Bajet : Untuk Sabah aspek keselamatan Sabah diberi perhatian
serius dalam Bajet 2015.
Bajet : Aspek Pendidikan juga diberi perhatian dengan memberi
penekanan terhadap pembangunan dan pembaikan.
( sama-sama kita lihat buget 2015 dalam menuju ke arah 2020)
penekanan terhadap pembangunan dan pembaikan.
( sama-sama kita lihat buget 2015 dalam menuju ke arah 2020)
Baik daripada pihak penyokong Barisan Nasional, penyokong Pakatan Rakyat, bangsa Melayu, Iban, Kadazan, Cina, India, kumpulan Orang Asli, kakitangan awam, kakitangan swasta, kalangan yang berniaga, pelajar, belia, sektor korporat dan sebagainya mahu mendengar apa yang bakal diperolehi mereka menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia sekaligus melihat dan memerhatikan daripada jauh halatuju negara yang bernama Malaysia bagi 12 bulan yang akan datang.
Yang pastinya pembentangan Bajet 2015 Malaysia pada 10 Oktober 2015 ini adalah Belanjawan terakhir bagi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Dan bersesuaian dengan aspirasi dan iltizam kerajaan Malaysia meningkatan pendapatan negara dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal yang terus menjerut kewangan Malaysia, pastinya akan ada pengumuman “berbentuk kejutan” dan pemberian bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban kos sara hidup rakyat marhaen seperti anda semua.
Berita Semasa ( klik info lebih jelas sini )
Permohonan Cuepec
Harap ada lah yang dipertimbangkan ..
- Kenaikan elaun perumahan naik dari RM180 kepada Rm450
- Kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) Naik dari RM250 kepada RM300
- Kerajaan kawal harga rumah di Malaysia kerana masih ramai lagi kakitangan awam tidak berkemampuan program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PP1AM) yang dijual pada harga RM150,000 – RM200,000 dan dikurangkan antara RM70,000 – RM130,000
- Semakan gaji kakitangan awam setiap 5 tahun sekali
- Kenaikan gaji naik kakitangan awam sebanyak 30 di semua peringkat
- Pemberian & pembayaran dua bulan bonus penjawat awam
Hasilnya : Setengah Bulan Gaji. Akan diterima pada Januari 2015.
( ada individu yang tidak puas hati & ada juga yang redha kerana apapun itu semua rezeki kita )
( bab elaun rumah - cuepec memohon agar di naikkan, harap ini suatu masa akan di naikkan dari rm 180 ke lebih tinggi )
( bab elaun rumah - cuepec memohon agar di naikkan, harap ini suatu masa akan di naikkan dari rm 180 ke lebih tinggi )
16 Ulasan
bagi JM budget tahun ni lebih baik dari tahun lepas
BalasPadamAlhamdulillah..sebagai penjawat awam mari kita tingkatkan kualiti dan produktiviti
@Jari Manis
BalasPadamJM kita kena juga bersyukur dengan apa juga yang memberi kegembiraan kepada kita..
Tapi IM (pekerja swasta yang dah tak kerja) tak dapat apa benifit dari tawaran-tawaran itu...
BalasPadamkesian IM...
Alhamdulillah...rezki dari Allah...Perancangan dan perlaksanaan manusia(pihak kerajaan)semoga diperkenankan NYA demi kesejahteraan rakyat.....aamiin
BalasPadamSaya menunggu laporan budget penuh yang mungkin akan keluar pada pagi ini dalam suratkhabar.
BalasPadamTetapi ada beberapa perkara yang dianggap merugikan atau ketirisan melalui beberapa syarikat tidak di baikpulih.
Biar tidak ada bonus tetapi jangan ada ketirisan wang rakyat
Setuju dengan blogger muda belia aRz..terima kasih ya
BalasPadambajet oh bajet.... yang penting ada juga dapat setengah bulan gaji tu..
BalasPadamp/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html
wasalam Mia..terima kasih info ya..nanti etuza terjah..kejap ya..
BalasPadamAna harap, kata2 tu bukan macam angin yang berlalu dan hilang begitu je. Ini keputusan kepimpinan. Kat akhirat nanti mereka paling banyak dipersoalkan. Sama ada makan duit rakyat atau memberi kebaikan pd rakyat. Semua tu akan disoal. Wallahualam.
BalasPadamIsmi Ana..segala perkara itu kita berserah pada Allah..yang penting kita teruskan kehidupan dalam lingkungan rahmatNya. amin..
BalasPadamtak sempat ikuti perkembangan bajet semalam, travelling day, ada tugasan rasmi luar daerah..
BalasPadamTak sempat nak tgk sibuk sangat masa tu ...
BalasPadamMoga2 ada manfaat buat kita yang bergelar rakyat jelata ni ..
BalasPadamBagi zumal hanya kata syukur dpt diucapkan...
BalasPadambila semua elaun naik, pastinya barang2 pula naik, jka difikir disudut negatif, kesian mereka yang kerja sendiri nak tampung kehidupan keluarga harian.
BalasPadamapa2pun bersyukur dengan rezeki yang ada..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.