Damai Di Air Terjun Sungai Pandan

Damai Di Air Terjun Sungai Pandan
Asalamualaikum & Salam  Sejahtera Semua.

Alhamdulillah, dapat kesempatan updatedkan blog kesayangan ini. Agak lama juga ya saya menyepikan diri. Baru muncul mengentuk pintu maya ini. Semoga rindu terubat apabila membaca paparan pelancongan dan pengalaman Etuza bersama anak-anak dan isteri tersayang.


Hujung tahun 2019 pada Disember yang baru berlalu, kami ada melancong bercuti di Kuantan Pahang. Adalah dalam lima hari berada di sana, berteduh di rumah anak. Banyak memori yang kami alami, antaranya ialah bersiaran menyedut udara segar sambil menikmati keindahan alam semulajadi di Air Terjun Sg. Pandan Kuantan , Pahang. Memang sangat hebat dan terpesona apabila melihat nun di atas sana air terjun kelihatan sangat cantik dan indah sekali.


Masuk ke sini memang bukan percuma, perlu dapatkan tiket. Berbaloi masuk bersiaran di Air Terjun Sg. Pandan. Tidak perlu risau berada di kawasan air terjun ini, kerana ada menjual berbagai jenis makanan yang sedap.Ada surau untuk menunaikan solat, boleh duduk berehat atas pokok, malah solat atas pokok juga boleh dan lengkap dengan sejadah, kerana ada pondok di bina di atas pokok di tepi Sungai Pandan. Tandas yang sentiasa bersih juga ada disediakan. Agak rugi masyarakat sekitar Kuantan jika belum pernah datang ke rekreasi semulajadi yang menarik ini.


 Hutan di sekeliling Sungai Pandan ini, nampaknya dijaga, diselia dan ada amaran jika ada individu mencemarkan alam semula jadi di Air Terjun Sg. Pandan ini. Kepada semua pengunjung yang hendak berkelah bersama keluarga, gunakan dan manfaatkan tempat ini sebaiknya. Usah kotori dengan membuang sampah sarap dan mengotorkan air di Sungai Pandan ini. Air terjun akan Etuza letak di wall di masa akan datang. 

Untuk anda lebih berpuas hati, Etuza kongsikan beberapa gambar di Air Terjun Sg.Pandan, Kuantan pahang.






Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Assalamualaikum cikgu.
    Wah, ckigu dah sampai ke air terjun sg pandan. selain sg pandan, lebih dikenali juga dengan panggilan air terjun panching, sebabnya duk dalam lokaliti panching. Saya pun dah tak ingat bila last datang ke sini. lama sangat dah.. Bila baca artikel cikgu ni, mula rasa berkeinginan nak bawa keluarga ke sana..

    BalasPadam
  2. lama jugak ya haritu en Etuza kat semenanjung... memang cantik air terjun lagi lah dekat area hutan tu...

    BalasPadam
  3. segar dan nyaman, harap harga dan kebersihan berbaloi lah...

    BalasPadam
  4. Cantik air terjunnya..nampak bersih dan segar ja

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.