Ikon, Dashboard, Back To Top Dan Home Blog

Ikon, Dashboard, Back To Top Dan Home Blog 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua blogger Malaysia, kepada peminat blog Etuza, pembaca maya yang amat-amat dihargai kehadiranmua mewarnai blog ini, blog anda juga.

Sesiapa ada blog harus ada item atau ikon seperti imej pada gambar yang Etuza letak tu. Imej - imej ini Etuza copy pinjam dari Google  dan letak dalam blog Etuza, boleh lah difahami mesej Etuza dan dapat ceriakan blog Etuza. Item apakah itu?.

Item Dashboard seperti yang dibulatkan itu ya.
Penting ada dalam blog kesayangan kita ya.

Penting sangat kah Dashboard ( Papan Pemuka ). 
Penting bagi Etuza ya, sebab apa mudah kan kerja kita untuk cepat kan updated blog, membuat catatan entri di wall blog. Klik ja button Dashboard terus keluar akaun papan pemuka blog kita. Kena log in dulu lah akaun blogspot. Gitu ya..

Selain itu memudahkan juga blogger lain nak updated blog dia sendiri. Memudahkan sesama blogger kan elok tu. Contoh Etuza hari tu, sedang dalam proses nak kemaskan blog, Etuza selalu klik pada Blog Puan Kamsiah Yusoff ( detik-Detik Indah Dalam Hidupku ) kerana pada atas blog dia ini ada PAPAN PEMUKA ( DASHBOARD) Mudahlah Etuza nak klik updatedkan blog. Best kan.

Ikon Back To Top

Blog Etuza sejak dulu ada ikon bulat ini ( back to top)masa tu, mata masih segar nak tatap kod pada skrin Laptop, sekarang ni, harap ada editing blog baru kemas blog. Bermaksud bila kita klik ikon ini, Blog akan tampil naik ke atas paparan atas blog, lalu kita nampak header blog, kita nampak title catatan blog dan kita nampak home dan sebagainya.

Kena klik button bulat ini sekiranya anda nak repeat ( ulang ) pembacaan di blog yang anda sukai, baru tangan tak sakit scroll naik ke atas home blog. Bermakna blog teman kita memudahkan kerja kita lah ya. Setuju tak setuju, yes ini sekadar pendapat Etuza.
Ikon Home, sangat penting ikon HOME blog.

Ikon HOME sama ada perkataan atau dalam bentuk ikon bentuk rumah, sangat lah penting dalam blog. Harus ada, apapun semua tamplete blog ada ikon HOME mengiringi. Home ni rumah, bermakna rumah kita harus ada pemula, pagar dan pintu. Umpama begitu peranan HOME. 

Home ni paparkan atas blog dan seluruh apa ada dalam blog kita. Kepada yang lama berblog atau baru bergiat ada blog mesti ada HOME ya. Tujuan untuk memudahkan saja pembaca maya. Macam juga dalam kedai mesti terpamer harga barangan kan. Mesti pemilik kedai kena bagus layan pelanggan. Off course blog pun kena ramah mesra pembaca maya. 
i
Ikon gambar cute kecil itu sekadar cantikkan bloglist

Dalam blog kita, harus ada Bloglist, sekiranya blogger nak kan blog cantik lah ya. Bloglist sekadar paparkan ayat tajuk baru catatan blog pun boleh saja. Hubungan sesama blogger, nak ramai kenalan dan pembaca blog kena ada bloglist ya.

Cuma, kenapa Etuza katakan ikon kecil itu bagus atau penting. Sebab ikon kecil comel itu kelihatan menjadi daya penarik untuk kita nak klik apa cerita, apa infor di blog kawan-kawan kita. Kata lah ikon tu gambar resipi makanan, kelihatan pula cantik gambar, mestilah kita klik nak baca. 

Pada Etuza ikon yang memang blogsopt sediakan tu kita kena apply dalam blog, sebab mudah sangat nak buat tanpa kita meminta bantuan blogger editing blog. Begitulah pendapat Etuza pagi hari isnin yang indah ini.

Salam hormat#
Kita jaga kita#
Lindung diri lindung semua#
Cantikkan solat kita#



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Betul itu, saya akan rujuk pada papan pemuka untuk menulis dan baca pos terbaru blogger yang saya ikuti.

    BalasPadam
  2. kak pun xfaham apa fungsi blog tau tulis n3 ja heh heh

    BalasPadam
  3. Kalau icon/widget2 yg disediakan oleh blogspot mmg ringgan nk loading..

    BalasPadam
  4. ulasan yang menarik. saya kalau nak blogsurf memang pandukan dari dashboard posting rakan2

    BalasPadam
  5. sudah tentu ini sangat menarik..blog pun kelihatan lebih kemas

    BalasPadam
  6. ianya memudahkan urusan setiap kali bloggin kan

    BalasPadam
  7. menarik juga fungsi back to top dan Home tu.

    BalasPadam
  8. Dah baca 2x tapi sebab saya ni rabun IT🤭saya masih belum faham.Kena study lagi..Apapun TQ perkongsian👍

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.