasaan risau melanda jiwa..
* Terbayang berbagai fenomena bencana alam.
Hujan 3
Bila hujan tidak berhenti berbuatlah sesuatu yang menurut anda melaksanakannya akan membawa jiwa menjadi aman iaitu:-
* Bersolat dan berdoa padaNya.
* Memohon keampunan dariNya
* Berselawat ke atas nabi junjungan
*Berzikir tanpa henti..bacalah zikir membesar kan Allah memujiNya.
* Mintalah yang baik dariNya kerana Allah itu maha mendengar.
* Binalah keyakinan diri bahawa Allah menguji keimanan kita..maka kita bersabar.
( Semoga hujan malam ini akan beransur reda dengan izinNya )
* kereta dalam keadaan berlumpur asyik pijak darata berlumpur.
* Perasaan risau melanda jiwa..
* Terbayang berbagai fenomena bencana alam.
Hujan 3
Bila hujan tidak berhenti berbuatlah sesuatu yang menurut anda melaksanakannya akan membawa jiwa menjadi aman iaitu:-
* Bersolat dan berdoa padaNya.
* Memohon keampunan dariNya
* Berselawat ke atas nabi junjungan
*Berzikir tanpa henti..bacalah zikir membesar kan Allah memujiNya.
* Mintalah yang baik dariNya kerana Allah itu maha mendengar.
* Binalah keyakinan diri bahawa Allah menguji keimanan kita..maka kita bersabar.
( Semoga hujan malam ini akan beransur reda dengan izinNya )
21 Ulasan
amiin..
BalasPadamsyukran dapat sokongan ..
PadamHujan oh hujan :).. Disebabkan hujan kasutku masih basah sikit. hehe
BalasPadamsudah berhenti pagi tadi kan calrase
PadamSarawak pula yg dilanda banjir...
BalasPadamYa ALLAH..semoga tiada nyawa lagi yg melayang
semoga cepatberansur reda banjir Sarawak
PadamAssalamualaikum En Etuza..salam kenal dari Che Mid..
BalasPadamSEKARANG NI BILA HUJAN TURUN HATI MUAI RISAU APALAGI HUJAN MENDERU DGN LEBAT SBB BANJIR BOLEHH BERLAKU DIMANA SAJA N KITA PERLU BERSEDIA SAMBIL BERDOA SENTIASA KE HDZRAT ILAHI MOHON PERLINDUNGANNYA....
BalasPadamitulah sekarang musim hujan kan... sarawak pn dah start naik banjir kan...
BalasPadamKita sama-sama doakan semoga cuaca kembali baik di sana...
BalasPadamsemoga kita dilindungi Allah selalu.
BalasPadamsemoga hujan yang turun akan ada reda nya . pada masa yg sama , berdoa dan bersedia seandainya ada perkara yg tak diingini berlaku ...
BalasPadambagaimana keadaan hujan di sana cikgu...skrg di semenanjung tempat JM ni panas sepanjang hari..jemur kain 1 jam dh kering
BalasPadamsemoga hujan yg turun ni mmberi rahmat kepada kita semua :)
BalasPadamSalam Etuza... di KK pun lebih lama hujan dari panas... kain di ampaian pun dah berlambak... harap2 hujan di pendalaman tu tak menjadi banjir seperti di Beuford atau di Penampang... malahan di Keningau sendiri...
BalasPadamMudah2an semuanya kembali ke asal..
BalasPadamAamiin ya Rabbal alaamiin....
BalasPadamAaamin aaamin...Semoga hujan bertambah reda dan tiada lagi kawasan baru yang dilanda banjir..
BalasPadamKat KL lama dah tak hujan cikgu...
BalasPadamTulahkan cikgu mereka yg duduk kat kawasan rendah dan berisiko sure seram ni tengok hujan tak berhenti henti. Moga mereka di beri perlindungan Allah hendaknya.
Macamana banjir kat sana sekarang ni cikgu
semoga tiada apa2 berlaku lah..
BalasPadamdgr sana masih banjir lagi
semoga terhindar dari musibah banjir
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.