| Gambar berbuka bersama kakak sulung dan adik serta anak buah yang tinggal di ruma pusaka arwah ayah dan ibu. Makan sedanya, paling henat adalah jalinan kasih sayang antara kami. |
Berbuka Puasa Di Rumah Arwah Ayam & Ibu.
Mendapat undangan berbuka puasa pada hari Isnin bersamaan 16.03.2026 hari ke 26 Ramadan dan malam ke 27 Ramadan terawih di Masjid Al Mahabbah. Saya dan suri hati membawa juadah ikan goreng dan kuih ubi sahaja untuk di bawa ke rumah arawah ayah dan ibu di kampung. Memang lama tidak berkunjung ke rumah itu, tetapi telah datang pada hari ke tiga selepas balik dari Umrah.
Tempat berbuka hari ini ialah di Rumah Pusaka arwah ayah dan ibu di Kampung Penagatan Ulu, Keningau.Alhamdulillah Etuza amat happy bersua dan makan bersama kakak dan adik serta semua anak buah yang datang.
Alhamdulillah bersua dengan kakak dan adik serta anak-anak buah yang datang bersama. Syukur kepadaNya kerana sempat bersua dan berbuka puasa di rumah ayah dan mak. Teringat dengan jelas saat arwah berdua masih ada, berbuka bersama mereka. Ya Allah ampuni dosa arwah ibubapa kami dan tempat kan mereka di sisi orang yang beriman, perluaskan dan beri cahaya di alam barzak mereka.
Wanita Hebat Memandu Di Darat Selama Tiga Jam Ke Lawas.
Ayisah anak buah dan anak bungso kakak Etuza memudahkan semua dengan mencedok nasi dan meletakkan lauk dan sayur kepada kami semua. Ayisah ni, bekerja seorang guru di Sarawak. Balik bercuti Hari Raya.Katanya memandu ke Lawas Sarawak memakan masa tiga jam perjalanan darat. Memandu dengan penuh hati-hati tanpa ada hentian kerana tidak ada RnR ( Hentian Rehat).Bagi Etuza wanita memandu sejauh itu dan selama tiga jam amat baik, pemanduan teruji dan memberikan motivasi serta keyakinan untuk memandu walau ke mana sahaja.
Kakak Rancang Tunaikan UMRAH 2026.
Kakak sulung pula berbicara kepada kami tentang hasrat dan niatnya hendak tunaikan UMRAH tahun 2026. Mereka suami isteri dan Ayisah kini sedang meninjau agen yang mereka hendak pilih untuk melakukan UMRAH pertama mereka. Memandangkan keadaan sedang memuncak perang Iran, Israil, Amerika Syarikat maka sedikit hajat tergendala. Kakak Etuza menunggu perang reda dan selesa perjalanan ke Mekah untuk tunaikan Umrah.
Lalu Etuza cadangkan agar mereka memilih Andalusia travel Umrah sebagai pilihan yang mudah tepat dan lebih selamat.Semoga hasrat kakak sulung dikabulkan oleh Allah. Etuza banyak memberikan kata peransang dan motivasi serta cadangan yang baik agar kakak yakin dan dapat menunaikan UMRAH mereka dengan mudah. Semua atas izinNya juga.

16 Ulasan
Semoga dipermudahkan urusan kakak Etuza untuk menunaikan umrah.
BalasPadamYa..inshaAllah, pasti jika niat Allah kabulkan jadilah tetamu Allah di Mekah..
Padamsemoga dipermudahkan urusan kakak cikgu menunaikan umrah nanti..ye betul..SA setuju sekiranya kakak menunggu masalah perang itu selesai....
BalasPadamInshaAllah..pasti Umrah jg dia jika Allah kabulkan..
Padamseronok sangat kalau dapat berbuka puasa dalam ramai-ramai...meriahnya tidak terkata
BalasPadamAdik beradik pertalian takkan putus lan saudara
Padamseronok berbuka ramai2.
BalasPadamBetul selalu dulu bersama, kini masing2 haluan..
Padamalhamdulillah salam aidilfitri cikgu n fmili maaf zahir bati
BalasPadamSelamat hari raya, maaf zahir batin..
PadamSelamat hari raya buat Cikgu sekeluarga.. Meriahnyaa suasana makan beramai2 macam ni.
BalasPadamSeronok makan dengan adi kakak bersama..bukan selalu dapat suasana ni..bulan puasa
PadamMemang bagus service andalusia tu👍👍 owner dia org kg MZ..kaya raya dan dermawan sgt2
BalasPadammoga hasrat kakak cikgu dipermudahkan
BalasPadamwarrrghhh drive 3 jam? aduhhhh sy pula yg terasa penatnyaaa
BalasPadamseronok berkumpul ramai² duduk bersila di bawah ..menikmati hidangan berbuka ..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.