| Buku Menu Sajian Makanan di TTT KOta Kinabalu, Sabah. |
Singah mengalas perut di TTT Kota Kinabalu, Sabah.
Ke Kota Kinabalu, Sabah pada hari Selasa bersamaan 30 hb 09.2025 dan 01.10.2025 dua hari atas urusan keluarga. Bertemu dengan anak dari Kota Belud Sabah dan dari Tuaran di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu iaitu di Likas Kota Kinabalu pada 1.10.2025.
Catatan ini hanya imbasan sebenarnya kerana hari ini sudah menjelang 14.11.2025 dan sebentar lagi akan tiba 15.11.2025.
Oleh kerana sudah menjelang masa makan tengahari anak dari Tuaran langsung mempelawa kami ke Restoran Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu di kawasan Hotel Zara dan melalui Jalan Sambulan ke KKIA ( Kota Kinabalu Airport ). Kami orang Keningau, memang tidak pernah masuk tempat makan sebegini, deretan tempat makan dari pintu ke pintu yang saling berdekatan atau bersebelahan sahaja. Tampak begitu persaingan berlaku. Namun jika percaya pada rezeki pasti akan ada rezeki atau pelanggan yang datang menjamu selera.
Dahulu Lain & Kini Berbeza Kawasan Harbour City Kota Kinabalu.
Tempat ini memang agak terkenal sejak Etuza pernah kunjungi sekitar tahun 2002 hingga 2007, tempat ini tidaklah seterkenal masa kini. Masa itu tempat ini agak lengang dan sesekali Etuza ke kawasan ini untuk masuk di Bank Rakyat. Tempat makan hanya ada beberapa tempat dan tidak semewah hari ini.Kini tahun 2025 kawasan bawah Hotel zara dan deretan bangunan ini kelihatan sangat maju dan di datangi oleh ramai pelancong jauh dan dekat atau pelancong domestik. Terdapat berbagai kemudahan ada di tempat ini, selain kawasan parking kereta yang luas dan selesa serta selamat.
Kelihatan juga tempat ini sebagai persingahan makan oleh pelawat Kota Kinabalu dari perjalanan menuju ke Putatan, Papar , Kimanis dan Keningau selain ke Bongawan dan Menumbuk. Tidak hairan jika setiap hari ruang parking akan penuh. Syabas dan tahniah kepada pemimpin di Bandaraya Kota Kinabalu kerana berjaya menjadikan pembangunan begitu pesat serta maju di Kota Kinabalu yang agak berjauhan masih tetap ramai pengunjung yang datang berurusan di kawasan ini serta di tempat lain. Kawasan ini ialah Zara's Boutique Hotel @ Harbour City. Kepada yang singah di blog ini, jom tengok gambar-gambar yang dikongsikan.
HOTEL yang ada di kawasan ini ZARA BOUTIQUE yang bertaraf 3 bintang.Kepada pengunjung jauh dan dekat boleh klik link SINI jika hendak menginap di Hotel Zara Boutique.
| Pemandangan atau suasana depan Restoran TTT Kota Kinabalu. |
| Menuju Ke TTT Kota Kinabalu, akan ada Bangunan Bank Rakyat |
| Sederetan tempat makan TTT KK akan juga melalui banyak pintu pintu Restoran lain yang terkenal di kawasan ini. |
Restoran Hameed
Tak lama lagi masa ni tempat ni akan full house..pelanggan belum datang makan tengahari.
Inilah tempat di tuju oleh anak2 Etuza di Kota Kinabalu.
Restoran TTT Kota Kinabalu, Sabah.
