Hadapi Cabaran Kehidupan Dengan Tenang.Usah tertekan apabila ada saja cabaranKLIK ENTRY SINI HITS DI BLOG ETUZA |
Bergambar dekat bunga-bunga di laman..tak terurus laman di luar dek cabaran kehidupan yang kena hadapi dengan tenang. |
Sesiapapun kita tidak dapat menghindarkan diri dari proses hidup seharian yang penuh dengan cabaran. Bukan hidup namanya jika anda tidak ada sebarang cabaran hidup ini. Tetapi hidup anda itu ibarat kehidupan yang penuh dengan keselesaan dan senang lenang yang akan menjadikan anda taksub dengan Dunia ini. Ya! taksub apabila anda bergelumang dengan kesenangan ria yang menjadikan anda bahawa Dunia ini hanya bersifat sementara.Tapi adakah antara kita seperti itu? Rasanya tiada yang hidup mewah bersenang lenang sahaja kerana kelihatan ramai insan sana yang kita lihat senentiasa memandu hidupnya dengan melakukan serta menyahut berbagai cabaran mendatangi mereka. Kita juga umpama itu ada sahaja cabaran kehidupan yang kita tangani khasnya kala siang benderang ini, sebaik kita buka mata dan bangun menunaikan rutin kehidupan sebenar kita, bukan mimpi ya.
Cabaran kehidupan itu banyak sangat ya banyak sangat..malah setiap saat detik dan waktu kita rasakan cabaran itu amat dekat dengan kita. Kita kena tangani dan laksanakan dengan TENANG usah tertekan kerana jika anda rasa tertekan lagi akan memberatkan keadaan cabaran itu. Tapi TANGANI dengan satu persatu dan penuh waspada. InshaAllah akan selesai dan siap hadapai cabaran setiap hari dengan izinNya juga. Cabaran itu adalah pelbagai kita semua dapat rasakannya, cuma cara kita beda untuk menghadapinya seperti ini cabaran kita yakni:-
1. Kewajiban bersolat- wajib solat lima waktu, solat sunat pun ada kena lakukan kalau nak tambah amal yang baik dapat pahala.
2. Kewajiban untuk makan dan minum ..kena sediakan juadah untuk makan dan minum.
3. Kewajiban mencari rezeki. Kalau tidak cari dan usaha mencari rezeki bagaimana pula halnya nak beli bahan makanan dan minuman.
4. Kewajiban menghormati saudara, jiran dan kawan-kawan. Ha kena datang ziarah saudara yang hadapi masalah kematian keluarga dan sebagainya, majlis kahwin ke atau apa-apa yang perlu desak diri untuk hadir ke rumah jiran atau kawan. Kita kena datang walau tak dijemput sebab akan terjalin ukuhuwa sesama manusia.Cabaran ziarah blog teman juga termasuk cabaran kita sebagai blogger.
5. Kewajiban keluar rumah. Cabaran keluar rumah dengan bersebab dan bertujuan. Kalau di luar rumah seharian banyak cabaran lain pula wujud, yakni kena pergi surau atau masjid tunaikan solat. Masuk kedai nak beli yang dipesan oleh orang rumah. Macam-macam urusan, hal masuk shall minyak pun cabaran kena beratur kan kena hulur wang masukkan minyak kena buka tutup tangki minyak kereta. Banyak nya cabaran kita selagi hidup.
6. Kewajiban menjaga dan memberi kebajikan kepada anak-anak. Ha hantar ke sekolah hantar ke asrama kena pandu kereta kan. Kena hulur duit saku untuk anak, kena beli apa dia nak ini semua cabaran yang harus ditangani dengan hati yang tenang.
7. Kewajiban berehat, ini juga cabaran kena cukupkan tidur kita, kena jaga kebersihan diri dan kebersihan makanan serta kebersihan rumah.Banyak kan cabaran dari sekecil kecil ke sebesar-besar cabaran.
Di ringkaskan..memang banyak cabaran hidup kita. hanya cara kita tanganinya sahaja yang membezakannya. Marilah hadapi cabaran kehidupan ini dengan tenang dan tabah serta sabar. Kemudian kita laksanakan yang patut yang dahulu dahulu kemudian laksanakan pula urusan lain juga dengan tenang sentiasa. Usah tertekan kerana rasa tertekan akan menghalang kita dari menyempurnakan tugas kita sebagai khalifah di Bumi nyata ini. Lastly tengok gambar motivasi di bawah ini.
Baca santapan jiwa rohani kita ini ya!
Yakinlah dengan kata-kata berhikmah ini..pastinya Allah itu benar. |
Adanya cabaran kehidupan ini menjadikan kita terbatas masa melawat blog anda ..pun akan terjah andai benar2 punya waktu yang mengizinkan kita. Mohon maaf belum ada masa Etuza klik blog teman2 maya. |
Kata- Kata Motivasi ini Etuza ambil di pautan blog SINI. Bila kita rasa mudah selesaikan tugasan cabaran kehidupan akan kita dapat rasakan kelegaan dan kebahagiaan serta memuji kebesaranNya. Tetapi jika tidak di hadapi dengan tenang malah ada tertekan maka wujudlah perasaan yang amat menderita kerana ada unsur terpaksa melakukan cabaran kehidupan itu walhal cabaran itu amat mudah dilaksanakan. InshaAllah moga dapat memberi intipati hadapi tekanan kehidupan seharian.
