Asalamualaikum & Salam sejahtera semuanya. Diharapkan sihat hari ini dan ceria serta lancar dalam apa juga urusan di muka bumi Allah ini.

Pertamanya hendak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA BLOG BUNDA  yang telah mencadangkan kepada Etuza agar membina blog baru apabila blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan ( Pesona - 2008 hingga Ogos 2014 )blog berusia 6 tahun ini tidak dapat saya log in akaun. Ya kesilapan antara sengaja dan tidak senagaja menyebabkan setting papan pemuka ( dashboard ) hilang tanpa dikesan. Sungguh ngeri perasaan saya sebenarnya, terasa bagaikan kehilangan rumah di alam maya ditiup sang badai. Hanya Allah yang tahu remuk redam hati saya. Saya manusia yang ada perasaan pastilah ada rasa kecewa serta ada juga rasa sedih apabila dalam jutaan tak terkira blogger Malaysia tidak beri saya infor sebenar bagaimana hendak mendapatkan balik akaun Pesona kesayangan ku itu.

Yang tampil memberi sinar harapan adalah dua orang yang benar - benar memberi saya satu harapan baru agar bertindak selepas terkedu - kedu depan note book tak tahu nak klik mana, makin di klik semakin sirna blog Pesona milik peribadi Etuza. Antara blog tersebut ialah blog ini http://mimialya1.blogspot.com/ dan blog BUNDA yang ada link kat atas tu. 
Blog Dairi Hidupku memberi tutorial dan cadangan di shoutbox pastinya melalui ruang itu dia berusaha menyalur infor kepada Etuza. Masih Etuza tak berjaya kerana setting Pentadbir blog saya tertekan Pengarang. Seolah blog Pesona bukan milik saya lagi. Dan Bunda blog Teratak Bunda akhirnya mencadangkan kepada Etuza kembali berbelog dengan membina blog baru paparan baru dan tinggalkan Pesona Etuza ( Klik Ni Ya). Etuza berfikir lama apabila diberi cadangan membina blog baru. Bukan senang tu, berbagai kod kita kena belajar balik nak setting nak kemas dan sebagainya memerlukan kesabaran diri. Lastly, etuza akur dengan cadangan BUNDA kerana ini lah cadangan terbaik dari Sahabat Blog Maya Etuza. Etuza sebenarnya ada blog bernama MUSTIKA LELAKI INI. Blog lebih kepada perkongsian sebagai lelaki. Bersendikan email madey yang saya reka agar diterima bagi membina blog peribadi ini. Alhamdulillah email blog dan pasword blog ini Etuza ada catat dan ALHAMDULILAH boleh log ini. Syukran Ya Allah. Betullah kata orang bahawa tiap ada kemahuan ada jalan penyelesaiannya. Etuza sebetulnya MASIH BERHARAP ADA INSAN BLOGGER MALAYSIA TAMPIL MEMBERI TUTORIAL bagaimana log in blog lama, di mana gmail dan pasword masih Etuza ingat. Tolong beri info inshaAllah saya akan hargainya, jika ucapan TERIMA KASIH  itu memadai dan disertai pula HADIAH  kiriman Etuza pun Etuza bersyukur sangat. Bukan susah berhubung dan mudah juga hantar HADIAH jika ada keikhlasan Etuza rela memberi. Harap maklum.

   Panjangnya bebel Etuza 
Ha sebenarnya nak cerita kepada 
teman Blog. Ada kenangan Etuza
dipanggil untuk beri satu ceramah
iaitu Ceramah Program NILAM
di SK. Kawakaan SOOK pada
sesi penggal akhir 2013.
Inilah kenangan yang sukar 
Etuza lupakan.
Mendapat penghargaan yang bermakna
dalam kamus hidup Etuza.
Penganjur Ceramah ini telah
mencedok gambar Etuza
di Facebook Etuza
dan framkan sebegini cantik.
Tengok lah hadiah penghargaan 
sekolah ini kepada Etuza.
Terima kasih SK. Kawakaan Sook, 
Keningau,Sabah.
Dan terima kasih BUNDA dan Blog 
Dairi Hatiku.
Anda semua terbaik bagiku.





 hakcipta@etuza