Hai Kalau Anda Lelaki, Macam Nilah Awak Rasa!Nak Cepat Sembuh Mesti Pakai Pelikat..
 Detik yang ditunggu SINI 
Sebelum anda scrol ke bawah minta klik SINI ya Etuza muncul
Top Ten di blog terhebat ini. Terima kasih blogger MiaLiana.

Inilah kerjanya..asyik depan TV..baru bersunat..nak gerakpun sakit lah!!
Baju putih tu kawan sekelas Ibnu, Ilham namanya datang lawat Ibnu..
Masih memakai sarung pelikat.

     Inilah keadaannya, kalau bukan tidur menghadap TV, nah! duduk depan TV monopoli rancangan yang digemari, kemudian tukar rancangan berkali-kali. Lepas tu abang dan kakak serta adik semuanya masuk bilik tidur awal. Ha tinggal dia seorang seorang dekat ruang tamu. Semua kyusen diangkut dekat-dekat. Inilah keadaan anak lelaki bawah 12 tahun kala lepas bersunat.  Anak anda juga sudah ke bersunat? Time cuti nilah paling afdal paling sesuai uruskan proses bersunat anak anda bagi yang lelaki. Bagi kaum hawa sebaiknya waktu lahir terus uruskan, sebab kalau dan mencapai umur 4,5 atau 6 tahun lain jadinya jika kanak-kanak perempuan. 

    Bersunat bagi lelaki, ha hukum wajib untuk lebih selamat dan sihat.Kalau lelaki bersunat kena pakai sarung atau pelikat.Sesuai berbanding memakai seluar, kalau seluar ketat lagi tidak selesa dan menyempitkan pembuluh darah mengalir keseluruh badan. Lepas tu kesan bedah akan berdarah kerana di paksa. Jadi kalau anak lelaki bersunat sediakan sarung pelikat, kena pakai agar cepat sembuh dan mudah bergerak. Pelikat ini sangat sinonim dengan lelaki Muslim, kerana pelikat menjadi kegemaran mereka memakai pada bila-bila masa khasnya ketika solat fardhu.

     Pelikat menjadikan kanak-kanak bersunat merasa lebih selesa untuk bergerak. Diharap cepatlah sembuh dan Ibnu Mustakim dapat melakukan pergerakan seperti biasa. Semalam dia memakai seluar panjang. Tapi langsung tak bergerak dari depan TV. Tetamu datang menghulur salam kemudian bertanya " Sudah sembuh ka?" Ibnu tersenyum sahaja kemudian menghalakan pandangan ke TV. Etuza hendak berpesan Jangan Lupa Bawa Kain Pelikat, ketika anak selamat berkhatan di hospital atau bersunat beramai-ramai di kampung. 

      Antara lain kegunaan sarung pelikat :-
  1. Digunakan ketika solat
  2. Sarung ini diguna kan oleh wanita dipadankan dengan baju kebaya
  3. Sarung pelikat boleh digubah buat hantaran pertunangan 
  4. Sesuai digunakan untuk samping 
  5. Boleh digunakan sebagai selendang 
  6. Digunakan oleh lelaki / kanak-kanak selepas berkhatan
  7. Dan banyak lagi kegunaan sarung pelikat.