Tolong Jangan Copy Paste Blog Etuza

Tolong Jangan Copy Paste Blog Etuza

Tolong Jangan Copy Paste Blog Etuza.

Atau ini kerja Google! Etuza tidak faham
kenapa ada klon blog Etuza ini.
Kalau ada yang nampak mohon
hentikan klik laman ini..
ini bukan blog Etuza.
Blog Etuza ada header ..
Jika ada blogger lain yang nampak
dan ini promot dari seseorang..
adakah anda suka blog terjadi
seperti blog Etuza.
Atau ini perbuatan VIRUS!
Tolong baca makluman Etuza..please..

* Etuza minta maaf banyak-banyak.
Blog ini tiada duanya melainkan hanya 1.
Tolong tinggalkan perbuatan COPY PASTE anda
terhadap blog milik ETUZA.
Tolonglah ya..
Minta kerjasama rekalah blog anda sendiri!.

** Sebarang copy tanpa kebenaran admin
blog Pesona & Mustika adalah di tegah
dan di larang sama sekali.
Mohon agar tidak menganggu kedamaian
Etuza berblogging.
Harap Maklum.
Berastigfarlah apabila anda melakukan kesilapan
kepada orang lain. Tak baik copy paste blog orang lain..
kenapa harus berlaku? Astagfirullah!!

Ini kerja siapa? Etuza Tidak Faham. Mohon Hentikan Perbuatan Ini Ya.

     Anda klik pautan INI dahulu, baru anda akan merasa pelik kenapa ada blog Pesona & Mustika tidak berheader ini. Bagaimana perasaan anda kala melihat blog ini seperti blog Etuza di copy paste 100 % dan template saja yang berbeza. Etuza klik on line mala ini, sangat TERKEJUT nampak blog pelik tetapi paparan blog dan gambar2 penghias laman Etuza. Kenapa ya ini terjadi? Perlu kah ada gangguan ini berlaku. Teringat Etuza pada blogger wanita terkenal MiaLiana, seolah apa yang dia rasa kini Etuza alaminya. Kenapa pilih Etuza dalam hal copy paste ni. Rasanya kelihatan ada kemahiran berblog tetapi kenapa COPY PASTE blog kita. Etuza merasa amat kecewa ada unsur sabotaj seperti ini. Perlu kah ganggu kedamaian kita berblog. Etuza mohon hentikan perbuatan ini dengan segera,tolong lah hentikan.

     Etuza merasakan nikmat berblog tercemar kini. Perasaan Etuza yang sentiasa riang dan gembira tiap kali on line menemui blog ke blog kegemaran rasanya kini lain sangat. Ada rasa sedih dan pilu. Ada perasaan pelik bila keadaan blog Etuza menjadi dua dan tek berheader. Siapa yang rajin sangat ni ya. Kenapa sanggup promot blog orang cara yang tidak berapa mesra blogger ni? Kenapa pilih blog Etuza, Etuza bukan terkenal sebagaiman dia fikirkan. Etuza orang kampung di Pedalaman Sabah, apa yang anda lihat hingga berminat COPY PASTE blog Etuza ini. Kenapa tidak buat atau bina blog sendiri baru anda akan merasa puas hati citarasa anda berblog. Rasanya tidak malu ke dengan paparan blog pinggiran seperti Etuza ini. 

    Jika anda individu yang berniat baik promot blog Etuza bukan ini caranyakan blogger yang ada pengalaman seperti apa yang Etuza alami minta anda tampil memberi info baru Etuza agar terjawap perasaan pelik ini. Mohon kerjasama dan tidak menganngu kedamaian Etuza berblog.Sekali lagi kepada individu yang melakukan hal ini minta lah dengan penuh belas kasihan tolong hentikan ya. Minta hentikan






Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

46 ulasan

Sha pun kena bro tuza... auto kot ^^

Iya kah Sha..auto ..kemungkinan kan..tapi tak seronok jadi macam tu...

sabar yer cikgu...klau yan pun angin satu badan...patutlah cikgu dah tak ada berkunjung di blog yan..rupanya blog cikgu di copy paste..

Huhu adoiii mcm2 hal sekarang ni kan ..tak tau laa nk buat camner huhu

Ala rasa takut laaa pulak bila jd gini..camner cikgu leh detect benda ni ya ..

maaf kan Etuza ya,..pasti akan datang terjah..masa kini berblog amat singkat..tugasan bertambah,,,

JM try gak klik link yg di beri tapi keluar "this webpage is not available"

JM pernah kena..ada blogger copy paste entry cuma tukar gambar sahaja

tapi kalau copy blog ni bagaimana pulak dia buat melainkan orang tu tahu id dan password blog kita..risau pulak jika ada orang yang bersikap begitu

ada juga kes blog kena ciplak..xpenah pula tahu. sabar ye etuza.. moga2 yg ni auto created by google bukn hasil org yg tak bertanggungjawab

zinziemeewah

takutnya blog pun ada gak nak copy paste

sama jer kita punya blog pun ada

copy blog dengan rss, jangan senang-senang bg rss kt org..senang orang copy

Mintak maaf yee pakcik .. shahril menjampuk . tapi ini bukan VIRUS ye, tapi website yang menyediakan post feed . Jika, pakcik atau sapa2 yang update blog mereka , post mereka pasti akan ada dekat website disana.. dia akan ambik nama website pakcik di depan sahaja . contoh macam blog etuza kan ? madey09.blogspot.com .. Jadia dia akan amik madey09 sahaja .. link feed blog etuza akan jadi macam ni ---> http://www.got-blogger.com/madey09/ ... faham tak ? kalau shahril punye akan jadi macam ni http://www.got-blogger.com/muhammadshahril97/ ..

harap membantu ..

