Sampai Seru Dia Bernikah

Sampai Seru Dia Bernikah


Sampai Seru Dia Bernikah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.

Rindunya bersiaran di dalam blog kesayangan ini, baru petang ini ada masa senggang untuk melihat laman ini, serta memuatkan gambar kenangan indah dari keluarga Etuza. Hendak kongsikan kegembiraan kami sekeluarga, apabila dengan usaha gigih anak lelaki sulung, akhirnya dia dapat juga di nikahkan pada masa PKPB berlangsung. Balik rentas negeri dari Pahang ke Sabah dan dikuarantinkan, seperti itu juga tunangannya yang juga  di tanah seberang iaitu di Negeri Perak. Gadis pilihannya dari Daerah Ranau Sabah. detik bersejarah anak sulung lelaki Etuza telah diijab kabulkan dengan sekali lafaz nikah pada 02/06/2020 bersamaan hari selasa minggu ini. Etuza dapat melihat anak Etuza sangat gembira kerana sesungguhnya impian baginya untuk mendirikan rumah tangga kini tercapai dengan izin dan rahmat Allah. Alhamdulillah, sujud syukur kepada Allah yang maha esa. SELAMAT PENGANTIN BARU buat anakanda dan isterinya. Bertambah ahli dalam keluarga Etuza dan terasa diri semakin berusia apabila kini Etuza di musim PKPB dianugarehkan oleh Allah menantu perempuan yang sangat menyayangi anak Etuza. Semoga bahagian till Jannah buat Ikmal dan Fizah, aamiin.

Gambar anak tersenyum manis sebelum ke Jabatan Agama JAHENS 
di Daerah Ranau, Sabah

Bersama ibubapa mentua di pihak isteri.

Kepada anakanda tersayang, mohon hargai wanita peneman kala senang dan susah, bina kasih sayang yang abadi, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan memahami naluri seorang wanita. Bina keluarga bahagia dan harus di ingat bahawa menjaga hubungan dengan Allah akan menjadikan rumahtangga kita lebih dirahmati dan diberkati Allah. Jagalah hubungan baik dengan Allah, pasti kita akan saling menghargai pasangan hidup kita. 

Gambar mengikut SOP PKPB hanya wali, pengantin perempuan 
dan bakal suami yang dibenarkan masuk ke dalam Pejabat Agama.

Di studio sesi photografy



Pakai Mask...inilah dia norma kehidupan baru
kesan Wabak menular ..Semoga wabak berlalu dengan 
kehendakNya. Aamiin.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

23 ulasan

Tahniah cikgu dapat sambut menantu.
Lawo menantunya.

semoga kekal selamanya dan selamat pengantin baru untuk anak cikgu =)

Sepupu kahwin 3 Jun. Sama gak. Hanya wali, saksi.

Saya anak kedua etuza,terima kasih yg mendoakan, amin ya rabbal alamin.. semoga semua ibadah kita dirahmati oleh allah s.w.t.. terima kasih banyak2x kpd semua family terutama bapa dan dan mama yg banyak membantu dan dan menyokong saya untuk meneruskan pernikahan dengan isteri tercinta๐Ÿ™‚

Alhamdulillah..barakah lakuma..

Tahniah kpd etuza krnan dpt menantu. In Shaa Allah raya thn dpn dpt cucu plak. Nanti lps PKPB boleh la buat kenduri.

Tahniah cikgu etuza kerana dapat menantu. moga Allah memberkati kedua mempelai serta kedua belah keluarga.

alhamdulillah tahniah etuza dan selamat pengantin baharu buat anak dan pasangannya

Tahniah, dapat menantu dan ahli keluarga baru... semoga kekal bahagia till jannah untuk pengantin baru.

Alhamdulillah...terima menantu ya cikgu..cantik manis sipengantin..moga kekal berbahagia hingga ke syurga

Alhamdulillah tahniah buat cikgu sekeluarga terutamanya buat anak lelaki cikgu.

Tulus ucapan dan doa cikgu, sy aminkan semoga anak menantu cikgu bahagia hingga ke jannah aamiin.

tahniah dapat menantu..insyaAllah didoakan nnt dapat cucu pula.

Tahniah dapat menantu, Cikgu Etuza. Selamat pengantin baru untuk anak cikgu.

Alhamdulillah tahniah Cikgu Etuza, mama dan Ikmal..

Diam2 dah bermenantu..

Pengantin bak pinang di belah 2, kacak bergaya dan ayu.

Tahniah..selamat pengantin baru buat anak Etuza...

Tahniah Etuza, dpt menantu... moga kekal till jannah... aminnnn!

Tahniah cikgu dapat menantu dan selamat pengantin baru buat anak cikgu :)

mashaAllah senyuman pengantin baru.. tahniah dapat ahli keluarga baru~

Wahhh tahniah dapat menantu, selamat pengantin baru kepada anak menantu dan semoga cepat dapat timang cucu!

Assalam, tahniah cikgu etuza beroleh menantu. Alhamdulillah, tumpang gembira. Berseri2 wajah anak lelaki etuza kan kegembiraan dpt mendirikan rumahtangga dgn insan tercinta

aSALAMUALAIKUM ,,TERIMA KASIH YA, ucapan tahniah yang ikhlas..terima kasih doa teman blogger

Alhamdulillah dan tahniah

Syukur alhamdulillah .. Tahniah tahniah tahniah Ikmal

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (542) Agama (530) Ucapan (490) Berita (421) Doa (384) Dunia Blog (381) Promosi. (361) Info Lelaki (344) Pengalaman (298) Tips Blog (291) Anak (289) Pendidikan (277) Nasihat (243) Kasih sayang (239) Pelancongan (236) Berita Keningau (214) Rasa Bahagia (203) Alam Semulajadi (199) Hadiah (181) Gambar (162) Keluarga (145) Sejarah (134) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (112) kesihatan (95) Percutian (85) Tentang lelaki (76) Bunga (72) Cinta (60) Isu Semasa (59) Motivasi (59) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Budaya (53) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (47) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (38) Sahabat Blog (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (23) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (16) Iklan (14) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Anak Buah (6) Kuiz (6) Politik (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Umrah (2) BRIM (1) Laman (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger