Blogwalking Budaya Popular

 Blogwalking Budaya Popular

Salam kepada semua blogger Malaysia dan pembaca maya yang amat dihormati. Syukur atas semua nikmat tidak terhitung yang Allah kurniakan. Detik anda sedang membaca paparan di laman Etuza blog ini juga merupakan kesempatan dan peluang anda dan kita semuanya sedang menikmati kurnia kesihatan dariNya. Kita ucapkan syukur dan aamiin.

Pinjam gambar dari Google imej blogwalking.

Amalan blogger seperti melakukan perjalanan kembara di alam maya dengan cara istilahnya BLOGWALKING dari blog ke blog merupakan tindakan yang benar oleh seseorang blogger, walau blogger secara sampingan apatah lagi blogger SEPENUH MASA. Amalan ini akan memberi kesan terbaik kepada kejayaan sesebuah blog yang dipandu oleh seseorang pemblogger.

Jujur Etuza katakan jika tidak amal kan BLOGWALKING mana mungkin Etuza dapat kenalan sesama blogger yang amat ramai di persada maya.  Ramai yang Etuza kenali dari blogger baru mahupun blogger di Malaysia yang amat terkenal. Seperti Blogger Ben Asahari, Blogger Hasrul Hasan, Blogger Kamsiah Yusoff, Blogger Paridah Ishak dan ada ramai lagi yang kini Etuza kenali.

Budaya popular iaitu melakukan blogwalking ini menjadikan blog kita menjadi lebih dikenali antara sesama blogger lain, dan paling hebat apabila kita dapat link kan blog kita dengan blog orang lain yang lebih informasi. Selain kita dapat membaca dan mengambil ilmu dari orang lain untuk kita manfaatkan disiplin diri dalam menjadi pemblogger atau paling pasti kita dapat applikasikan kedisisplinan kita dalam kehidupan sebenar kita.

Justru Etuza saat ini MEMOHON MAAF kepada rakan blogger kerana masih belum lancar acara melajukan blogwalking. Alasan Etuza ialah Etuza masih mencari identiti blog Etuza agar lebih baik. Antaranya cuba baca di bawah ini:-

1. Etuza masih mencari template terbaik untuk blog Etuza Warna Kehidupan.
2. Etuza mahu kan alat-alat yang hilang seperti SCROLL bergerak PAPAN PEMUKA ( DASHBOARD ) DAN LAIN-LAIN tujuan memudahkan pembaca klik blog Etuza dan blog kawan lain. 
3. Etuza mahukan semula bloglist yang sudah pernah bertapak di blog Etuza. ramai blog hilang akibat punat hujung jari membuat onar..hehehe..
4. Etuza mahu perbaiki lagi keadaan paparan blog Etuza.

Kepada teman blogger dan pembaca maya yang Etuza tidak kenali, maafkan kiranya ada kelemahan di blog Etuza. Mohon kita bersabar dalam acara memperkembangkan blog dipersada maya. Bersabar hadapi apa juga situasa yang menjadikan kita merasa risau dan bimbang. 

Terlebih-lebih masa ini Malaysia dalam keadaan masih wujud wabak Corona Virus . Semoga kita dijauhi wabak ini dan sentiasa lah waspada dalam kehidupan masa sekarang.  Bertemu lagi dalam paparan baru. Maaf kan Etuza belum lancar acara blogwalking. 


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Selamat berblogging. Banyak perkongsian bermanfaat jika rajin membaca blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu puan ..terima kasih sudi datang baca cerita etuza

      Padam
  2. kalau ada kelapangan sudi-sudilah blogwalking ke blog saya ye cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalam...ya pasti datang..aktif balik ni rajin bertandang ..tunggu ja ya

      Padam
  3. Saya menyinggah di sini. Done follow juga.

    BalasPadam
  4. Memang ramai blogger yang dapat dikenali jika kita blogwalking kan.

    BalasPadam
  5. Tanpa blog wolking, saya tak akan kenal dengan Etuza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoi..awak blogger baik..ya datang lagi membaca ya

      Padam
  6. Assallammualaikum, salam kenal. Ini kunjungan perdana saya di blog ini semoga apapun blogwalkingnya bisa membawa manfaat baik kepada si penulis , si komentator, maupun buat lainnya. Amin.

    BalasPadam
  7. Blogging ni kena banyak explore, Tuan..

    BalasPadam
  8. Terima kasih selalu jalan-jalan di blog saya

    BalasPadam
  9. Mau aktif blogwalking lagi lah ni. Cuma konten blog saya mungkin kurang sesuai untuk blogwalking😂😂 Banyak target viewers remaja dari google saja.

    BalasPadam
  10. Saya kehilangan ramai rakan2 alamaya, ramai yang sudah tidak aktif, samalah juga dengan saya, ala2 chipsmore gitu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.