Kelas Baru Tiga Kelas
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
1 Feb 2019, bersamaan hari Jumaat, diadakan Program Merentas Desa, Program kendalian Unit Kokurikulum. Meriah dengan pengisian senamrobik awal pagi dan kemudian pelepasan semua peserta dari pasukan rumah merah, kuning, biru dan kumpulan hijau.

Sambil menanti program merentas desa  selesai di adakan atau dijalankan, Etuza mengambil kesempatan melihat dari jauh dan mengambil gambar bagunan kelas baru yang menampung tiga kelas.Kelas ini baru siap sepenuhnya pada Desember 2018. Murid yang menggunakan kelas baru ini ialah kelas 5 Bijak, 5 Cerdik dan kelas tahun 2 C. Masa ini guru kelas masing-masing bersaing untuk menceriakan kelas. 

Selain itu terdapat dua prasarana yang lain yang melengkapkan keperluan sekolah iaitu bangunan ICT atau Makmal Komputer. Bagunan Dewan Terbuka juga tersergam indah, Alhamdulillah syukur semuanya ini usaha berterusan agar jentera pendidikan terus bercahaya di sekolah Etuza.

Bangunan Baru kelas 2C, 5B dan 5C

Bangunan Makmal Komputer juga beroperasi

Dewan Terbuka

Acara Merentas Desa hari ini..

Merentas Desa, pelajar lelaki di lepaskan

Gambar kenangan kami..beberapa AJk Pelaksana Program
Merentas Desa bersama Guru Besar sekolah