Buat Apa Bila Dilanda Kesedihan

Buat Apa Bila Dilanda Kesedihan

Asalamualaikum & Salam sejahtera Semua

Buat Apa Bila Dilanda Kesedihan.

Gambar ini diambil di persekitaran UMS Sabah.

Kadangkala ada masa kita diuji dengan perasaan bersedih yang mendalam di dalam hati kita. Dan ada masa pula dalam kehidupan ini kita merasakan ada perasaan amat gembira, sangat gembira dan suka hati, hingga merasakan alangkah bahagianya hidup ini.

Inilah realiti kehidupan kita selagi kita masih bernyawa. Perkara yang hendak Etuza kongsikan hari ini dalam paparan blog kali ini ialah, apakah yang perlu kita buat atau apa yang kita hendak lakukan bila kita diterpa kesedihan. Ya kesedihan yang benar-benar memberi kesan hingga mengalir air mata berderai juga akhirnya kerana merasa amat sedih dengan keadaan sesatu perkara.

Banyak perkara yang membuat kita sedih sebenarnya. Tapi untuk apa bersedih kerana dengan bersedih akan membuat kita tidak bersemangat dan mungkin menjadikan kita murung hingga orang lain tidak mengerti kenapa kita dalam keadaan murung. Sebaiknya lupakan seketika kesedihan itu, gantikan dengan semangat dan meyakini bahawa ada Allah yang maha esa tempat kita berbicara, mengadu dan akhirnya kita berdoa memohon kepada Allah untuk bertambah kuat, bersemangat dan bangkit secara positif meneruskan kehidupan ini.

Temanku sekalian, bila bersedih apa yang perlu kita lakukan. Inilah dapatan Etuza dalam memanfaatkan PKP dengan mendengar ceramah agama, tazkirah dan membuat pembacaan serta membaca al-Quraan dan terjemahnnya. Alhamdulillah dapat kita menambah ilmu dan menambah keimanan kita kepada Allah yang yang esa. Bila bersedih perkara paling utama kita hendak buat ialah :-
1. Menyegarakan bersolat lima waktu. Kita berusaha untuk menepati waktu solat dan berdoa kepada Allah, mengadu kepadaNya, mohon Allah beri ketenangan.
2. Mentauhidkan Allah, dimana kita membesarkan Allah, berzikir dan menyibukkan diri dalam usaha menjaga hubungan baik dengan Allah yang maha satu. Dialah Allah yang menciptakan kita, yang menjadi kan kita di Dunia sementara ini. Dia Allah yang sebelum roh kita dizahirkan di badan ini, Allah yang  kita temui untuk menyatakan bahawa Allah yang kita sembah dan kita pegang agama Islam sebagai agama suci yang menjadi panduan hidup kita.
3. Hindari diri dari terjebak kepada perbuatan syirik, yakni kita percaya ada kuasa lain selain Allah yang dapat memadamkan kesedihan kita itu. Marilah kita jauhi perbuatan yang Allah tidak sukai ini. InshaAllah kehidupan kita akan kembali bahagia, senang, gembira dan kita merasakan kehidupan yang Allah takdirkan kepada kita amat berharga, kita syukuri dan kita lalui dengan penuh tabah dan sabar.

Oleh itu sekali lagi Etuza hendak tegaskan bahawa apabila bersedih, lakukan lah perkara yang amat disukai Allah iaitu. Tunaikan solat ikut waktu, mentauhidkan Allah dan menjauhi perbuatan syirik. Semoga bermanfaat kepada pembaca semua.




 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.
Next
This Is The Current Newest Page
Previous
Previous Post »

6 ulasan

Iblis amat suka jika seseorang hamba Allah berada dlm kesedihan..senang ia membisikkan perkara2 yg ditegah agama

Setuju tu. Apabila kita sedih, kembalilah kepada Maha Pencipta. InsyaAllah tenang.

terima kasih drop komen yang bernilai bagi saya

tenangkan jiwa dgn istighfar n zikrullah

Selain beribadah kena jugak bergaul dengan masyarakat supaya tak terbawak2 sedih tu. Cari kawan yang boleh dibawa berbincang tak adalah asyik sedih memanjang. Kadang-kadang, kesedihan melampau ni boleh buat seseorang tu depression & sekaligus boleh menyebabkan seseorang tu ada tendency untuk buat perkara bukan2. Cth macam bunuh diri.

Done follow😉

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (543) Agama (531) Ucapan (490) Berita (422) Doa (384) Dunia Blog (381) Promosi. (361) Info Lelaki (344) Pengalaman (299) Tips Blog (291) Anak (290) Pendidikan (278) Nasihat (244) Kasih sayang (239) Pelancongan (237) Berita Keningau (214) Rasa Bahagia (203) Alam Semulajadi (199) Hadiah (181) Gambar (162) Keluarga (145) Sejarah (136) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (112) kesihatan (96) Percutian (85) Tentang lelaki (76) Bunga (72) Cinta (60) Motivasi (60) Isu Semasa (59) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (47) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (38) Sahabat Blog (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (23) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (16) Iklan (14) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Anak Buah (6) Kuiz (6) Politik (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Umrah (2) BRIM (1) Laman (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger