Tuan Rumah Pertandingan Sahibbah Peringkat Daerah Keningau

 Tuan Rumah Pertandingan Sahibbah Peringkat Daerah Keningau

Asalamualaikum & salam Sejahtera.
SK. Penagatan, Keningau, Sabah pada tahun 2022, julung kalinya menjadi tuan rumah Pertandingan Sahibbah kategori sekolah rendah pada 14.7.2022 bersamaan hari Khamis. Pada hari esok pasti meriah dengan kehadiran peserta dari sekolah lain di Daerah Keningau.

Pegawai dari PPD Keningau Pn. Jalifah Binti Azalan adalah dipertanggungjawabkan untuk merasmi acara Sahibbah ini. Difahamkan  bahawa terdapat 16 dari 72  buah sekolah rendah menghantar peserta ke pertandingan rasmi Sahibbah esok. Pada minggu lalu Mesyuarat Khas pengelolaan Pertandingan Sahibbah ini telah dijalankan di Pusat Sumber SK.Penagatan yang dipengerusikan oleh Guru Besar En. Abdul Karim Bin Abdul Rahsid. Siapakah yang bakal juara kategori peserta lelaki dan perempuan, kita akan saksikan pada hari esok.

En. Abdul Karim Bin Abdul Rahsid 
Guru Besar baru SK.Penagatan Keningau

Sedang mempengerusikan mesyuarat Pertandingan Sahibbah 
Peringkat daerah Keningau 2022



Antara guru-guru dari 16 buah sekolah yang hadir

Gambar kenangan selepas mesyuarat Pertandingan Sahibbah 
sesi 2022.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Salam aidiladha 1443H
    Selamat menjalankan tugas hakiki

    BalasPadam
  2. terbaik usahanya moga lancar sempurna

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. tentu meriah sepanjang acara.

    BalasPadam
  4. Gambar kenangan tu yang akan jadi sesuatu yang mahal suatu hari nanti

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.