Sesi Persekolahan 2015 Bermula 
Pada 12Hb Januari
Di Negeri Sabah & Negeri Lain.
Berita terkini dari Meja Kementerian Pendidikan 

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
Telah memaklumkan tambahan seminggu cuti sekolah.
KLIK SINI Infor Cuti

     Kementerian Pendidikan Menerusi Ucapan Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Di Menteri Pendidikan Malaysia memaklumkan  pada 29hb Disember 2014 iaitu sesi persekolahan tahun 2015 akan dibuka atau dimulakan pada 11hb Januari 2015 ( ahad ) bagi Kelantan, Terangganu, Kedah dan Johor yang sepatutnya dibuka pada 04 Jan 2015. Dan bagi Negeri lain termasuk Sabah akan dibuka pada 12hb januari 2015 ( isnin). Tambahan cuti seminggu telah dilakukan kerana ekoran dari musibah banjir yang melanda di beberapa negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia. 

    Tambahan cuti seminggu ini adalah kerana faktor memberikan persediaan yang terbaik kepada pihak warga guru dan para pelajar serta ibubapa dalam mempersiapkan segala kelengkapan pakaian termasuk fizikal dan mental dalam memulakan era persekolahan 2015. Selain itu pihak Kementarian Pendidikan juga mahu agar sekolah yang dinaiki banjir dapat berfungsi serta selamat dan bersih digunakan.

   Menurut Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Menteri Pendidikan menyatakan bahawa keadaan dua perkara utama menyebabkan tambahan seminggu lagi cuti sekolah bagi sesi 2015.Iaitu:-

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Nota: Semoga tambahan cuti seminggu ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik dan para pelajar untuk menyediakan kelengkapan persekolahan. Semoga juga negeri -negeri yang terlibat mangsa banjir akan cepat diusahakan proses pembersihan dengan cara kerjasama semua pihak.Blogger Etuza membuat pemakluman lanjut infor tambahan cuti seminggu.