Cinnamon Park Resort, Banjaran Crocer, Keningau
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Keningau adalah salah satu daerah yang terdapat di Pedalaman Sabah. Kedudukan di lembah Gunung atau Banjaran Crocer, di mana Keningau kini telah diangkat darjatnya sebagai sebuah Bandar. Banyak kemudahan prasarana di Keningau kini sebagai kemudahan penduduk awam Keningau mahupun kepada pelancong yang datang berkunjung di Keningau.
Ya, kepada teman dari mana pun anda, jika terdetik hati hendak ke Keningau, hendak melawat atau melangcong di Bandar Keningau, sila baca paparan blog ini kerana hari ini, ada informasi tentang sebuah Resort di Keningau yang sangat sesuai untuk dikunjungi, iaitu di ' CINNAMON PARK RESORT, BANJARAN CROCER, KENINGAU. Resort ini terletak di Banjaran Crocer di perbukitan jalan Kimanis. Resort ini memang tiada LAUT ya, tetapi anda akan melihat saujana keindahan panorama di lembah dan terlihat VIEW Bandar Keningau. Cantik dan mempersona. Ditambah pula dengan suasana sejuk dan damai dari hiruk pikok kota Keningau.
Kadangkala ada terdengar individu dari Keningau, katanya "Tak perlu lagi naik ke Kota Kinabalu, ibu kota Sabah kerana di Keningau kini semuanya ada, seperti escalator ( tangga bergerak ) Mall, Supermarket mewah dan Hotel bertaraf 3 bintang iaitu Hotel Juta Keningau, cuma yang tidak ada di Keningau ialah LAUT"
Cinnamon Park Resort, banyak memberikan kemudahan seperti homestay, tempat riadah, tempat santai dan sebagainya. Memang sesuai di kunjungi dan dijadikan tempat menginap di Keningau. Pasti anda berpuas hati. Sebagai sedikit demo atau kemudahan yang ada di Cinnamon Park Resort, Etuza letak gambar alat dibuat daripada bambu. Unik dan tahan lama alat ini. Cuba anda lihat dan perhatikan. Untuk anda jemputlah datang di Cinnamon Park Resort di Keningau pada suatu masa yang keadaan mengizinkan dan anda rasa selamat rentas daerah atau rentas negeri.
kelihatan suasana desa nun di sana..dan gugusan seterusnya
adalah Bandar Keningau.
Kerusi dari buluh atau bambu dan rotan..Unik dan cantik
Ini adalah rak atau meja hiasan..boleh letak beg atau komputer di atas
juga di buat dari buluh atau bambu.
Kerusi dan meja...memang damai saja melihat alat ini..
Sofa dari bambu atau buluh boleh duduk santai atas sofa ini
Nah, siapa duduk...aman ja duduk sejuk..
Etuza dapat peluang ke Cinnamon Park Resort ini
kerana bertugas sebagai pengacara satu Program Sekolah
iaitu Program Motivasi..berkampung di sini selama 3 hari.
Best. Tapi masa itu belum ada pendamik Covid-19.
Ini berada di luar Homestay..
Ruangan santai dan disinilah tempat Majlis dan Etuza
mengacarakan majlis rasmi Program Motivasi
11 Ulasan
cantiknya view dekat home stay situ
BalasPadamTerkilan sbb x dpt sampai ke Keningau dulu. Masa tu blom ada kereta. Pakai motor je ke sek. Jadi nk jln jauh2 tu terbatas la. Tp jika diijinkan meme nak ke Sabah lg.
BalasPadamCantik dan menarik la cikgu.
BalasPadamAda rezeki, Insya Allah kami sampai di sana Cikgu :)
BalasPadamMemang cantik pemandangan alam yg diciptakan-Nya
Alam semulajadi yg belum terusik..
BalasPadamCantik resort tu cikgu..deko nya dari bahan2 alam..
Semoga ada rezeki ke Keningau Sabah nanti.. Cantik dan indahnya pemandangan tu..
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian info. Tahun lepas kami jalan-jalan Tambunan - Keningau - Tenom. In syaa Allah akan datang lagi sebab banyak tempat menarik di Keningau belum sempat diteroka.
BalasPadamSaya pernah melalui jalan Kimanis, pemandangan dan suasana yang indah. Tengahari pun masih ada tempat yang berkabus. Sayang sekali, saya naik bas (dari Tenon ke KK), tak dapatlah berhenti sesuka hati di mana-mana.
BalasPadamInsyaAllah kalau ada rezeki teringin juga nak menginap di Cinnamon Park Resort ni.
Cantik pemandangan alam semulajadi di sana.
BalasPadamMenarik sungguh tempatnya
BalasPadamAssalamualaikum,ada contact no ke resort ni?
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.