Alat Atau Peralatan Baru Kereta Bukan Semuanya Bagus
Tindakan Berhati-Hati Perlu Di Ambil Agar Anda Tidak Terkena...

Workshop Soon Hen pemiliknya bernama Sabar Lee suku bangsa
SINO ( mak dia Dusun bapa Cina ) jadilah SINO katanya.

ini dia anak lelaki Etuza dan Sabar Lee, 
kawan Etuza pemilik workshop Soon Hen..
bagus dia ni..mari jemput baca apa pengalaman 
                                             Etuza dan  anak lelaki Etuza Ikmal...

      Etuza rasa amat sedih apabila kerosakan kereta Wira Arobik Etuza tidak dijelaskan dengan sebenar oleh pihak tertentu. Betul lah kata orang kadangkala ada individu  atau insan yang hanya mahu mengaut keuntungan sahaja tanpa memikirkan perasaan pihak yang mengalami kerosakan kereta itu. 

      Sebenarnya hanya alternator kereta wira sahaja yang rosak hingga cas tak masuk ke beteri kereta wira 1.3 Etuza itu. Lalu Etuza datang ke sebuah kedai part kereta di Keningau. Etuza beli saja kerana harga pun hanya RM 130 sahaja. Etuza bawa dan siap dipasang oleh seorang mekanik yang biasa Etuza meminta tolong, sebaik ada masalah kerosakan kereta Etuza.  Memang cepat siap bila  hubung dia ni. Etuza anggap dah selesai lah kerosakan dengan hanya menggantikan alat yang rosak. Tapi sebaliknya ada benda yang tidak diberi penjelasan kepada Etuza. 

    Alat alternator baru 4 hari Etuza beli dan anak lelaki Etuza pakai wira, tetapi tiba-tiba anak lelaki Etuza cal Etuza, bahawa wira 1.3 Etuza tak boleh hidup tersadai di bahu jalan di jalan Duruk Keningau. Etuza amat terkejut kerana menurut Ikmal ada kaitan dengan alternator. Apa hal baru di ganti tak berfungsi?. Etuza bergegas lah ke tempat wira maron tersadai. Lalu panggil lah kawan bernama Sabar Lee pemilik workshop Soon Hen di jalan Masak, Keningau. Ini perbualan antara Etuza dan En.Sabar Lee.

S Lee : Beteri tak ada cas, habis cas beteri ni.

Etuza: Kenapa jadi macam ni..alternator baru 4 hari yang lalu Etuza ganti tu. Tak kan rosak sudah..alamak..

S Lee : Alternator baru kamu ni tidak berupaya menyimpan cas dan alir kan cas ke beteri kamu ni. Kereta kamu ni waktu boleh jalan hanya berdasarkan sepenuhnya cas dari beteri baru ini. Tapi bila dah habis cas beteri maka kereta ni terus jem tak boleh on lagi. Sebab habis cas beteri sudah, alternator rosak tiada berfungsi tu..cas tak dapat mengalir ke beteri dari alternator. ( pelik benar rasanya - baru tak berfungsi )

Etuza : Jadi waktu mekanik tu pasang kawan Etuza juga memang dari awal tak berfungsi lah tu alternator baru Etuza beli tu?

S  Lee : Ya begitulah sebab saya tengok memang masalah alternator. Kamu bawa resit dan pergi beli minta ganti yang baru lah di kedai part kamu beli ni.Wira kamu sekarang boleh on..sebab guna beteri kereta saya, saya pandu terus ke workshop saya lah ..kamu ekori dari belakang.

Etuza: Kalau macam tu ok lah lagi bagus, selesa nak baiki kerosakan.
( kami semua bergerak-tetapi Etuza terus ke kedai part beli alternator baru dan kini harga baru RM 150)

Etuza: Alternator ni kalau tak berfungsi, boleh kah tukar bos!

Tuan Kedai : Boleh..kamu cepat2 datang gantikan jika benar-benar tak berfungsi. Lagi pun alat ni recond ( bukan original, kalau nak original kena oder dua hari baru sampai )

Etuza: Ok terima kasih ya...

S Lee : Alat kereta ni kita kena hati2 membeli, pastikan kamu tahu bahawa alat tu benar-benar baru dan berfungsi. Alternator kamu yang dulu tu memang baru tapi tak berfungsi tak boleh guna. Agak rugilah kamu. Ada juga berlaku mekanik ni ambil kesempatan ..dengan cara tidak beritahu kerosakan sebenar. Nasib lah kamu dapat mekanik yang baik dia akan beritahu hal kerosakan sebenar. Itu mekanik yang baik. ( sambil tersenyum )

Etuza: Oooo begitu pula. Terima kasih lah bagi tau Etuza. Rupanya alat baru pun ada juga kan yang tak boleh diguna. Tuan kedai tu bagi kita sahaja sedangkan ada lagi infor sepatutnya kita perlu diberitahu kan. Banyak rugi ooo macam begini.

S Lee: Lain kali minta betul - betul periksa. ( Sabar Lee tunjukkan semua keadaan apabila alternator berfungsi, baru Etuza dan Ikmal faham.)

     Bila siap Sabar Lee baru minta RM 30.00 cukup bagus kerja En. Sabar Lee ni. Dia amat bagus patutlah ada kawan kata kalau kereta rosak bahagian wiring kamu pergi ke Soon Hen worksop. Rupanya inilah dia Sabar Lee. Seorang yang sabar kelihatannya. Etuza amat bersyukur kerana Etuza cepat mesra dengan Sabar Lee.  Etuza nekad kalau ada kerosakan kereta hanya akan datang ke workshop dia, tapi sayang hanya melakukan kerja2 wiring sahaja.

    Nota : Kepada anda jika berlaku kerosakan kereta yang melibatkan apa sahaja alat, mohon ambil pengalaman dari apa yang Etuza lalui. Tengok kos sangat besar apabila ada kesilapan antara dua pihak. Semoga memberi pengajaran kepada semua.