Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Pagi seawal hari Sabtu kemarin, sempat juga mengurusi beberapa pasua bunga-bunga di laman. Ada bunga ati ati layu dan mulai mengering, seperti merajuk tidak di belai manja dalam beberapa hari ini. Tidak berpeluang mengurus bila ada saja kesibukan di hadapi. Ya Allah betullah tak dapat kejar masaMu ya Allah.
Alhamdulillah, yang pasuan bunga ini dalam gambar sahaja sempat diurusi, kemudian tinggalkan kerana pergi pula ke workshop, minta cek kenapa cermin sebelah kanan wira tidak dapat naik tutup ke atas. Seperti ada benda terlepas atau ada wayar terputus. Anak pandu mengadu masalah kereta wira lama, kena bantu anak agar mereka happy dalam hidup ini. So, tinggalkan hobi mengurus bunga bungaan di laman. Cantik juga bunga ni lepas di urus.

3 Ulasan
semoga terus mekar
BalasPadamPasti mekar subur bila cukup di jaga iraman teratur
PadamAnglonema tu cantik sungguh. Tumbuhan pun macam manusia juga, perlu dijaga dan disayangi
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.