Bloglis Icon Gratify Kini Telah Rasmi
Dengan Penampilan Blogger Segar Dikalangan Blogger
Wanita. Semoga Ada Blogger Handsome Man Yang
Akan Sama-Sama Sebaris Dengan Blogger Segar Gratify.
Gratify = Etuza ertikan sebagai mereka yang menyenangkan 
dan amat mesra hingga rasa puas dan yakin dengan
adanya usaha ingin tahu mereka itu kita jejaki menerusi 
komentar berhikmah.
Tahnia Owa...Akif Imtiyaz Dah Tersenarai
Dalam Icon Gratifay.
harap like ya Blogger Lya.
Semakin mantap blogger ni..
tak percaya sila terjah sekarang !!
*****************
Masih kah perlu cara lama ini? Album gambar!
Etuza letak gambar album kenangan Etuza sewaktu pergi melancong di Osaka Jepun. Etuza tak kira berapa kos nak cuci gambar selain letak dalam pc dan cdrom untuk kenangan kami sekeluarga. Dan semestinya ada juga Etuza kongsikan ke dalam blog ini untuk dikongsi kepada pengunjung blog ini. Andai ada ilmu dan pengalaman bermakna menjadi satu rasa kesedaran dan motivasi dalam perkongsian  di blog ini, kita lah semua yang mendapat rahmatNya.


Pada Etuza masihkah sesuai nak buat album gambar ni masa sekarang? Etuza berpendapat, amalan ini dari dahulu hingga sekarang rasanya masih terbaik untuk diamalkan. Kalau gambar dalam komputer simpan lama-lama akan hilang dan tidak akan dapat dikesan lagi. Kerana itu Etuza sentiasa menyiapkan satu album jika ada kenangan yang amat berguna untuk kenangan masa depan genarasi kita.

Berkenaan dengan banner "Saya Berjaya" cari lah anda berada di mana dalam kehidupan anda. Hendak bercita-cita kena buat sesuatu tindakan usaha yang tulus agar " Saya Berjaya" itu anda kecapi.

Etuza nak pesan, andai apa sahaja sesuatu pekerjaan atau sebagainya kita amalkan sentiasa beralasan pasti tidak akan kita kecapi kejayaan. Sebagai contoh usaha untuk berblog. Apa niat berblog kena tahu, dengan itu tiada alasan blog tak update. Semua itu Etuza sudah alami, betul jika kita sudah tidak mahu buat dah tak minat tambah pula ada perasaan malas akan jadilah blog itu hanyut dek masa dan semakin ke dalam dan ke dalam tanpa kesan dalam pembacaan maya. Blog akan kehilangan pembaca dan peminat berkurangan. Itulah pengalaman Etuza apabila sekian lama tak update blog sendiri.

Untuk itu banner "Saya Berjaya" dengan ikhlas Etuza kongsikan kepada semua. Dan sekali lagi Etuza nak ucapkan  tahnia kepada 5 Ikon Gratify dalam bloglist paling bersinar dalam blog Etuza.