Firdaus Mengukir Kejayaan 
Mengharumkan Nama Sekolah Etuza
Warga guru berada di atas pentas Dewan terbuka dalam
majlis perhimpunan rasmi hari ini 19hb Jan 2015
       Minggu persekolahan pertama sebenarnya pada 5hb Jan 2015, tetapi disebabkan berlaku masalah banjir melanda Negara Malaysia maka sesi persekolahan bermula pada minggu kedua iaitu bermula pada 12hb Jan 2015. Minggu ini sebenarnya sudah bermula minggu ketiga persekolahan pada 19hb Jan 2015.

    Perhimpunan rasmi bagi sekolah Etuza setiap minggu diadakan pada hari isnin, bermula jam 7.00 pagi hingga jam 7.30 pagi. Dan hari ini apa yang paling menarik ialah seorang murid tahun 5 Bijak telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Single Badminton Peringkat Daerah Keningau yang diadakan pada 17hb jan 2015. Murid yang bertuah tersebut ialah Mohd Firdaus Masrudin mendapat tempat ketiga. Hadiah berbentuk sijil dan medal gangsa telah di sampaikan oleh Guru Besar sekolah di hadapan perhimpunan rasmi sekolah. Kelihatan Firdaus Masrudin sangat gembira mendapat anugerah itu. 

    Minggu ketiga persekolahan SK. Penagatan, Keningau telah mendapat satu kejayaan besar yang mengangkat nama sekolah ini menjadi sebutan pada awal sesi persekolahan 2015. Ini satu kebanggan sekolah Etuza kerana Persatuan Kelab Badminton sekolah telah berjaya melahirkan murid yang terbaik dalam permainan badminton. Ini juga menunjukkan Firdaus Masrudin menyumbang satu mata atau markah besar dalam bidang Kokurikulum sekolah SK. Penagatan, Keningau. Tahniah kepada Firdaus dan juga pihak sekolah.

Inilah dia wajah Mohd Firdaus bersama guru penasihat
Kelab Badminton SK. Penagatan, Keningau,
Sabah. Syabas & Tahniah.
Majulah Sukan Untuk Negara