Jam Menara Hotel Al Manar Di Mekah Arab Saudi

Jam Menara Hotel Al Manar Di Mekah Arab Saudi

Asalamualaikum & salam sejahtera, alhamdulillah kita bertemu lagi di hari Ahad yang ceria, cahaya terang mentari bersinar menyuluh alam ini. Subahanallah. Ayuh kita hargai semua nikmatNya. 

Awal pagi seusai subuh sekali lagi terklik gambar ketika menunaikan Umrah Pertama Etuza. lama merenung gambar-gambar kenangan paling berharga yang Allah anugerahkan ini. Rasa nya nak saja kembali ke Umrah bersujud depan Kaabah di dataran tanah suci.

Lebih molek rasanya Etuza abadikan Jam Menara Hotel Al Manar Di Mekah ini di blog kesayangan ini. 

Berzikir, solat, sunat, membaca al quraan, iktikaf
semua boleh di lakukan di hadapan Kaabah 

Semua jemaah ambil peluang beribadah..
mereka dalam keadaan damai tenang dan sangat 
merendah diri ketika berada di KabbahNya Allah

 
Situasi di halaman Kaabah di Mekah

Kesesakan ketika bertawaf Wajib Umrah..
serba putih sangat bercahaya

Jam di menara al manar..bercahaya di 
waktu malam hari.

Kepada sesiapa jemaah atau sahabat blog yang berniat ke Umrah, inilah satu panduan arah bila hendak ke Kaabah Masjidil Haram. Etuza tidak nafikan akan keliru pada arah mana kita hendak ikut jalan apabila hendak kembali ke hotel penginapan. 

Lihat menara hotel Al Manar pada jam di menara. Jika nampak itulah arah ke Jam ini untuk kembali dan naik eskolater dan lif naik ke hotel penginapan anda.

Keadaan, tersesat jalan akan berlaku bila kita dalam keadaan tidak ikut jemaah yang ramai. Bila bersendiri dalam khalayak begitu ramai kita akan panik dan rasa semua arah adalah sama, keadaan ini boleh berlaku.

Tetapi apabila kita berserah sepenuhnya kepada Allah, sekelip mata kita akan kembali bersama jemaah, kita dibantu oleh Allah untuk segera menemui teman jemaah Umrah kita. Sekiranya kita rasa gelisah lalu timbul persoalan di minda dan lupa kita berada di halaman KaabahNya Allah, disini lah kita diuji, Allah tak melihat kita hingga kita rasa payah hendak menemukan jalan.

Sahabatku saudaraku, jika keadaan keliru pada arah jalan untuk balik ke hotel penginapan, segeralah solat sunat dan ingat Allah, beristigfar dan memohon keampunan serta mohon Allah mudahkan kita beribadah pada umrah kita. Sekelip mata Allah akan pandu kita dengan aman dan damai. Etuza ada alami keadaan, dari jauh Etuza nampak semua kawan-kawan jemaah Umrah ketika beransur meninggalkan Kaabah. 

Etuza ternampak kalibat belakang saudara Antari berjalan naik tangga Masjidil Haram, Etuza kemudian tiba-tiba berdamping dengan saudara Asidi, kami saling tersenyum dan rasa terkejut tiba-tiba berjalan bersama tanpa disedari. Ya Allah nikmat nya beribadah di Mekah, subahanallah.

Hotel Al Manar di kala siang hari..inilah gambar bangunannya

Ruang masuk dari Masjidi Haram menuju eskolater hotel
dan naik lif..Ikut jalan ini mudah sekali. Tiada 
istilah sesat jalan jika kita ikut jemaah..tidak bersendiri.
Bila bersendiri kena RUJUK ALLAH mohon Allah pimpin kita
pasti aman dan bahagia..

Gambar Kaabbah dari ruang Masjidil Haram

Ini di ruang luar Masjidil Haram, jemaah dapat berlindung 
dari panasnya matahari..situasi setelah turun dari tangga Masjidil Haram

Situasi berada di lif..keadaan sesak juga..tetapi
semua jemaah sporting..tidak berebut tiada tolak
menolak..relex saja ni...usah risau nampak ya


MOMENT UMRAH PERTAMA ETUZA#
KAYAKAN HATI DENGAN KEIMANAN#

 

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Semoga ada rezeki saya untuk ke sana. Oh ya, tentang hadiah yang saya postkan itu, shoppe bagi notification yang barang tu dah boleh di pick up di pos laju keningau :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya inshaAllah...saya akan usahakaan ambil ya

      Padam

  2. ALHAMDULILLAH DAPAT BERIBADAH DI TANAH SUCI

    BalasPadam
  3. Seronoknya dapat membaca pengalaman orang ke sana. Semoga saya sekeluarga dapat ke sana juga nanti.

    BalasPadam
  4. asalam tetamu semua,mohon maaf ada kesalahan ejaan ..sudah di betulkan ya

    BalasPadam
  5. Rindu pergi umrah. Selamat malam, Sahabat Etuza.

    BalasPadam
  6. betul tu. masa saya di sana pun saya gunakan menara jam ni sebagai penanda sebab terlampau banyak pintu di Masjidil Haram

    BalasPadam
  7. Semoga kite semua ada rezeki untuk ke sana. Amiinn

    BalasPadam
  8. Ammi ketika di sana sentiasa akan cari pintu yang sebelahnya ditempatkan jenazah-jenazah (lupa nama pintu tu)...tapi itulah landmarknya supaya tak sesat.

    sesungguhnya lalu disitu dan pernah sekali lewat sampai, pintu telah ditutup dengan rantai dan terpaksa solat diluar pintu yang menempatkan jenazah..hanya Allah yang tau perasaan tu.

    BalasPadam
  9. Artikel yang bagus, terimakasih sharingnya, silahkan kunjungi

    website kami

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.