"Tuah ayam nampak di kaki, tuahnya manusia tidak siapa yang tahu"
"Berani kerana benar takut kerana salah"
Renung-renungkan kata - kata ini.

Setiap tahun negara kita akan menyambut bulan kemerdekaan, semua negeri-negeri di Malaysia masing-masing akan menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh gemilang. Kalau tahun ini logo " Di sini lahirnya sebuah cinta " kelihatan amat cantik dan kreatif sekali.

Di sekolah Etuza juga setiap tahun ada majlis sambutan kemerdekaan dan paling nyata dan mudah kita laksanakan ialah warga guru dan murid -murid di sekolah Etuza akan membuat aktiviti kibarkan jalur gemilang juga memacakkan tiang pada jalur gemilang di hadapan dan pagar sekolah.




Inilah antara pengisian sempena perasmian penutupan bulan kemerdekaan di sekolah Etuza. Gimik Jalur Gemilang ini, idea dicetuskan oleh Etuza. Iaitu puzzle Jalur Gemilang dengan diakhiri oleh Guru Besar untuk melengkapkan Jalur Gemilang hingga sempurna. Inilah situasi Gimik Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan di sekolah Etuza.



Nah tengok sudah siap dengan sempurna Jalur Gemilang. Selepas jalur gemilang ini siap[ semua guru dan murid bertepuk tangan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.
"Inilah bukti kami di Pedalaman Sabah menunjukkan kami cinta Malaysia, kami bangga hidup di Malaysia, terima kasih Malaysia, terima kasih Malaysia Negaraku tercinta.