Blog Belajar Untuk Bersabar
 Menang Meneka Di Blog Etuza
Tahniah!!
Gambar blogger Iryanty Ahmad dan bentuk hadiah yang di menangi..

KLIK SINI ( Entry Dipautkan )

Tahniah Kepada Blogger Iryanty Ahmad.

   Wah tak sangka blogger Iryanty Ahmad meneka dengan betul pada soalan Etuza, tentang di mana kah tempat Etuza ambil gambar-gambar doa-doa harian yang ringkas dalam Enry Etuza pada pagi hari ini bertajuk Doa Harian Kita.

    Nampaknya rezeki Iryanty Ahmad kali ini mendapat dua jenis hadiah dari Etuza nanti. Blogger Iryanty Ahmad meneka bahawa tempat Etuza ambil gambar2 doa harian tersebut ialah di Hotel Tabung Haji. Yup! tepat sekali di Hotel Tabung Haji lah tempatnya Etuza ambil semua doa-doa ringkas ini. Doa masuk tandas keluar tandas, doa buka almari pakaian pun ada, juga doa hadap cermin dalam bilik tersebut ada di lekatkan pada tiap dinding berkaitan tempat. Tahniah kepada blogger Iryanty Ahmad. 

    Selain itu Etuza masukkan blogger Iryanty Ahmad ke bloglist IKON GRATIFY  sebaris dengan blogger terkenal Jari Manis, Umi Alya,Madam Kamsiah, Cik Pinz, Saffirul dan ramai lagi dalam kumpulan blog kegemaran Etuza itu. Untuk awal Januari 2015 inilah blogger baru yang berjaya masuk ke Bloglist Ikon Gratify. ( Sila rujuk kamus jika kurang tahu makna Gratify )Ramai-ramai ucapkan Tahniah !! kepada blogger Iryanty Ahmad.

( Sila letak alamat dan no phone pada ruang ulasan/ komen blog Etuza)

Kepada Blogger Hanum akan sama-sama kirimkan hadiah nanti dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju Keningau.