Definisi Umum Tentang Bahagia.
* Suasana tenang, senang , aman, gembira dan beruntung. rasa bahagia ini adalah keadaan menyeluruh dan subjektif di mana apa yang membahagiakan sesorang itu adalah saling berbeza.
Pengertian Dari Segi Prespektif Islam.
* Menurut Imam Al Gazali, Bahagia ialah berada di puncak ketaqwaan dan ketenangan hati melalui keredhaan Allah, termasuk menjaga hubungan baik dengan sang Pencipta, keluarga dan masyarakat.
5 Perkara Remeh Mengundang Rasa Bahagia Menurut Etuza.
* Apabila melihat hadapan pintu rumah sendiri, segala bentuk alas kaki seperti selipar, kasut tersusun di atas rak kasut dan selipar yang disediakan. Keadaan ini memudahkan pemilik selipar atau kasut hanya mengambil dan memakainya tanpa mencari pasangan kiri dan kaki kanan apabila keluar bersiaran di halaman rumah atau keluar pergi memandu kereta. Agak penat apabila sebelah selipar milik kita terpisah jauh dari rak selipar atau kasut akibat tersendol oleh kaki bila mana semua selipar dan kasut kusut bersepah di hadapan pintu atas perbuatan ketidak perihatinan ahli dalam sesebuah keluarga dalam rumah tersebut. Alangkah bahagianya bila di hadapan luar pintu rumah semua selipar dan kasut tersusun indah. Siapa tidak bahagia jika keadaan selipar tersusun kemas?. Mesti terundang rasa gembira dan suka.
* Kebahagiaan akan terasa lagi apabila masuk dalam rumah, susana dalam rumah kemas dan bersih, segala peralatan dan prabot dalam rumah tersusun sentiasa. Sebabnya memudahkan dengan aman dan selesa apabila kita tuan pemilik rumah membersihkan lantai dan lantai luar rumah. Memang sesiapapun ahli dalam keluarga tersebut merasakan rasa bahagia dan gembira jika keadaan ini berlaku setiap masa.
* Makan dan minum sentiasa updated di rumah kediaman sendiri. Kita datang dari jauh, masuk ke dapur minum telah ada dan ada sajian makanan yang menyegarkan tekak dan meselesakan perut yang pedih kerana lapar. Bayangkan kita menahan rasa lapar berjam-jam apabila menunggu makan dan minum disediakan,sedangkan ketika kita sampai di rumah kita dalam keadaan lapar dan berharap sangat makanan dan minuman setidak-tidaknya ada di atas meja makan. Keadaan ini akan berlaku apabila ahli dalam rumah mementingkan kebahagian suami isteri dan kebahagiaan anak-anak dalam rumah tersebut.
* Bunga-bungaan di halaman rumah sentiasa segar dan subur apabila disiram ketika petang hari. Daun bunga yang layu dan terkulai ibarat hati begitu sedih dan semangat bahagia merundum kebawah. Akan hilang rasa bahagia dan sukar mengukir senyum dalam hati yang remuk. Ingat lah bahawa tanaman di halaman sekalipun bunga yang ramai merasakan remeh adalah benda hidup yang seindah-indahnya dicipta oleh Allah untuk kita yakni manusia pandang dan merasa nikmat keindahan itu. Tidak diciptakan oleh Allah sesuatu tanpa ada manfaat kepada hamba-hambaNya. Ringankan tangan anda menyiram bunga-bunga dihalaman rumah anda. Pasti kebahagiaan itu berkekalan dan akan berdetik mula di hadapan luar rumah setelah memandang bunga cantik segar kembangkan bunga dan melebarkan dedaunanya.
* Bertambah bahagia apabila kita dikunjungi rakan jauh atau dekat, kerabat keluarga jauh dan dekat memeriahkan majlis keluarga kita.Perkara ini bagi saya sesuatu yang hebat dan luarbiasa kerana tanpa jangkaan ada orang jauh bertandang ke rumah kita. Makan dan minum serta berbual bersama, pasti terjalin kemesraan, ada rasa tidak ingin berpisah.Siapa yang datang itu tidak kita pandang suku kaum asalkan kehadiran mereka hanya mahu bergembira bersama dan menikmati juadah yang ada pastinya keadaan ini berlaku di Hari Raya lebaran.
Banyak lagi perkara remeh yang sebenarnya mengundang rasa bahagia dan gembira dalam kehidupan kita. Semoga hari ini kita keluar dari rumah menunggu rasa bahagia untuk kita nikmati.Subahanallah.

22 Ulasan
Mohon saya di maafkan jika ada kesalahan ejaan, akan dibaiki nanti..kejar masa..
BalasPadamEjaan telah saya betulkan..maaf atas kesalahan ejaan..
PadamAlhamdulillah, semua ada seperti di atas... at least masuk dapur mmg dh ada mesin air cuckoo... minum air sejuk dulu pun x apalah.. mknn mmg setiap hari dapur berasap, bersyukur apa adanya
BalasPadamWah, syukur alhamdulillah..
Padammudah je nak mengundang rasa bahagia.
BalasPadamSentiasa happy pun itu tanda bahagia, ikhlas pergi kerja..pasti dimudahkan urusan
PadamNah saya pun kalau datang ke rumah kondisinya bersih, rasa hati pun senang betullll mas. Bahagia rasanya.
BalasPadamTapi apa daya, masih punya anak kecil. jadi tiap pulang pasti rumah berantakan, hahaha
Tak apa, anak kecil penyerih keluarga..bila anak tidur..bersihkan saja kemaskan..bahagia akan kembali..
PadamNo. 1 tu mcm saya juga, tak bole tengok selipar dan kasut bersepah2 depan pintu rumah, akan rasa semak dan serabut mata menandang. lagi satu kalau bole jangan ada yang menghalang di depan pintu masuk rumah, contohnye kalau ada kereta parkir betul2 depan pintu rumah...
BalasPadamSering berlaku hilang selipar atau terpakai oleh orang lain..selalu berlaku ..tetamu kean ingat selipar dia sendiri..hehehe
PadamSaya kalau balik kampung suka lepak depan rumah tenguk kenderaan bertali arus sambil menghirup udara segar di kampung. Bila angin berhembus alangkah damainya rasa.
BalasPadamBestnya kan..rumah depan jalan raya..boleh nampak lalu lalang kenderaan berbagai bentuk..
Padamkeluarga bahgia kehidupan sempurna
BalasPadamInshaAllah kak PI..
PadamTak susah pun nak hidup bahagia kan cikgu...dah usia meningkat ni nak hidup aman dan tenang sahaja...
BalasPadamBetul..usah fikir sangat hal menua ..begitulah hendaknya..
PadamBahagia itu simple sebenarnya kan... Hal2 kecil macam rumah bersih dan rapi, bisa makan dengan kenyang, bisa traveling, bisa ketemu teman2, itu saja dah buat saya bahagia juga. Yg penting memang banyak disyukuri segala nikmat
BalasPadambahagia kita berbeza2...dan kasut kita semua pun tak sama kan..yg penting, syukur seadanya
BalasPadamDoakan Na boleh adakan makanan yang menyambut suami dan anak ketika pulangnya mereka. :))
BalasPadamSetuju, rumah bersih dan selera sudah tentu mengundang bahagia serasa seperti Rumahku Syurgaku.
BalasPadamSederhana itu bahagia. Bahagia dengan cara tersendiri
BalasPadamKadang bukan benda besar pun
BalasPadamdapat makan sama-sama, gelak satu meja, atau sekadar tanya “dah makan?” pun dah cukup bahagia..create moments antara family
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.