Singgah sini ye .. nak tahu blog di ciplak atau tidak ? baca entry ni .. harap membantu !


http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/apakah-itu-got-blogger.html

saya tak mampu nak ulas bab ini. Mohon Cikgu Etuza tanya pada Bro HH. Mungkin ada jalan penyelesaian

Cam auto blogspot jer Cikgu sbb 100% entri & ulasan

Bila nak tinggalkan ulasan, ia bawa ke laman asal ini, saya tak rasa ia copy paste..

Kalu copy paste, entri jer dorang ambil tapi dlm kes ini, 100% termaduk ulasan dari sini dibawa ke sana.. Saya pasti ia auto, mungkin Cikgu ada ambil gadget berkaitan..

Naluri sayapun berkata sama, auto kot sbb bila nak tinggalkan ulasan, ia akan terus link ke sini, jgn risau....

Saya sudah ketemu jawapan, pasti auto sbb bila saya ke sana & ubah kepada link saya, iapun muncul sebagaimana laman pesona & mustika, x perlu sesakkan fikiran, iapun boleh terjadi pada laman rakan2 yang lain..

Pastinya bukan COPY & PASTE, boleh senyum daa..

Ianya bukan blog copy paste, ianya blogger rss feed... Semua blogspot ada. Maklumat lanjut baca kat sini : http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/apakah-itu-got-blogger.html

menakutkan..!!
mungkinkah keje spammer ni??

blog pun nak ciplak ka.. ayoo..
kalau entri lmiah atau berita letak la sumbernya.. huhu

Cikgu blog Lya pon kena gini jugak cikgu huhuhu... Got Blogger tu sebenarnya auto create rss feed post blog yang mendaftar dengan platform blogspot.... Cikgu boleh tengok kat sini ya .. http://www.got-blogger.com/about/ satu lagi kalau sapa2 nak check blog diaorg ada tak tersenarai kat GOT BLOGGER boleh check kat sini http://www.got-blogger.com/

susah juga kalau pandai teknik2 sebegitu di alam maya..tiada etika tu...

Ada juga yer insan sebegini yer cikgu... Sabar yer...

Etuza, sabar je laa... sapekah yg tidak bertanggungjawab berbuat sedemikian rupa pada kite hamba yg lemah ini... moga Allah berikan balasan buat mereka ini... Sabar... n bertenang... dlm berblog pun ade cabaran dan dugaannya...

Yang paling geram tu Etuza, entry ini pun di copy paste nya!

Ish...kes teruk ni.
Virus ke khianat?
Harap kes macam ni x melarat.

alamak bahaya tu..harap yang guna hosting sendiri tak jadi macam tu la..

hmmmm blog pun dah tak selamat ker? lepas website mas, lepas tu Fb lepas tu Instagram... lepas tu blog ker?? bahaya nih... apa kita boleh buat yer?

eh...da jugak copy blog ker..sian cikgu...mcm mne leh jadi cenggitu yer....harap bersabar ye cikgu

Biasa la tu kalau blog femes cikgu etuza..hehe

Macam auto pun ye juga ni Etuza.. entah la.. Nurul pun tak reti sangat benda2 cam gini.. apa2 pun teruslah berblog.. jangan putus semangat ea

Yelah cikgu mmg sebijik tu....cuba cikgu tengok address link dia macamana? Mesti bukan madey.blogspot.com kan....
Okje ada gak berlaku gini....tp tak semua entrylah yg dia copy paste....cikgu dah luahkan kat sini ni kira oklah kot, sekurang kurang mereka yg buat tu dah alert yg cikgu dah tahu

cikgu Etuza x perlu risau lagi kerana segala persoalan akan terjawab sekiranya baca entry dari blogger muhammad Shahril

http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/apakah-itu-got-blogger.html

psst : semua pengguna blogspot.com akan alami masalah yg sama

Cikgu Etuza ..Baca sini jugak Lya buat untuk Cikgu http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2015/01/apa-ke-benda-got-blogger-tu.html

saya pon dah baca..xperlu risau dh ckgu

terima kash ya UMI

terima kasih ya Ril...nampaknya membantu..tulah uncle kata ada yang bantu nak bagi blog Etuza trafik agar ..ada yang sudi klik ..)

penting ni ril ...akan terjah ya

ish..femes sangat tu cikgu sampai ade yang nak copy..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger