Doa Harian Kita

 Mari kita amalkan doa- doa ringkas ini ketika pakai pakaian,doa buka pakaian,doa masuk tidur dan doa bangun tidur serta doa masuk tandas dan keluar tandas.

Semoga dengan amalan doa-doa harian ini akan menjurus kehidupan kita ke arah keredahaanNya dan kita mendapat keberkatan Allah di samping kita dijauhkan oleh perkara-perkara perbuatan syaitan lakantullah.

Berbuat baiklah dengan cara apa sahaja dari kebaikan sekeci-kecil kebaikan kepada kebaikan yang lebih besar, disertai dengan niat yang ikhlas, kerana dikatakan sebesar manapun amalan yang baik jika disertakan dengan tidak ikhlas tetapi terpaksa maka hanya perbuatan yang sia-sia sahaja. Tetapi jika kita lakukan kebaikan yang kecil dengan niat ikhlas kerana Allah maka itulah sebesar-besar amalan baik yang kita lakukan dan mendapa pahalaNya.

Marilah kita sama-sama pelajari doa-doa harian ini yang mungkin ada ketikanya kita lupa, maka mulai hari ini kita amalkan dan selalu ingat untuk membacanya. Kerana hikmah membaca doa ini amat besar kesannya dalam kehidupan kita. Sampaikan kepada anak-anak kita dan sampaikan sesuatu yang baik, hidup kita lebih bermakna kerana saling menyampaikan.


Cuba Teka - Tekaan Yang Betul Dan Tepat Dapat Hadiah.

Kepada rakan blogger Etuza atau sahabat blogger Etuza, cuba anda teka di manakah agaknya Etuza ambil gambar dan doa-doa harian yang sangat penting ini. Cuba teka, andai tekaan anda itu tepat maka Etuza akan berikan satu hadiah bagi cabutan nama blogger yang bertuah dan akan segera mendapat hadiah dari Etuza. Namun hanya satu nama blogger sahaja yang akan mendapat hadiah jika tekaannya tepat dan benar. Sila teka cepat-cepat, letak tekaan anda dalam ruang komen blog Etuza ini.Tekaan hanya terbuka sehingga pada jam 10.00 malam ini. Selamat meneka dalam diam anda.