Cari Makan Dapat Menu Soto Daging Payau 

Menu istemewa soto daging payau ( rusa)
dan mee goreng ayam di Mini Cafe Stesen Penternakan
Keningau, Sabah.

Etuza bawa anak - anak dan mama bersiaran 
di Stesen Penternakan Haiwan
di Keningau hari ini. Dan singgah mencari menu 
Soto Daging Payau
di Mini Cafe Stesen Penternakan Haiwan..

Menunggu hidangan dengan penuh sabar.Kejap lagi sampai oder..

Dah sampai..4 menu soto daging dan mee goreng ayam..mee goreng
ayam itu . oder Etuza ..habis di makan baru pergi melawat
segala jenis haiwan di Stesen Penternakan ini..

Ini ucapan alu-aluan ..tak payah buat pengumuman..
..siap dengan ucapan melekat ..faham sangat..
terima kasih Jabatan Stesen Penternakan Keningau..

   Boring sangat kelihatan anak-anak Etuza asyik di rumah saja kebelakangan ini. Etuza perasan dah seminggu lebih tiada jalan-jalan bersiaran. Memang akan rasa ada keboringan. Lain lah seperti Etuza..ada masa update blog, rasa seronok dan memang istilah boring tiada dalam perasaan Etuza. Kalau ada pun sekejap punah keboringan itu, sebab kalau ada rasa boring Etuza keluar rumah melihat bunga di laman, lihat rerama berterbangan setiap hari makin banyak rerama dekat laman Etuza. Nanti ada entry hal rama-rama di hujung jari Etuza. Subahanallah tak terbang rama-rama tu,seolah nak selfie pula kelihatannya.

    Nah! boring sangat Etuza bagi kejutan sikit baru ada senyuman tak henti-henti..kan bagus ceria. Mulanya mama ajak Etuza pergi semak ASB dia. Ok ..segera beredar selepas solat Johor. Tapi kemudian Etuza masuk simpang menuju ke jalan arah Jabatan Hendry Gerny, Keningau.Habis kena soal..Etuza kemudian masuk simpang kiri jalan masuk ke gate Stesen Penternakan Haiwan cawangan Keningau. Mama seolah faham kejutan Etuza. Anak-anak pelik tengok Etuza banyak diam sambil senyum-senyum. Ok dah sampai..jom masuk mini Cafe Stesen Penternakan Haiwan Keningau. Tengok lah gambar hak cipta di atas tu.

     Semua oder daging Payau ( rusa )..woi Soto Daging Payau dekat cafe ni memang mahal..ok layan ja lah ..Etuza oder mee goreng ayam ja. Tak berapa nak makan soto daging ni. Mee bakso Jawa Melayu..hummm cuba hidang habis di makan.

   Selepas makan juadah special, mula lah beredar. Tapi anak-anak  tiga orang ni, kejutan lagi apabila Etuza menuju pintu gerbang Gate Besar pusat Stesen Penternakan Haiwan ini. " Ke mana lagi ni..kan nak ke pekan ..bank tutup nanti lah.." Ha kedengaran rungutan mama dan Azie."  Ya lah tahu ..kalau tutup pun esok masih ada..mari ikut ja..tu pegawai bertugas dah buka gate..jom..." Akhirnya tiada lagi pertanyaan dan rasa pelik. Tetapi alangkah happy mereka semua dapat melihat haiwan seperti itik, rusa, kambing, burung unta dan burung putih. Lepas tu dapat naik Menara Stesen Penternakan Haiwan. Ok lihat dua gambar lagi. Ini lah antara gambar kami di Stesen Penternakan Haiwan Keningau.
Tengok pintu utama Mini Cafe di Stesen Penternakan. Itik dan rusa
yang Etuza abadikan untuk anda...Hebatkan Keningau 

Inilah dia MENARA STESEN PENTERNAKAN HAIWAN, tingginya tu
berada di puncak Etuza rasa gayat..

maklum dah terlalu lama tak naik bukit ...
Lihat senyuman manis anak-anak Etuza yang terasa kejutan dari Etuza..
Hahaha kan dah kena...kena KEJUTAN istemewa..hari ini..bersiaran 
di Stesen Penternakan Haiwan, Keningau, Sabah.

Tunggu Edisi Part 2
 ( Kejutan di Stesen Penternakan Haiwan, Keningau)