GOOGLE SEARCH SANGAT MENARIK
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar semua, semoga tetap sihat dan ceria di pagi hari ini tanggal 31.8.2021. Hari ulang tahun kemerdekaan Tanah Melayu atau Hari Kebangsaan kali ke 64.
Wow!! tertarik tau dengan doodle dari google hari ini, sangat menarik dari paparan GOOGLE SEARCH hari ini. Paparan bendera atau Jalur Gemilang berkibar, simple tapi amat menarik.. Tak percaya..ha cuba klik GOOGLE di komputer anda. Pasti anda akan tersenyum melihat paparan bergerak Jalur Gemilang Malaysia yang dipamerkan oleh GOOGLE SEARCH.
KLIK SINI baca lagi hal Hari Kebangsaan kali ke 64
Seharusnya kita bangga lahir di Malaysia, kita wajib bersyukur Dunia kehidupan kita di Malaysia, Bumi Allah yang sangat kaya dengan keindahan flora dan faunanya. Di sana dan ke mana sahaja kita disajikan dengan alam semulajadi yang sangat memberikan kita ketenangan dan kegembiraan. Lalu kita gunakan sumber alam itu untuk meneruskan kelangsungan hidup kita agar bertambah lebih baik dan lebih baik atas izin Allah. Subahanallah. Wajib bersyukur.
Bagimana nak zahirkan rasa bersyukur berada di Bumi Malaysia yang merdeka ini. Mudah sahaja usaha merasa berat dan terbeban.
* Sujud sembah kepada Allah ini perkara penting, lalu ikut hukum al quran dan sunnah Nabi kita Nabi Muhammad SAW.
* Lafazkan kesyukuran dengan menadah tangan kepada Allah. Berterima kasih sentiasa sebaik sedar dari lena dan di manapun sujud syukur kepada sang pencipta buana ini, alam ini, negara Malaysia yang kita cintai.
* Menjadi salah seorang ahli komuniti masyarakat yang menjaga kebersihan alam persekitaran, menjaga adap pada alam dan menghargainya, bukan mengotorkan alam seperti membuang sampah di perairan sungai dan laut.
* Bersedekah, memberilah kepada apa yang anda lebih kepada jiran dan sesiapa sahaja yang memerlukan. Memberi itu juga satu bukti anda bersyukur dan menghargai kehidupan sesama apatah lagi di kalangan manusia.
4 Perkara yang dikongsi kan semoga bermanfaat untuk kita sama-sama fikirkan dan amalkan dalam kehdupan bernegara merdeka di BUMI MALAYSIA INI. Salam Takbir " Allah hu akbar."
7 Ulasan
Selamat menyambut hari kebangsaan ke 64 cikgu..
BalasPadamAssalamualaikum cikgu etuza, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
BalasPadamSelamat menyambut hari kebangsaan yang ke 64 pada hari ini, serta hari Malaysia yang bakal kunjung tiba. Syukur atas nikmat kemerdekaan ini, kita dapat menguruskan negara bangsa dengan acuan sendiri. Moga tempoh 64 tahun ini mematangkan semua warga
Selamat Hari Merdeka dan Selamat Bercuti..
BalasPadamWaalaikumussalam rabia singgah kesini
BalasPadamWkmsalam
BalasPadamSama2 kita hayati erti kemerdekaan yang sebenar
Selamat Menyambut hari kemerdekaan yang 64. Terima kasih atas ingatan. InshaAllah
BalasPadamMenarik
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.