Setiap Gambar Ada Jati Diri,Indentitinya Dan Cerita Silam.

Gambar ini,mengingatkan diri, bahawa kehidupan detik Covid-19 melanda, bukan 
mudah semasa melaluinya..antara yang mesti dilakukan ialah memakai mask.

Gambar Memeperlihatkan Cerita Tersendiri.

Sekali lagi terimbau lakaran kenangan silam yang dapat Etuza lihat melalui beberapa gambar yang telah lalu dan gambar tahun 2025. Walaupun gambar itu sudah bertahun berlalu tetapi bagaikan baru berlaku dan seakan terlihat gerak langkah keberadaan dan komunikasi sosial yang bagaikan filem yang hidup dan amat memberi kesan rasa bahagia, gembira dan senang hati. Lantas tersedar dari lena, rupanya hanyak lakaran kenangan yang tidak mudah dilupakan.

Entri kedua setelah menjelang Januari 2026, pada 3.01.2026 updated kan blog dengan paparan catatan bertajuk " Setiap Gambar Ada Jati Diri, Identitinya dan Cerita Silam".Apabila tahun 2025 menutup tirainya maka teringatlah semua apa yang kita lalui pada tahun 2025 dan juga memori pada tahun yang telah lalu.

Gambar Itu Ada Bahasa Cerita Tersirat.

Gambar yang kita rencanakan mempunyai cerita tersirat, bahgaimana gambar itu di ambil menggunakan kamera atau pun kamera handphone kita mempuyai sebab dan kenapa kita ambil gambar tersebut. Gambar bukan sekadar main-main atau hanya memenuhi kehendak seseorang tetapi ada maksud gambar diambil hingga gambar itu amat berharga, amat diperlukan dan tidak salah jika Etuza katakan kita sayangi gambar tersebut kerana ada ceritanya tersendiri.

Sebelum Membuang Gambar Pilih Yang Terbaik, Abadikan Dalam Blog.

Terbaru data phone Etuza sesak dengan gambar hingga storan data tidak dapat lagi menerima sebarang mesej dan maklumat dalam gmail email. Apabila diperiksa terdapat 6K lebih gambar dan selain vedio tersimpan begitu sesak dalam data storan memori phone Vivo Etuza. Alhamdulillah kini storan telah bertambah besar lagi dan senang serta mudah menerima mesej dan maklumat melalui Gmail Email. Cuma 6K gambar bercampur vedio telah dipadamkan tanpa kesan lagi. 

Storan yang sangat sesak kemudian dibersihkan kerana bertujuan menyahut cabaran akan arahan dari Google Adsend yang meminta Etuza kemaskinikan data peribadi, alamat dan akaun sebagai proses pembayaran ke akaun Etuza. Bukan banyak pun hanya beberapa Dollar sahaja. Tetapi cukup bahagia mendapat pembayaran pertama dari Google Adsend nanti.

Terima kasih Google Adsend.Alhamdulillah semua ini juga adalah rezeki tanpa diduga.

Gambar menyatukan kami 8 adik beradik, apabila telah sampai jodoh berlakulah
situasi membawa haluan masing-masing. Hebat gambar 2 L dan 6 P.

Family Etuza kian melebarkan sayap kehidupan..kehadiran menantu dan cucu
menyerikan kehidupan ini, bahagia sekali dan tidak akan lupa Jodoh anak ke 3 
menyatukan kami dalam gambar kenangan ini.

Gambar ini apabila kami ke Terangganu selama 3 hari, banyak kenangan 
di Terengganu termasuk kami melawat Masjid Kristal yang sangat cantik.

Gambar bersama Cikgu Adam, gambar ini apabila Etuza dijemput ke Konvokeseyen tingkatan 6
anak ke 3 masa itu menjadi pelajar terbaik keseluruhan masa ini. Melihat gambar teringat detik yang amat bahagia ini.

Gambar ini, adalah gambar terakhir ketika berada di Nabawi Madinah Arab Saudi.
Kami mulai menunggu pengangkutan ke Lapangan Terbang Jedah untuk balik ke 
Malaysia 2019.

Tidak sangka sama sekali takdir Allah mengambil nyawa ibu kami sehari selepas
Etuza membacakan Yasin di depan arwah mak.Mak masih mampu tersenyum..
merenung kami anak-anaknya.


Ya Allah ampuni arwah mak kami, Lapangkan alam barzaknya dan tempat kan arwah di sisi orang yang beriman.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.