34 Ulasan
cabaran hidup sehari-hari memang tidak untuk dihindari dan disesali, tapi cebaran harus dapat menyikapi dan tetap bersyukur atas apa yang kita harus hadapi dalam kehidupan sehar-hari, dengan kita mampu menghadapinya insyaallah kita semakin mendekatkan diri kepada-Nya....aaaamiiiiin
BalasPadamsalam sehat dan ceria selalu
Wasalam ..ya terima kasih ya..tepat sekali kena teruskan hidup kita ni ya dengan mendekati kepadaNya
PadamCabaran sebagai seoramg blogger, kena tahan hati, kawan2 pula suka komplin - ayat tu salah, ayat ni salah, ejaan tak betul, tak faham maksud entri yang dikeluarkan, siapa lagi jika bukan kami berdua iaitu Saya & JM, udah le memanjang jer bercakaran kat sini, ahakkkk..
BalasPadamhehehe..tak apa UMI Etuza lagi suka kena kritik betul kan ejaan asyik salah..Etuza kena terima.Tak ke situ lah..maksud Etuza cabaran blogger tu bila kita nak ziarah line tak power susah nak tengok blog ruang komen pun tak keluar ..yang ada tu imej ...reload..cabaran hidup banyak tu..
PadamTapi tetap cabaran juga, hi3
PadamLine itu kat mana2 tetap ada masalah, itu salah satu sebab tiada entri dikeluarkan.
PadamSeoramg=seorang, silap lagi..
Padamalamak!!!!
Padam"Cabaran bermaksud sesuatu unsur/faktor yang menguji kemampuan seseorang"
PadamAdakah cabaran sesuai di gunakan utk no 1 - 7. Bukan kah semua itu kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang manusia dan ketua keluarga
Itu dia, Cikgu Bahasa Melayu sudah mari, terima kasih di atas penerangan panjang lebar, jasamu tetapku kenang, chaiyokkk JM...
PadamAkak setuju 100%, kewajipan dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh kita.
Padamwoww...kelu lidah :-)
Padamhi3
PadamBab makan minum tu, rasanya bukan cabaranlah Cikgu sebab kita masak penuh keikhlasan dan kasih sayang demi keluarga tercinta.
BalasPadamya UMI tapi kena masak kan..tak apa cabaran biasa saja bab makan ni..kena bangun awal untuk masak tu cabaran juga. Cabaran maksud Etuza adalah apa sahaja kerja2 seharian kita antara beberapa ja tu dalam entry hakikat sebenar amat banayk dalam sehari kerja2 kita buat..betul kan...
PadamSemasa gadis dulu saya akui susah bangun pagi tapi bila sudah berkeluarga, punyai suami dan anak2, dapat tidur sekejappun jadilah, janji awal2 pagi sudah berada di dapur sediakan sarapan untuk family.
PadamSuami saya pula jenis pemakan, seronok jer tengok awal2 lagi dah makan berat, kadang2 bertambah.
Masak simple tapi sebab dia bukan jenis memilih, apa yang dimasak samada sedap @ tidak tetap dimakan, sekurang2nya ia menghargai penat lelah kita menyediakan juadah diawal pagi, jadi tidak terasa ia suatu bebanan.
alhamdulillah di kurniakan suami begitu
PadamAlhamdulillah..
Padamkadangkala yan juga tak kuat hadapi dugaan yang datang dari pelbagai arah...kadangkala tersungkur jua..
BalasPadamsetiap org akan hadapi cabaran.
BalasPadamCabaran bermaksud sesuatu unsur/faktor yang menguji kemampuan seseorang atau sesuatu organisasi, halangan bermaksud gangguan atau rintangan dan masalah bermaksud perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut mesti disesuaikan dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengatasi kebanjiran pekerja asing di negara ini?
BalasPadamPenggunaan perkataan cabaran dalam ayat ini betul kerana kebanjiran pekerja asing merupakan faktor yang menguji kemampuan Malaysia menanganinya.
Berjela... Komen @ entri?? ahakkkk.. (sengaja cari pasal ngn adik manjaku, jangan marah...)
Padammana-mana pun boleh janji apa yang ingin di kongsi itu sampai x giteww hihih
PadamBetul tu, akak setuju..
PadamKita kena belajar untuk hidup tenang yer Cikgu Etuza sebab cabaran tu ada di mana saja ^-^
BalasPadamMemang banyak sangat cabaran hidup ni cikgu. kalau ditulis semuanya, tak habis berlembar halaman..:(
BalasPadamsesungguhnya cabaran itu adalh ujian utk kita bagi mematangkan lagi kita untuk menghadapi cabaran yang lebih hebat :)
BalasPadamCabaran hidup itu menjadikan kita insan yg ada kehidupan. Org yg tiada cabaran hidup adalah orang yg tiada kehidupan.. t kasih atas renungan bermanfaat ini cikgu Etuza.. :)
BalasPadamBetul tu cikgu.....banyak cabaran yg perlu kita hadap kalau dah namanya manusia. Tanggungjawab lelaki lahi besarkan cikgu. Suami Okje pun nampak stress dgn kerjanya . Kesian okje menengoknya
BalasPadamakak Hainom tetap Okje hihihih
PadamBetul2..GENG tetap OKje..
Padamada byk kewajipan yang perlu kita laksankn
BalasPadamCabaran dan dugaan hudup seseorang tak sama...hanya yang perrnah mengalami saja yang lebih memahaminya...
BalasPadamsetuju dengan BUNDA
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.