Tini's Food Bakery & Cafe Keningau

 TINI'S FOOD BAKERY & CAFE KENINGAU

Asalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Sempat Etuza bergambar bersama Puan Tini dari 
Kampung Banjar 
Keningau, peramah orangnya..

Ahad, pagi yang indah, keluar rumah hari ini menuju ke Bandar Keningau kerana ada  urusan. Sebelum ke Keningau, singgah urus beberapa kerja di sekolah. 

Sebaik selesai berurusan di Bank Rakyat,wife bawa Etuza di TINI'S FOOD BAKERY & CAFE dekat Bank Rakyat  sebaris dengan Klinik Doktor Junaina Amin dan  juga Restoran Ca'wan  milikNya Cik Salwana Wahamin. 

Perkhidmatan di cafe ini antaranya membuat penghantaran ( COD )
dan berbagai menu hidangan termasuk Nasi Ayam..

Wah, memang tepat pilihan isteri ke cafe ini, kami  membeli Kuih Muih yang lazat dan masih panas. Apa lagi Etuza ambil kesempatan bertanya tuan punya restoran baru ini.  Pemiliknya Puan Tini berasal di Kampung Banjar Keningau. Peramah orangnya dan melayan kami dengan mesra sekali. rezeki datang, mestilah di layan rasanya umpama itu.

Etuza perkenalkan diri dan minta Izin ambil gambar. Wah sempat Etuza promot blog Etuza. Semoga restoran Puan Tini maju dan dilimpahi rezeki. Aamiin. 

Pelanggan di Keningau Jom singgah beli kuih muih di Cafe Restoran Tini's Food  & Bakery Cafe. Pasti puas hati sedap dan banyak pilihan.

Musim sekarang tak ramai Dine In dalam cafe atau restoran
kita biasa lihat pelanggan datang dan oder, pandu lalu..bayar dan pergi.
Seronok juga cepat balik dan makan bersama family di rumah.

Abadikan kenangan ( lama tak bergambar ) di Tini's Food  Bakery & Cafe
First time masuk cafe ni..best pula

Kuih Pau..ha kegemaran Etuza ..sedap lembut dan masih panas..
dan pelbagai kuih muih yang lain

Antara kuih yang Etuza beli..bawa balik ke rumah..

Mama belikan untuk Etuza..apa rasa..
nasi ayam ada kuah dan perasa lada..tak sabar nak rasa.













Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Banyaknya pilihan kuih-muih di bakeri tu.

    BalasPadam
  2. Asalam rider's..maaf paparan blog tak tersusun pada awal entry ni..guna smart phone..ke sana-ke sini agak janggal buat catatan di smart phone..biasa buat di PC ja blogging ni

    BalasPadam
  3. Cafenya pun nampak bersih dan tersusun ja..

    BalasPadam
  4. Suka tenguk orang kita maju jaya berniaga

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.