Bunga 04 ( Akar Dani )
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Bunga Akar Dani yang sedang berbunga lebat, berjuntaian depan rumah Etuza. Di lihat dan diperhatikan nampaknya tak lama lagi bunga akar dani ini akan Etuza cantas dan nak pindahkan ke tempat lebih sesuai. Masa ini nampak cantik dan semerbak wangi halaman rumah, bertembung pula dengan wangian bunga Jasmin.

Sebelum di cantas dan dipindahkan molek lah Etuza ambil gambar dan jadi kenangan dalam blog. Daun-daun Bunga Akar Dani agak kuning kerana tidak cukup air, musim kemarau melanda masa ini. Apapun semalam ada hujan, alhamdulillah tanaman semakin segar nampaknya.

Bunga Akar Dani..melilit jendela stor rumah Etuza..

Cantik dan unik., bunga  akar dani sebenarnya
mengeluarkan bau harum..serangga pun suka menghidu madu bunga ini