Yang Ditunggu Menjadi Nyata Terhadap Lelaki

Yang Ditunggu Menjadi Nyata Terhadap Lelaki





Asalamualaikum semua. Apa khabar! semoga sihatAkhirnya semua pertanyaan kini terjawab..Tiada lagi persoalan yang Etuza dengar darinya.

Ambil gambar kenangan di hospital sebelum 
berlangsungnya bersunat kepada putera Etuza
Ibnu Mustaqim.

Terubat seketika dengan menimati juadah sedap..
Tak apa kejap lagi sembuh lah tu!...

     02hb Disember 2014 hari selasa Etuza nampaknya nekad membawa anak bongsu lelaki Etuza Ibnu Mustaqim ke Hospital Besar Keningau, untuk jalankan bedah sunat yang wajib kepada lelaki yang sudah mencapai baligh. Alhamdulillah semua yang dirancang perkara baik Allah mudahkan, syukran ya Allah.

      Sebenarnya menjelang cuti sahaja berhasrat  buat acara bersunat di desa, buat beramai-ramai sepertimana yang Etuza rancang ketika anak lelaki pertama kedua dan ketiga bersunat ketika mereka berumur antara 10 tahun 11 tahun atau 12 tahun. Bersunat pada usia 13 tahun Etuza rasa kurang sesuai dan sudah terlewat bagi lelaki. Sangat elok bersunat ketika di sekolah rendah ketika usia rendah. Meriah rasanya bersunat ramai-ramai di desa, tetapi perancangan itu tidak menjadi atas sebab yang tidak dapat dielakkan. 

        Sebelum bersunat - Putera lelaki Etuza ini sering bertanya " Sakit ka tu?" " Pakai sarung ka nanti?" " Ala tidak mahulah bersunat, saya takut"
'Nanti potong pakai apa ..aduh sakit lah tu!" " Berapa lama baru sembuh luka, nanti buang air kecil macamana kena bungkus" Inilah pertanyaan dia dan banyak lagi. Perasaan ingin tahu dia sangat tinggi. Abang lain usik dia dan menceritakan pengalaman lalu. Abang dia Afif lebih awal bersunat sejak dari tahun 3 lagi disekolah rendah.Ibnu Mustaqim kini 12 tahun dan baru hari ini juga dapat kad pengenalan baru. 

        Wajib bagi lelaki dikhatankan bagi membuang kulit yang menutupi saluran air kecil. Jika masih ditutupi oleh kulit maka akan berlaku keadaan pembentukan kesan vairus atau bakteria yang tidak sihat kepada lelaki. Lama kelamaan jika takungan itu terbiar akan mendatangkan kesan buruk kepada alat kelamin lelaki. 

     Hukum bersunat bagi lelaki:

     Menurut mojariti ulama, hukum khatan bagi lelaki adalah WAJIB. Para pendukung pendapat ini adalah Imam Syafi'i Ahmad, dan sebahagian pengikut Imam Malik, Imam Hanafi mengatakan khatan tetapi tidak fardhu. Tetapi dikukuhkan keperluan sunat bagi lelaku ialah hukumnya sunnah. Oleh yang demikian kita wajib mengikut sunnah nabi iaitu bersunat jika sudah tiba masanya.

     Selepas bersunat Ibnu Mustaqim, tersenyum dan segera meminta Etuza hantar ke kereta. Sekali lagi banyak pertanyaan yang dia ajukan. Etuza berikan jawaban atau penjelasan yang sebenar agar dia tahu hukum bersunat dan fadilat serta faedah serta kelebihan lelaki apabila selesai bersunat. Syukur alhamdulillah.

        Sempurnalah sudah keempat-empat anak lelaki Etuza kini selesai bersunat. Yang ditunggu kini menjadi nyata bagi seorang lelaki yang akan meniti keremajaan. Semoga anak Etuza ini akan segera sembuh dan menjadikan tubuh badan dia sihat walafiat dengan hikmah dan fadilat selepas berkhatan. Sempena selesai bersunat pada hari Khamis minggu ini Etuza da seisi keluarga akan mengadakan majlis Doa Selamat dan bacaan dan tahlil untuk arwah. Mulai esok hingga khamis aktiviti berblog Etuza akan terbatas. Jika ada masa selepas majlis inshaAllah Etuza updated kan blog Etuza ini. 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

Alhamduillah dah selesai ,..Syukur segalanya berjalan berjalan sempurna ya Cikgu Etuza..Semoga cepat sembuh ...

ayie pon bersunat ketika berumur 12 tahun bersama2 dgn adik no.2..

biasalah tu budak2 cikgu etuza.. bnyk soalan di tnya yer

Alhamdulillah lega rasa dapat urus dengan mudahnya..kalau di kampung lama lah ikut giliran..

selamat datang ke alam dewasa..ibnu Mustaqim..:)

Bagusnya Ibnu Mustaqim, tersenyum lagi..

Moga cepat sembuh..

@umi alya
mula2 etuza yang risau..alhamdulillah dia jadi lelaki dah umi..lega sudah semua 4 dah bersunat...

Ahamdulillah..dh selamat ye..mesti x sakit..senyuk je si Ibnu Mustaqim tu

@Etuza Etuza

2 anak bujang sayapun dah selesai, paling senang menjaga anak sulung, mungkin sebab dia bersunat seawal usia 5 tahun iaitu semasa pembedahan angin pasang. "2:1"

Mungkin sebab dia terlalu aktif kot, hari kedua selepas op n bersunat, melompat turun katil kat hospital, kusss semangat.

Anak no 2 agak cerewet, mungkin sebab manja terlampau, langsung xmo bergerak, makan minum kena jaga, 24 jam dok dalam 'kelambu', ngilu jika terkena angin 'kipas'.

@umi alya
Wah1 lagi muda..memang macam2 keadaan nya jika lelaki kanak2 bersunat..terbaik UMI

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger