Tiga Berita Utama Di Blog Etuza

gambar-gambar dapatan sosial Etuza hari ini..alhamdulillah..
syukur nikmat yang Allah ..

      Berita 1 : Etuza ambil gambar banner program Santai Ilmu Bersama Y. Bhg Ustaz Kazim Elias depan Masjid Al- Rahim petang tadi, Etuza singgah di masjid lalu mengambil gambar banner. Dan tempat sebenar ialah di Dewan Masyarakat Keningau, di Kompleks Sukan Keningau pada jam 8.00 malam malam ini.Kepada warga Keningau dijemput datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.Dijangka sibuk dan sesak jalanraya. Di desa Etuza dan Desa mama juga sibuk memperkatakan kehadiran Ustaz tersohor ini di Keningau.

       Berita 2 : Etuza mendapat berita bahawa permohonan anak lelaki Etuza Ibnu Mustaqim telah berjaya permohonan Etuza untuk mendaftarkan Ibnu Mustaqim di Sekolah Menengah Agama, Keningau selepas mengisi data di online sejurus mendapat keputusan UPSR. Cikgu Hazlawati Azlan, guru kelas kelas Ibnu memberitahu petang tadi seramai 5 orang dari sekolah SK. Penagatan, Keningau berjaya dan akan mendaftar pada 4hb Jan 2015 nanti. Di minda Etuza membayangkan memang kena buget juga membeli kelengkapan pakaian seragam di sekolah aliran agama ini. Songkok samping dan sebagainya kena beli baru untuk putera Etuza ini. Apapun alhamdulillah Syukur kepada Allah.

       Berita 3: Etuza sebenarnya memendam perasaan, sakit juga telinga bila mendengar setiap malam ada berbunyi krik krok atau ngek ngek atas syiling rumah Etuza. Inilah keadaan bila rumah di kebun. Memang ada saja pendatang asing seperti cik t.....s datang sorok -sorok di atas syiling. Bila malam bising hingga sakit telinga dengar. Kalau malam memang Etuza letak kucing dalam rumah kucing. Kunci dan tidak ada seekor pun keluar. Tapi malam ini mama biarkan pula kucing yang bernama LILI masuk rumah. Huuuhuuuuu!!! taraa!!! tengok lah LILI tangkap cik T...s besar macam lengan. Kata mama cik t..s terperangkap dalam bilik. Ketakutan masuk dalam bilik. Selalunya cik...t...s tengah malam baru nak membising. Malam  semalam merayau awal-awal. Ha dah kena ngap si LILI. Besar cik t...s ni..yang ambil gambar ni Ibnu Mustaqim sekitar jam 10.30 malam. Kata mama Etuza tertidur depan TV. Hehehe...alamak...

Ha ini lah 3 berita utama blog Etuza. Best juga kan baca berita Etuza.Semoga tiada kuncu cik t...s ni datang lagi, sebab kalau datang lagi habislah, Etuza akan lepaskan semua kucing baru pada muka cik...t..s ni...)