Bumi Mesir Memang Menakjubkan - Subahanallah
Melihat Kota Mesir Terasa Ada Keajiban.
 Mendapat kiriman dari anak yang study di Mesir..katanya inilah
                 antara pemandangan Negara Mesir. Tempat belajar anak dan teamnya.

Melihat mereka tersenyum jauh di Negara Mesir, ada perasaan gembira
kerana melihat mereka begitu bahagia di Mesir. Ingin selalu mendapat kiriman
gambar darinya - akan tetapi study lebih penting..semoga mereka berjaya...

Alamak bergambar bersama unta di Mesir, terbayang unta adalah binatang
keenderaan Nabi Junjungan semasa berhijrah berdagang ke negara lain.
Pies Untuk Negara Malaysia- Doakan mereka agar berjaya.Amin.
Tak tahu pula namakawan-kawan dia ni..nanti kalau balik siap di tanya..
manalah tahu ada antara kawan2 anak Etuza ada blog.Boleh terjah.
Katanya ini bergambar bersama salah seorang Pensyarah
Pak Arab.. dengan anak-anak Pensyarah ini...
Tengok wajah-wajah anak orang Arab ni rasa sejuk melihat..
     Etuza ada bertanyakan anak Etuza berada di Mesir, apa keadaan dan bagaimana situasi politik masa kini di Mesir. Sebab pertanyaan ini sangat penting selain selalu bertanyakan kesihatan diri bersama-sama kawan-kawan dia. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mereka semua berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat di Negara ambia Mesir. 

Politik Mesir Keamanan Negara Mesir.

    Katanya kami belajar di Mesir, hanya mampu melihat pergolakan di Mesir. Dan kami berharap pucuk pimpinan kerajaan masa sekarang menjamin keselamatan ribuan pelajar Malaysia di Mesir. Kepada Allah yang maha esa sesungguhnya Dia lah yakni Allah yang maha mengetahui dan kepadaNya kita mohon agar Negara Mesir yang kaya dengan khazana sejarah silam akan sentiasa selamat dan aman dari ancaman peperangan. Amin.

Harapan Kepada Pelajar Malaysia Di Mesir.

   Baliklah suatu masa dengan kejayaan yang anda kejar. Semoga masa itu pelajar Malaysia di Mesir akan menjadi genarasi pemangkin kejayaan kepada kejayaan Malaysia menjadi jentera tenaga kerja yang menjadikan Malaysia aman dan damai dengan adanya golongan intelektual seperti mereka. Mereka bergabung tenaga dan saling berkerjasama agar harapan negara Malaysia menjelang tahun 2020 menjadi nyata apabila rakyat Malaysia celik ilmu dan kaya dengan kemahiran IT global. Baliklah nanti dengan membawa kejayaan demi untuk Malaysia, agama bangsa dan negara.

Peluang kos perbelanjaan belajar di Mesir.

1. Pelajar mendapat tajaan JPA.2. Pelajar mendapat kos tabung zakat  ( jika tidak silap )3. Pelajar Malaysia akan di pantau oleh KPM dan JPA selain menjadi perhatian pihak Agen Pelajar di Mesir dan individu berkelibar.4. Rumah pelajar Malaysia, Sabah dan Sarawak di sediakan di Mesir.4. Kos perbelanjaan yang cukup berbaloi di Mesir. Kerana bandingan wang Malaysia ialah RM 100 bersamaan 200 Genih di Mesir.

Nota: Selamat menjalani rutin kehidupan sebagai pelajar Malaysia di Mesir. Kami mendoakan kejayaan untuk semua pelajar Malaysia di Mesir.Amin.