| Minuman yang anak-anak oder dahulu sampai. |
| Lemon tea ais |
Sup tomyam
| Antara sajian yang menjadi pilihan |
| Ini tempat sup ayam untuk sekeluarga, senang nak cedok ke tempat yang disediakan. |
| Nasi kerabu ayam Cerita Yang Tersembunyi Antara Blogger Malaysia & Indonesia. Sebelum menutup tirai catatan, ada cerita tersembunyi antara beberapa blogger Malaysia dan Indonesia. Tidak terduga dalam sembunyi ada dan pasti ada aku dalam pertemuan mereka antara beberapa blogger Malaysia yang sangat terkenal di Malaysia ini. Jemput KLIK SINI. Lepak Dengan Geng Blogger di KLCC Blogger Carneyz. Fanny hubungi Etuza memberitahu dan meminta agar hadiah TOP KOMENTR di blog Etuza tidak dipos ke Indonesia. Kerana kos sangat mahal. Tetapi meminta diposkan ke alamat blogger Ezna. Dan Etuza segera hubungi Ezna yang dimaksudkan. Terjadilah situasai antara kami berurusan dalam whatsupp. Jemput lagi KLIK SINI. Kisah perjumpaan blogger Malaysia & Indonesia. Blogger Ezna K. Fanny memberitahu akan visit Malaysia di KL dari 08.11 - 12.11.2025. Masa ni kami UASA. Semua murid ambil paper exam. Tidak dapat keluar kerana tugas ini amanah dan serius jauhnya KL tu. Ezna ada memberitahu hadiah kepada Fanny Nila dah selamat disampaikan. Ini yang menggembirakan Etuza. Alhamdulillah. Mean dalam pertemuan mereka ada hadiah Etuza ke tangan Fanny Nila dan Raka suaminya. Subahanallah terima kasih ya Allah dan Alhamdulillah. Selesai urusan hendak memberi. Tapi Etuza agak malu hadiah tidak hebat yang diharapkan. Akhir sekali nak cakap " Bestnya pertemuan mereka itu , aku tersenyum gembira melihat .Syukur persahabatan terjalin itu adalah realiti seorang blogger" |

16 Ulasan
Moga ada rezeki berjumpa pula dengan Fanny jika Fanny ke Sabah. Wahhh ada link saya pula di sini.
BalasPadamKami pernah menginap di Zara Boutique Hotel. Beberapa kali juga singgah makan di Tuk Tuk Restaurant dan Restoran Rendang Oma. Sedap-sedap menu di situ.
BalasPadamMana tahu ada rezeki Fanny berkunjung ke Sabah, in syaa Allah boleh jumpa.
BalasPadamSemoga ada rezeki cikgu bertemu Fanny satu hari nanti ya. Nampak sedap semua makanan yang cikgu kongsikan gambar. Alhamdulillah pasti gembira dapat berkumpul bersama keluarga kan
BalasPadamSelamat menjamu selera.
BalasPadamNampak menyelerakan..
Selamat menjamu selera.
BalasPadamNampak menyelerakan..
terima kasih cikgu bawa saya jalan2 di KK. Rindu KK. Last ke sana masa konvo tahun 2010.
BalasPadamsaya pun suka tomyam, samada tomyam putih atau merah.. biasanya saya makan dengan nasi putih + telur dadar
BalasPadamfanny memang jadi kesayangan rakan2 blogger di msia :) syukur saya pun sempat berjumpa dgnnya last week :).. saya baru perasan, cikgu etuza ni asal keningau yer..ingatkan KK (sbb kalau sabah, mindset saya, KK ajer heheh)
BalasPadamsedapnya tengok nasi kerabu ayam tu.
BalasPadamalhamdulillah, cikgu pun dapat buah tangan dari blogger fanny ya. kak fanny ada sebut haritu dia teringin mahu ke sabah dan sarawak. mana tahu nanti sampai di sabah, boleh jumpa cikgu etuza dan cikgu amie!
Nampak boleh tahan sedap nasi kerabu di KK walaupun nasinya bukan warna ungu.
BalasPadamFanny kerap ke Malaysia, tak ada rezeki lg nk jumpa
Terbau la aroma sup tu.... Lazat!
BalasPadamNasi kerabu ayam nampak sedap ya. Tomyam juga. Dua-dua saya suka
BalasPadampagi td saya dan family pergi klcc (food court), suami order tomyam kat booth/kedai nama tuktuk...patutlah saya rasa familiar jer nama tuk tuk tu...rupa2nya saya pernah baca entry/nama tu kat blog cg etuza!
BalasPadamBagus sup ayam letak dalam periuk besar. Mesti puas makan.
BalasPadamAlhamdulillah hadiah Cikgu selamat ke tangan Fanny. Fanny memang rajin komen untuk hampir semua bloggers.
Abaaaaang , doakan saya jadi traveling ke Sabah Sarawak tahun depan yaaaaa. Memang teringiiiiiin sangat melihat kota Malaysia di belahan yg lain 😍😍😍😍.
BalasPadamTerimakasih banyak2 untuk hadiah yg Abang kirim. Kotak makan nya baguuuuuus, saya suka. Bisa untuk prepare makan anak saya di sekolah, sebab saya dah tak kerja.
Tapi yg paliiiiing saya suka, kopinya sedaaaap 😍😍😍😍.saya nih penyuka kopi sangat. Awalnya saya pikir rasa ginger akan kuat, tapi ternyata tidak 👍👍. Sebab saya tak bisa kalau ginger kuat sangat.
Yg Abang kasih ini, pas rasanya 👍👍
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.