Panorama Alam Bunga Di Spring Garden Kundasang, Ranau,Sabah.

Infror 1. Spring Garden Kundasang ialah sebuah taman bunga tanah tinggi dan resort vila peribadi yang terletak di kawasan Mesilau, Kundasang, Sabah. Tempat ini terkenal dengan landskap bunga-bungaan yang berwarna-warni, udara pergunungan yang segar, serta pemandangan Gunung Kinabalu yang jelas dan sangat menakjubkan.

Infor 2. Spring Garden Kundasang merupakan salah satu lokasi penginapan dan taman landskap yang semakin popular di Mesilou, Kundasang, Sabah. Tempat ini terkenal kerana pemandangan terus ke Gunung Kinabalu, taman bunga yang cantik, suasana sejuk tanah tinggi dan sungai jernih yang mengalir berhampiran chalet.

Infor 3Maklumat Lawatan & Tiket Masuk
  • Harga Tiket: RM10 untuk dewasa, manakala kanak-kanak adalah Percuma.
  • Waktu Terbaik Berkunjung: Awal pagi (sekitar jam 6:00 pagi hingga 8:30 pagi) untuk peluang terbaik melihat puncak Gunung Kinabalu sebelum dilitupi awan, serta mengelakkan kesesakan.
  • Lokasi: Jalan Golf Course Mesilau, Kundasang, Ranau, Sabah (kira-kira 10KM dari Pekan Kundasang)
Infor 4. Kawasan yang sejuk, udara segar dan dapat melapangkan minda dengan melihat ( Spring ) seolah berpusing 380 darjah dan menikmati  pelbagai spesis bunga yang amat mengkagumkan. Bunga-bungan renek dan pokok yang sangat hebat ciptaan Allah. Berjalan dari kiri ke kanan dan ketengah, melata bunga dipersembahkan di Spring Garden. Sungguh tidak akan puas dan tiada keboringan kala berada di sini.Larangan memetik bunga di Spring Garden dan apatah lagi membuang sampah, bekas makanan di merata tempat. Jika membuang sampah akan di kesan oleh CCTV yang turut di pasang di mana-manan taman yang indah ini.

Infor 5. Terdapat denai jalan kaki pendek yang membawa pengunjung ke kawasan aliran sungai semula jadi dan air terjun kecil yang sejuk untuk bersantai.Wah, memang hebat kawasan ini. Kawasan lembah Gunung Kinabalu gais. Datanglah ke Kundasang Ranau, pasti teruja banyak tempat menarik di lawati.

Infor 6. Terdapat hotel penginapan di kawasan Spring Garden. Boleh saja menginap barang sehari semalam untuk lebih menikmati keindahan paorama alam di sini.Cuma satu hendak bagitau, jalan ke Spring Garden buat masa ini jalan raya adalah berbatu ( grable ) Belum berturap.Memandu perlahan dan hati-hati.

Family Etuza ketika ke Spring garden, sangat teruja, melihat keadaan yang segar udara dan sejuk, mempamerkan suasana damai dan tenang dan kedengaran bunyi mergas tua ( bunyi burung hutan bersahutan ). Berjalan ramai-ramai sambil melihat keindahan rupa bentuk dan kembangan bunga yang pelbagai. Kadang kala kami duduk sambil bercerita. Bunga melata yang renek dan memang hanya tumbuh di lembah sejuk, seperti Bunga Seribu, Bunga Balsam dan sebagainya. 

Dalam kiraan sejam lebih kami meronda Spring Garden, tetapi tidak sempat ke anak sungai dan air terjun di Spring Garden. Cuaca semakin panas dan kurang sesuai untuk baby 6 bulan dan 1 tahun 6 bulan. Perkongsian lain adalah gambar pegun yang Etuza kongsikan. Justeru kami beredar untuk pergi makan tengahari di sekitar Kundasang, Ranau. Entri bersambung lagi.

Laporan Blogger Etuza.























Klik Vedio Spring Garden SINI. Semoga dapat melihat panorama Spring Garden di Kundasang Ranau, Sabah.













Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Mohon maaf agak late ke laman anda, akan terjah dan komen selepas baca entri anda..log out dulu..

    BalasPadam
  2. cantiknya bunga-bungaan di sini. Tapi kalau tanam depan rumah sendiri tak la jadi berbunga begini

    BalasPadam
  3. wahh menarik tempat ni..hari tu, masa i gi cuti2 kundasang, tak de gi sini sbb tak de masuk dlm itinerary travel agency tu pun

    BalasPadam
  4. MasyaAllah cantiknya! Penuh bunga. Seronok ke sini, pulak tu udaranya sejuk.

    BalasPadam
  5. Satu perkongsian yang sangat bermanfaat, Cikgu. Bagus info tentang waktu terbaik datang awal pagi tu, barulah puas dapat tengok puncak Gunung Kinabalu sebelum dilitupi awan. Betul tu cikgu, kalau bawa baby kecil memang kena ambil kira faktor cuaca juga. Apapun, memang berbaloi singgah ke sini, RM10 je untuk dewasa

    BalasPadam
  6. Bila kata dapat tengok gunung kinabalu tu, pasti suasana pagi di situ sangat cantik dan tenang. Bunga raya pun pelbagai warna dan cantik kelihatan.

    BalasPadam
  7. damai suasana bunga2 indah mempesona

    BalasPadam
  8. saya baru sekali je sampai kundasang, dah lama sangat. tak tahu biia bole datang lagi

    BalasPadam
  9. Wahhhh..Cantik la bunga2 & tmpt ni =D

    BalasPadam
  10. Wah bagus betul tamannya uncle. Bunga-bunganya cantik, nampak indah dan bermekaran.
    Membuat hati jadi tenang dan damai saat melihatnya

    BalasPadam
  11. Kalau berlibur di tempat begini, memang kurang lah kalau hanya sebentar 😄. Paling tidak stay 5 malam hahahahaha baru bisa bikin refresh pikiran 😍😍. Cantiiiik tempatnya bang. Banyak bunga2 , colorful pula. Ini jadi ingat saat saya ke chiang Mai dulu.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.