Blogger Jadilah Blogger Yang Baik
Sesungguhnya kebaikan kita menerusi dalam pelbagai cara.

Gambar ehsan dari google. Terima kasih pada gambar ini dari
blog ini sila klik SINI ( jika nak tahu )
    Dalam ruangan entry kali ini, Etuza rasa terpanggil untuk menyatakan sesuatau andainya di terima oleh blogger  di seluruh Negara Malaysia, Etuza amat bersyukur sekali.Mungkin ramai blogger yang memang dalam minda sudah setkan agar perkara yang Etuza fikirkan ini. Tetapi tidak salah jika kiranya Etuza menambahkan lagi agar kita dapat satu perkongsian yang patut difikirkan oleh semua blogger. Apa yang baik itu.. kita kongsikan bersama. Apapun selepas membaca apa yang Etuza hendak sampaikan, terserah lah pada blogger di luar sana hendak bertindak bagaimana. Yang penting Etuza sudah berjaya menghebahkan perkara ini.

    Sebenarnya Etuza hendak menyampaikan bahawa sebagai blogger biasa seperti Etuza marilah kita bertimbang rasa dan bersimpati pada sesiapa sahaja insan dan saudara kita yang teruk mengalami banjir di mana-mana di Negara Malaysia. Pasti para blogger dalam menghulur bantuan makanan dan minuman serta barangan lain ada terlihat detik-detik menyayat hati keadaan mangsa banjir terutama yang tinggal hanya sehelai sepinggang, rumah sudah tiada tempat berlindung. Memang berbagai keadaan yang kita lihat. Dengan itu Etuza yang lemah ini, yang tidak bersama anda di kawasan mangsa banjir hendak mengingatkan diri sendiri serta teman blogger lain iaitu:-

1. Jangan letakkan gambar daif mangsa banjir di blog anda ( kerana kita takut kita sebagai blogger yang mengaibkan mangsa banjir )

2. Jangan sekali-kali memperkatakan hal menyinggung mangsa banjir. seperti bercakap kasar sehingga melemahkan semangat mereka.

3. Jangan memperlihatkan tingkah laku seperti kita jijik lalu kita kelihatan seperti orang yang sombong, kasihan mereka yang masih berada dalam keadaan belum dapat menerima hakikat banjir yang memusnahkan harta mereka dalam sekelip mata.

4. Jangan berdalih dan beralasan jika kita diajak membantu menghulur tenaga dan kewangan kepada mangsa banjir. 

( Paling penting kita harus memahami bahawa hari ini masalah mereka tetapi kita tak tahu perkara menimpa kita pada hari esok, lusa dan seterusnya, jika kita amalkan sikap menghina dan merasa kita tidak ada masalah akan datang kita silap besar. Kita juga tidak mahu ada insan tanpa  kita mengetahui mendoakan kita agar kita mendapat kecelakaan- Mohon sebagai blogger marilah ambil serius hal ini)

   Hanya 4 perkara yang Etuza fikirkan agar kita blogger tidak melakukan kesalahan dalam berblog. Kalau gambar di kawasan mangsa banjir, blogger masih boleh ambil gambar tetapi ambil gambar kerosakan akibat banjir tetapi bukan individu yang kelihatan amat menyedihkan keadaannya. Apapun pendapat Etuza ini boleh berubah ikut keadaan, tetapi minta agar kita usah aibkan mangsa banjir dalam blog kita, sebab kita takut jatuh aib individu tersebut.Harap maklum.Moga info diterima.