Selamat petang semua.
Bila bersiar-siar bersama anak-anak, selalu terfikir hendak ke mana nanti tempat makan, restoran mana hendak singgah mengalas perut yang mulai berbunyi tanda isyarat perut perlu di isi lagi.
Bersiaran bersama anak-anak, biasa anak dalam lingkungan 9 tahun masih tinggi perasaan untuk manjakan diri dengan ibubapa. Sebolehnya semua apa yang diminta mesti ditunaikan. Jika mampu apa sahaja dia nak, tetapi ibubapa tidak salah juga bertegas tentang perkara sesuatu kerana ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak.
( pilihan Etuza nasi goreng udang bersalad )
( pilihan mama nasi lemak )
(pilihan Azie - Laksa Sarawak )
(pilihan Aliya - Nasi Ayam )
ha ini Aliya - pilih bahagia untuk dia.Dah tunaikan hajat
nak makan di restoran..
Tengok juadah kami makan tengahari yang berbeza antara satu sama lain. Nuraliya sebenarnya mengajak kami makan tengahari di Airport KKIA ( lapangan terbang ) tetapi hasratnya tidak tercapai apabila emak Nuraliya cadangkan agar kami semua sebaiknya awal balik ke Keningau.
Bagaimana pun Etuza fikirkan perlu singgah di sebuah restoran, kerana memang masa makan tengahari sepatutnya sudah tiba. Etuza pun buat keputusan pergi ke restoran paling atas di Center Point Kota Kinabalu. Apabila kami di hulurkan fail menu yang lazat kelihatannya, Etuza agak tercabar kerana makanan yang disediakan huuuuummmm!!! boleh tahan juga, adakah berbaloi, aadakah kami berpuas hati.
Di ringkaskan entry ini, Etuza buat keputusan buat lah pilihan sendiri, pilihlah agar hati anak-anak dan isteri akan bahagia. Pilihlah di antara banyak menu. Bukan selalu ke Kota Kinabalu, bukan selalu ke Center Point KK ni. Lalu semua buat keputusan dan tercetuslah menu di atas dengan harga yang ( biarlah rahsia hehehe ).
Namun apabila selesai makan semua di atas pinggan, semua berpandangan dan menyatakan puas hati dan memang terbaik masakan di restoran atas Center Point Kota Kinabalu. Kepada anda yang datang ke Kota Kinabalu berkunjunglah di atas Center Point, makanan lazat ada menanti anda di sana. Selain itu di ruang atas Center Point ada ruang lepak yang luas dan memang cantik bila kita dapat bergambar bersama kawasan itu.
15 Ulasan
Memang makanan di atas center point tu enak-enak belaka tapi harganya...emmmmmmm.
BalasPadamSedapnya mee curry tu..memang favorite ni...
BalasPadambiasanya anak2 saya akan pilih makanan yg jarang2 dimasak kat rumah seperti western food..
BalasPadamerghhh memang sedap nampak.. ini nak cuba nie
BalasPadamSedapnya udang tu....
BalasPadamterima kasih yang beri Etuza semangaat berbelog..
BalasPadamSesekali makan besar, tak salahkan?
BalasPadamCitarasa yang berbeza yer Etuza ^_^
BalasPadamnasi goreng udang tu nampak menggiur kan...kalau harga mahal, sedap..ok je...tak puas hati kalau harga mahal tapi tak sedap...
BalasPadamsedapnya semua menu tu :)
BalasPadamTerima kasih sudi singgah, datang sini membalas kunjungan dan follow kembali blog ni :)
Wahh sedapnyerrr...
BalasPadamkenapa sebut emak nuraliya nk balik awal ke keningau, dia kan isteri cikgu mest balik sama2 kan
BalasPadamJm . mohon maaf jika tak faham ayat Etuza ya, ada ralat ayat Etuza tu nanti di betulkan. Tq komen.
BalasPadamTengok laksa serawak tu ...sedappp nyerr...dah lama tak makan...
BalasPadamkiranya Cikgu ni Duta makanan tak bertauliah
BalasPadampsssttt: teringin nak rasa laksa sarawak, sedap tak Cikgu?
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.